Kampung Pulau Getah
Loceng basikal tua milik Pak Mail yang agak tua itu berdering kuat meninggalkan halaman rumah. Khairil hanya memandang Pak Mail yang semakin menghilang dari pandangan. Dia menongkat dagu menggunakan siku di palang tingkap kayu yang berukir penuh seni. Fikirannya tak habis-habis memikirkan nasihat padu Pak Mail tadi. Jika diikutkan hati, dia geram. Mujur sahaja Pak Mail sudah dianggap saudara sendiri. Jika tidak, mahu tidak mahu sahaja dia memberontak.Khairil mengeluh panjang. Sambil memikirkan sesuatu yang menyebabkan fikirannya kusut, dia terus mendongak dan merenung awan gemawan yang putih gebu bak gula-gula kapas. Dia berangan dan menghayal. Indahnya jika dia tinggal di awan. Bukan seperti sekarang, buat sesak aje. Sesak untuk memuaskan hati semua orang terutamanya Pak Mail, jirannya
"Khairil. Khairil" Laung mak Misah berkali-kali. Tapi sedikit pun tidak disahut Khairil. Dia masih leka dengan dunia yang diciptanya sendiri. Mahu berimaginasi di luar kotak fikiran.
"Laa..... Sini rupanya kamu. Dari tadi ibu terjerit-jerit panggil kamu, tapi buat tak tahu je, tak menyahut. Kenapa Khai ada masalah ke?" Jerkah Mak Misah yang sudah berdiri di tepinya. Langsir di tarik sedikit untuk memberi ruang dia bercakap dengan Khairil. Hati kecil cuba meneka perkara yang menyebabkan anak terunanya itu runsing.
Khairil menjeling sekilas. Wajah ibunya yang berusia lewat 60 an itu di pandang sayu. Cuaca pagi yang agak diingin itu menyebabkan dia menguap kecil. Tanpa sepatah kata, dia kembali memalingkan wajah memandang dada langit yang terbentang luas.
"Hai, nak jadi peramal kaji cuaca ke?" sindir Mak Misah geram sambil bercekak pinggang melihat respon dari anak terunanya.
Khairl tergelak kecil mendengar sindiran ibunya. Dia bukannya apa, dia cuma mahu menarik aura positif semula dari langit itu supaya moodnya kembali kepada asal.
"Termenung aje lah! Dah berat ke mulut tu nak menjawab!" sambung Mak Misah lagi.
Khairil mencebik. Tak pasal-pasal dia ditembak soalan yang sama. Mahu tidak mahu terpaksa juga melayan olah orang tua itu nanti merajuk pula.
"Alah ibu ni. Khai nak ambil angin aje pun. Itu pun ibu nak tanya, tak boleh nampak khai senang lah" rungutnya lagi.
"Amboi, sedap mulut tu bercakap! Jadi anak derhaka baru Khai tahu. Nak jadi si tanggang?" padu soalan Mak Misah menakutkan-nakutkan anak terunanya. Dia bukannya apa, sengaja mahu berborak.
"Dah ibu yang paksa Khai cakap. Khai cakap ibu marah pula" keluh Khairil sekadar bergurau. Ada nada ketawa dalam tutur katanya.
"Ibu dapat agak ni. Mesti Khai terasa apa Pak Mail cakap tadi kan?" teka Mak Misah tanpa jemu. Kening dijongket ke atas. Mahu mengumpan anak terunanya itu supaya berterus terang. Penyapu yang di sandang di tepi dinding dicapai perlahan.
Khairil mengeluh. Wajah ibunya di pandang kosong. "Ibu ni, fikir jauh sangat. Khai takde mood nak borak sekarang, esok-esok aje lah kita borak eh bu" Jawabnya acah tak acah tapi masih tegas. Nada suaranya masih dikawal supaya tak tinggi. Takut jadi si Tanggang!
Mak Misah menggeleng kepala. Dia masih tidak puas hati dengan jawapan yang diberikan oleh anak terunanya. Dia nekad, nekad mahu mencungkil lagi masalah anaknya itu.
"Alah, kalau ada masalah ceritalah kat ibu. Ibu ni jenis tahu simpan rahsia tau" sakatnya lagi.
'Riak aku ni ketara sangat ke? Nak sorok pun susah. Ah, lantaklah!' desisnya sensiri.
"Nak cakap dengan kamu ni Khai, susah!" marah Mak Misah melulu. Kemudian dia mendengus perlahan. Dia tahu benar sikap anak terunanya yang mudah terasa itu. Tapi sengaja mahu mengorek apa yang bergelojak dalam hati Khairil. Sambil membebel, Mak Misah mencapai penadah sampah untuk membersihkan ruang tamu yang dipenuhi semut hitam.
YOU ARE READING
Kayra Nelida
RomanceKayra Nelida si gadis yang kuat memberontak. Di sebalik tabiatnya yang kuat memberontak itu, maka dia rela dalam terpaksa berpindah ke kampung atas desakan papanya. Ketika dia berada di kampung Pulau Getah, pertemuan Kayra dan Khairil terjadi tanpa...