Bab 3

4.2K 92 7
                                    

   
    "Assalamualaikum. Pak Mail, oh Pak Mail" laung Khairil dari bawah kediaman  Pak Mail. Dengan berhati-hati, dia menyandarkan basikal tuanya ke tiang rumah papan separuh moden itu. Sempat jemarinya menyeka manik-manik jernih yang membasahi wajah menggunakan hujung t-shirt lusuh yang sedang dipakainya.

    Pak Mail yang sedang mengolah daun kelapa untuk dibuat penyapu lidi, tersentak kecil tatkala terdengar laungan seseorang di bawah rumahnya. Hati kecilnya sempat bertanya sendiri 'siapa pula yang datang'

  "Jenah, oh Jenah. Tengok siapa tetamu yang bertandang tu" panggil Pak Mail pada isterinya yang berada di dapur. Entah apa yang dibuatnya di dapur, tak habis-habis dengan resepi baru. Zaman moden sekarang ni, tak payah ambil sijil  memasak pun mudah, hanya dihujung jari aje.

   Sambil memegang sudip, Mak Misah menjengkulkan kepalanya dari pintu dapur. "Jenah tengah masak ni bang. Abang tengok lah dulu, siapa yang datang" sahutnya perlahan.

  "Ha, yelah" jawab Pak Mail malas. Digagahkan jua badan tua itu berdiri dari bangku rotan dan berjalan  tergesa-gesa ke pintu utama.

  "Walaikumsalam........ Oh, kamu rupanya Khairil, pakcik ingat siapa yang terjerit-jerit tadi. Ha, kenapa? Ada benda mustahak ke?" tanya Pak Mail. Dia sudah terpacak di muka pintu. Kemudian dia mengangkat sedikit kain sarung yang dipakainya untuk memudahkannya dia berjalan menuruni dua anak tangga.

   Khairil tersengih sambil menggaru kepalanya. Dia mendongak supaya dapat melihat lebih jelas wajah Pak Mail.

    "Takdelah mustahak sangat Pak Mail. Khai datang sebab ada benda nak bincang. Ala, pasal kelmarin tu"

   "Oh.... Kalau macam tu elok lah tu. Marilah, naik dulu, nanti jiran tengok tak elok pula berbual terjerit-jerit macam ni" Pelawa Pak Mail.

   Khairil melangkah setapak menaiki anak tangga. Sebelum dia menghabiskan langkah seterusnya, dia menanggalkan dulu selipar berwarna hijau yang tapaknya sudah haus belum diganti. Seketika, dia terus naik ke atas.

  "Duduklah, macam kamu tak biasa pula rumah Pakcik ni" ujar Pak Mail dengan nada pelawaan yang menggambarkan perasaan gembira.

  Khairil sekadar mengangguk. Liar matanya meneliti isi di ruang tamu rumah itu. Bukan dia tidak pernah naik ke rumah itu, tapi rasanya sudah lama dia tidak bertandang ke sini sejak dia melanjutkan pelajaran. Paling-paling pun, akhir-akhir ini mereka setakat berbual di halaman sahaja. Baginya rumah Pak Mail agak mewah berbanding rumah lain yang ada di kampung itu.

   Mata yang ralit memerhati, terhenti pada satu sudut dinding yang penuh dengan deretan potret-potret keluarga Pak Mail.

  'Cantik perempuan dalam gambar ni.  Tapi apesal dia pakai baju macam tu? Terdedah sangat. Ish, takkan lah cucu Pak Mail macam ni sekali? Eh, tak mungkin lah. Kot-kot orang lain ke?' Bermacam pertanyaan muncul dalam kotak fikiran Khairil sehingga Pak Mail perasaan akan raut wajahnya yang penuh dengan tanda tanya.

  "Perempuan tu cucu pakcik. Anak si Rasyid. Kamu jangan hairan tengok dia tu. Dah banyak kali pakcik tegur. Memang macam tu lah perangai dia. Tak berubah, penat kita nak tegur. Tapi budaknya baik" jerkah Pak Mail bila melihat mata Khairil tidak berkelip memandang potret seorang perempuan memakai gaun putih paras lutut. Sexy!

    "Oh......" gumamnya.

    'Cantik, tapi sayang. Emm, susah nak jumpa perempuan baik hati sekarang ni' Khairil masih membuat andaian sendiri.

  "Jenah, oh Jenah" Panggil Pak Mail lembut.

  "Ha... Abang panggil saya ke tadi?" Tanya Mak Jenah laju. Dia keluar dari dapur dengan apron yang masih tersemat di tubuhnya.

  Pak Mail menggeleng kepala. "Iyalah. Takkan abang panggil hantu pulak. Ni ha ada Khairil datang jenguk kita. Buatkan kopi untuk tetamu kita ni" pinta Pak Mail lagi.

  "Eh Pak Mail ni, susah-susah aje. Khai bukan lama pun, nak borak sekejap aje." celah Khairil bila perasan perbualan orang tua itu.

   Lima minit kemudian, Mak Jenah datang menghampiri mereka dengan membawa satu dulang kopi dan cucur udang yang masih panas.

   "Jemputlah minum Khairil. Makcik ada masak cucur udang ni. Ini ajelah yang ada" kata Mak Jenah sambil menuangkan kopi panas itu ke dalam cawan kaca.

  Khairil sekadar mengangguk. Dengan lafaz bismilah, kopi panas itu diteguk dengan perlahan.

   "Hm, baru pakcik ingat. Bukan tadi kamu kata nak bincang pasal kelmarin tu?"

  "Ah aah Pak Mail. Tu lah sebab Khai datang sini. Khai ingat nak bincang pasal benda tu lah. Lagi pun Pak Mail kata kelmarin nak suruh Khai uruskan ladang getah tu. Jadi, Khai dah fikir masak-masak nak tolong usahakan ladang tu. Ibu dah bising. Malas nak dengar ibu berleter" sambung Khairil

  "Elok sangat lah tu Khairil."

   "Jemput makan cucur udang ni Khairil. Tak usah malu-malu. Mak Jenah kalau dah masak memang Pakcik tak tolak. Semuanya sedap" Puji Pak Mail pada isterinya.

   "Eh abang ni tak habis-habis nak menyakat. Merah padam muka Mak Jenah tersipu malu apabila suaminya memuji.

   "Pakcik bukannya apa Khairil. Pakcik dah tua. Ayah kamu tu pun macam kamu tak tahu, di kebun aje memanjang. Pakcik bukannya nak sibuk hal keluarga kamu, cuma pakcik kesian aje. Kalau nak harap anak-anak pakcik ni, semuanya duduk bandar. Ada kerja sendiri. Nak harap si Cempaka tu, dia bukan tahu sangat kerja orang lelaki ni" Sambung Pak Mail lagi.

  "Ya tak ya juga. Oh ya, Cempaka mana Pakcik? Lama pula Khai tak nampak dia? Dah habis belajar ke?" Tanya Khai dengan wajah sedikit bersemangat. Sudah lama dia tidak berjumpa dengan anak jirannya itu. Hampir dua tahun dia tidak menatap wajah gadis yang menjadi kegilaan jejaka di kampung itu.

  "Eh, ada lah Cempaka tu. Dah sebulan dia menganggur. Kamu tu aje suka terperap kat rumah" Sampuk Mak Jenah dengan tawanya.

   Khairil hanya tesengih malu bila di kata begitu. Maklumlah kalau bukan atas urusan ladang getah, mana mungkin dia bertandang ke rumah jirannya.

   "Tu Cempaka kat bawah tu, Khai tak nampak ke tadi?" Soal Pak Mail sambil memuncungkan mulut ke arah tingkap kaca berwarna hitam yang terbuka luas.

   Dari atas jelas kelihatan seorang gadis berbaju lengan panjang sibuk membuang rumput-rumput liar dan menyapu daun-daun kering sebelum melonggokkannya di suatu sudut untuk di bakar. Rambutnya kelihatan sedikit kusut masai, manakala pipinya merah dek cuaca panas yang menampar pipi putihnya itu.

   "Amboi, rajin pula Cempaka ni. Khai tak perasan pula tadi!" sambung Khairil lagi. Matanya masih tertumpu lama pada anak gadis jirannya itu.

   "Itulah sebab pakcik buat penyapu lidi ni. Cempaka tu nak sangat yang baru. Katanya penyapu lama tu dah tak elok diguna. Mungkin dia bosan kat rumah, takde kerja nak buat"

   "Oh, Khai ingat Pak Mail nak jual." sakat Khairil lalu mengamburkan gelak tawanya yang masih ada adabnya. kemudian Pak mail dan Mak Jenah pun turut sama ketawa berjemaah.

"Sebelum khai balik, Khai nak tahu, bila Khai boleh urus ladang getah tu? Kalau boleh Khai nak minta tolong Pak Mail ajar, sebab Khai tak reti lagi nak buat semua tu" Pinta Khairil penuh berharap.

  "Alah kalau benda tu kamu jangan risau lah, Khairil. esok pun pakcik boleh ajar kamu buat" Jelas Pak Mail sambil tersenyum senang.

    Khairil tersenyum gembira. Dia menangkap kata-kata Pak Mail itu dengan hati yang bergelora, penuh rasa kesyukuran.

Kayra NelidaWhere stories live. Discover now