bab 14

1.7K 64 0
                                    

Kifli abang sulung Kayra berdiri tegak di muka pintu dengan beg kerjanya yang masih di genggam erat dengan kemas. Kasut kulit di buka dengan pantas, tali leher yang menjerut kolar kemeja putihnya dilonggarkan sebelum melipat lengan baju kemejanya hingga ke siku. Mungkin dia baru pulang dari tempat kerja. Wajahnya nampak kehairanan melihat situasi demikian.

"Apa hal ni? Ada masalah besar ke yang Kifli tak tahu?"

"Ahhh!! Abang tak payah nak masuk campur. Abang pergi terus naik kat atas. Biar Kayra urus sendiri. Ni urusan kami!" Arah Kayra setelah dari tadi tidak bersuara.

"Dengan abang kamu dah kurang ajar. Apa lagi dengan papa kamu ni?" Marah Datin Mastura.

"Kayra cakap elok-elok pun, takde pun Kayra tengking abang macam papa tengking Kayra tadi kan?" Jawab Kayra selamba. Kening dijongket ke atas. Dia kurang senang dengan soalan begitu.

"Kamu dah kurang ajar Kayra! Pandai kamu menjawab mama kamu!" sampuk Dato Rasyid.

"Kemon lah papa. Kayra behave ni. Kena soal mestilah Kayra jawab. Bukan Kayra bisu. Nanti tak jawab, papa tanya pula kenapa Kayra diam. Jangan risau lah, Kayra masih sedar, masih waras. Jalan pun tak terhuyung-hayang kan." Jawab Kayra dengan lantang.

"Kamu jangan kurang ajar! Kalau dah salah buat lah cara salah! Kamu tahu tak akhlak kamu tu dah rosak!"

"Semua ni hanya salah faham aje. Takde yang berlaku. Kayra di fitnah!.Muaz ugut Kayra minta duit satu juta! Kayra tak bodoh nak ikut kata dia!"

"Kamu jangan nak menegakkan benang yang basah. Dah lama kamu tak berkawan dengan si Muaz tu, buat apa kamu nak babitkan dia dalam hal ni."

"Eh, takkan papa tak tahu siapa yang bagi papa gambar ni kalau bukan Muaz?" Tanya Kayra hairan.

"Kamu tak payah nak ambil tahu dari mana papa dapat semua gambar ni! Lagi pun Papa tak percaya Muaz buat macam ni. Papa kenal sangat dia! Ini sudah cukup menjadi bukti. Dah depan mata."

Kayra menjongket bahu. "Terpulang papa lah nak percaya atau tidak! Kayra takde hak nak halang! Kayra tak paksa! Lagipun selama ni papa tak pernah percaya cakap Kayra! Semua apa Kayra buat salah. Anak lelaki papa aje yang betul!"

"Kayra!!!! Kamu nak cabar papa ke ni!"

"Cabar apenya pa? Ke papa dah sentap? Kayra cuma nak pertahankan diri Kayra aje. Sebab Kayra ada hak! Bukan macam papa mudah percaya dengan orang lain. Tuhan dah beri kita mata untuk melihat dan memerhati. Bukan tahu nak marah tanpa soal selidik!" Bentak Kayra.

"Kayra!!!!! Sudahh!" Jerit Kifli dari belakang.

Eleh, korang nak marah lantaklah. Aku tak kisah. Sebab aku tak salah. Aku cuma di fitnah! Bodoh! Marah Kayra dalam hati.

"Sejak kamu dah berjaya ni kamu dah perempuan murahan macam kawan-kawan kamu tu! Semua macam Bimbo! Kamu dah rosak!" Sambung Dato Rasyid.

Kayra segera menoleh dan wajahnya tepat menghadap ke arah papanya. Sakit pula hatinya. Ingat ape, aku sampai macam tu sekali ke?

"Apa? Bimbo? Perempuan murahan? Tanya karya sambil menunding wajahnya sendiri."

Dato Rasyid mendiamkan diri sambil memandang wajah Kayra tanpa berkerlip. Bergerak-gerak rahangnya berlaga akibat dari tadi menahan marah.

"Papa nak tahu satu hal tak? Kalau papa nak tahu kni semua salah papa juga! Tak pernah ajar kami soal agama. Tahu berfoya! Tahu simpan perempuan lain! Ingat kayra tak tahu! Papa yang gila!! Gila dengan harta dunia sampai sanggup ......

Papppp!!

Belum sempat Kayra menyambung ayatnya. Satu tamparan hebat hinggap di pipi putihnya.

Perghhh. Terasa pijar pipinya. Kayra mengusap lembut pipinya yang sudah merah dek tamparan kuat dari papanya tadi. Matanya sempat melirik ke wajah bengis Dato Rasyid.

Arghhhhhhh!!!! Sampai hati papa tampar aku! Aku bukan budak kecil lagi lah!

Datin Mastura sudah menangis teresak-esak di sofa. Dari tadi dia hanya menjadi pemerhati dan pendengar setia. Tidak mampu menelah apa yang berlaku seterusnya. Jiwanya sudah sakit. Sakit teramat dengan kelakuan anak gadisnya dan suaminya! Anak beranak sama!

"Papa tampar Kayra?" tanya Kayra kasar, dia masih tidak mahu mengalah.

"Itu habuan untuk kamu yang sudah kurang ajar! Papa dah lama sabar dengan perangai kamu! Papa dah penat dengar macam-macam tentang kamu! Menyesal papa besarkan kamu! Ini balasan kamu pada papa. Salah papa juga sebab terlalu manjakan kamu!"

"Sedar pun diri! Ingatkan orang tua macam papa ni tak pandai sedar diri" Jerit Kayra. Dia sudah berani meninggikan suara.

"Kamu .. Kamu ." tersekat-sekat suara Dato Rasyid. Dia sudah mengangkat tangannya ke wajah Kayra. Mahu saja dia menampar Kayra kali kedua tapi serta merta di halang oleh Kifli.

"Sudah pa, biar Kifli tegur dia"

Kayra mencebik. "Tak payah nak sibuk urusan Kayra. Benda macam ni jangan nak masuk campur. Biar Kayra dan papa bincang. Sebab Kayra tak salah. Papa yang bodoh sangat!"

"Enough Kayra!" tak elok cakap macam tu kat papa.

Kayra buat muka selamba. Dasar! Penyibuk. Marahnya dalam hati. Korang tak kenal pun papa macam mana. Kalau korang nampak perangai papa yang sebenarnya, memang hilang respect korang pada papa.

"Kayra Nelida. Mulai hari ni papa akan ambil alih syarikat kamu! Dan kamu, papa akan hantar balik kampung! Papa akan sekat semua akaun bank kamu"

Kayra tersentak. Tak sangka sampai macam tu sekali papanya membuat keputusan. Tapi geli hati jugak Kayra mendengar kata-kata yang sudah di lontarkan papanya. Ingat syarikat aku tu ada perkongsian ke dengan papa. Hahaha gelaknya dalam hati.

"Cubalah kalau papa dapat! Itu semua harta kayra. Harta kayra seorang! Papa takde hak walau sesen pun! Kayra boleh sumbat papa dalam penjara kalau Kayra mahu, sebab Kayra tahu selama ni apa papa dah buat." lagipun Kayra lebih berpengaruh berbanding papa! Kalau papa nak tahu, ini Kayra Nelida la pa, mungkin papa tak kenal lagi siapa anak papa ni kan?." Ugut kayra tanpa was-was.

"Kamu diam! Tutup mulut kamu yang celupar tu!! Sekarang, kamu naik ke atas kemas pakaian kamu. Malam ni juga papa hantar kamu ke kampung! Biar kamu belajar jadi orang baik!"

Eleh, macam lah orang kampung semuanya baik. Kata Kayra dalam hati. Bukan susah pun tinggal kat kampung.

Kayra merenung tajam ke arah papanya. Mudahnya papanya melepaskan tanggungjawab. Seolah-olah main serah anak aje kat orang. Tak pandai handle sendiri. Dasar lelaki tua yang kejam. Fuh! Sampainya hati papa!

"Pergi!!!!!!" Halau Dato Rasyid menyuruhnya segera naik ke atas. Tidak sanggup sudah dia bertikam lidah dengan anak gadisnya. Ikutkan hati, sekarang juga dia mahu hantar anaknya itu.

Kayra diam, melayan perasaannya sendiri. Petang ini benar-benar menyeksakan dirinya. Baru nak rehat ada aje masalah menyesakkan perasaannya. Tanpa sedar air matanya jatuh jua. Dia berlari dan naik ke atas untuk menangis sepuas-puasnya. Melepaskan semua yang bergelora di jiwanya. Hatinya sudah menyimpan dendam.

Kayra NelidaWhere stories live. Discover now