Bab 41

1.3K 50 4
                                    

     Kayra berjalan terhuyung-hayang menuju ke ruang meja yang agak malap dari simbahkan cahaya berwarna warni. Suasana yang terlalu membingitkan membuatkan dia mengurut dahinya yang sudah terasa berdenyut-denyut. Dia cuba mencelikkan mata tapi tidak berupaya.

   Sejak pulang dari kampung secara mengejut dua minggu yang lepas, hampir setiap malam dia keluar ke kelab dan tidak pernah dia melepaskan peluang untuk meneguk bergelas-gelas kencing syaitan bersama rakan-rakannya. Sememangnya dia cuma mahu melepaskan tekanan sebelum di hantar kembali ke kampung.

   Alunan muzik yang rancak dari DJ, berpusu-pusu masuk dan mengisi setiap kekosongan di dalam corong telinga. Semua yang ada di dalam kelab itu mula berdansa dan menggoyangkan tubuh sambil beramai-ramai menjulang minuman ke udara.

  Dalam keadaan mabuk, Kayra melangkah keluar dari premis pusat hiburan itu. Biarpun mabuk, digagahkan jua memandu menuju ke apartment milik Farid supaya perbuatannya tidak dihidu oleh Dato Rasyid. Walaupun agak jauh dari lokasinya sekarang ini, dia tetap tiada pilihan lain. Dia yakin, pasti Farid ada di rumah. Paling tidak bolehlah dia berehat di sana.

   Kayra meraba-raba setiap pagar ketika menaiki tangga supaya sampai ke depan muka pintu rumah Farid yang dirasakan tiada penghujungnya. Sesekali dia memuntahkan segala isi perut yang memualkan tekaknya. Timbul rasa menyesal kerana terlalu hanyut mengikut hawa nafsu.

   "Farid. Farid" Rengek Kayra di hadapan pintu apartment milik Farid. Berkali-kali loceng ditekan. Diketuknya pintu bertalu-talu sehingga hendak roboh bunyinya. Wajah dirapatkan serapat boleh di daun pintu.

  "Ye. Kejap. Datang ni" sahut Farid dari dalam. Dia yang sibuk menonton movie, terus melompat dari atas sofa dan mengatur langkah menuju ke pintu utama. Sempat dia menjenguk dari lubang pintu yang tersedia. Tepat seperti yang di duga, Kayra yang tercegat berdiri di hadapan pintu.

  "Kayra, apa kau buat kat sini? Kau mabuk lagi?" soal Farid sedikit terkejut apabila melihat Kayra yang kusut persis pengemis. Dengan memakai mini skirt, dengan blouse putih yang begitu nipis tanpa lengan dan rambut mengerbang tidak terurus membuatkan dia berkira-kira hendak mempelawa Kayra masuk ke dalam apartmentnya.

  "Aku nak masuk, boleh ke?" Pinta Kayra lirih. Dia mengangkat wajahnya lemah. Namun tidak berani pula dia hendak bertentang mata dengan Farid. Dia tahu pasti teman baiknya itu akan memarahinya.

  "Er.. Er.. dah larut malam ni Kayra, nanti apa pula jiran-jiran kata kalau kau masuk dalam ni" ujar Farid berusaha menjauhkan tubuhnya dari dipeluk Kayra. Namun pantas dia mengelak sehingga Kayra terjelupuk di atas lantai.

   Farid menepuk dahi. Hendak ditolak, kasihan pula dia melihat Kayra yang sudah terkulai tidak sedar diri. Mahu tidak mahu, laju-laju dia menutup pintu apartment sebelum menjengkulkan kepala ke kiri dan ke kanan. Risau jika ada mata yang melihatnya, boleh jatuh fitnah pula nanti.

   "Kayra, bangun" wajah Kayra ditepuk dua tiga kali. Serentak itu, dia mengerah sisa tenaga yang ada untuk menolong Kayra bangun pada posisi duduk. Namun  sisa bau arak yang menyembur keluar dan membeku di ruang udara membuatkan dia terus menekup hidung kerana tidak tahan.

   "Sorry, sorry" Jawab Kayra sambil ketawa sendiri. Dia terus duduk tanpa dibantu.

   "Hisy, kau ni tak habis-habis minum. Kau ada masalah ke?" kecam Farid separuh bertanya.

   "Ha?" gumam Kayra sambil buat muka bodoh. Tersengih-sengih dia sambil cuba membuka mata walaupun terasa terlalu berat. Kemudian dia tunduk seketika. Cuba mengimbangi sensasi kepala yang terasa berputar-putar seolah-olah penyakit vertigo sedang menyerang.

   Farid memerhati sahaja Kayra yang tertunduk lesu, tidak berupaya hendak mengangkat wajah.

   "Kayra, apa masalah kau ni? Setiap malam aku tengok kau asyik minum aje. Kalau tak menyusahkan aku tak apa. Ni tak, aku juga kau cari. Kalau papa kau tahu kau kat sini, habis lah aku Kayra" rungut Farid lalu duduk di sebelah Kayra.

Kayra NelidaWhere stories live. Discover now