Suasana di luar kedengaran senyap tanpa sebarang bunyi. Rumah papan itu seolah-olah tidak berpenghuni. Suara katak yang tadi mengisi halwa telinga sudah tidak kedengaran. Mungkin penat kerana hujan tak mahu turun-turun. Kayra pula, sudah lama masuk ke dalam bilik selepas mengisi perut yang kosong. Itupun sebab gejala-gejala gastrik sudah muncul. Jika tidak, jangan harap dia nak keluar bilik.Kayra termenung memandang siling seperti biasa. Dia tidak tahu aktiviti yang harus dibuat dikala itu. Sungguh bosan tapi menenangkan. Ada dua ekor cicak yang tengah hangat berkasih sayang di situ. Dia mengulas senyuman nakal.
Sedang dia asyik mengelamun, dia teringat akan lelaki yang sudah berjaya membuka pintu hatinya itu, Khairil. Sungguh dia tidak menduga yang sanggup pula dia bertindak seperti orang tidak waras tadi. Itupun sebab mahu mengorek rahsia papanya. Kalau tidak, mana mungkin dia sekejam itu.
Dia tahu akibatya kelak apabila mengenangkan episod yang menguris hati Khairil tengahari tadi. Tapi inilah peluang untuknya untuk mengorek rahsia tentang kisah silam papanya. Takkan dia nak mendiamkan diri?
Untuk beberapa minit lagi, dia bakal mengetahui kisah papanya yang asyik merusuh benaknya seperti yang dijanjikan Leman. Dia yakin bila Leman diasak dengan duit, tentu lidahnya akan laju untuk membuka rahsia. Tugasnya kini hanya perlu menunggu sehingga yang lain tidur sekitar jam sepuluh malam nanti.
Kayra bingkas bangun dari katil lalu menyusun langkah ke arah tingkap yang tertutup rapat. Dia menguak sedikit daun tingkap itu lalu mengintai dari celahan yang sedikit terbuka. Dia memerhatikan suasana hening di halaman. Berkira-kira hendak keluar melalui tingkap secara senyap-senyap.
"Kalau aku keluar dari sini, macam mana aku nak masuk nanti? Panjat? hisy, tak betul pulak idea ni!" rungutnya sendiri.
Kayra terus mengatur langkah kemudian memulas tombol pintu dengan perlahan-lahan, tidak mahu sesiapa mengesan akan perbuatannya. Secara senyap-senyap, dia bergegas keluar dari biliknya. Sempat mata mengerling jam di dinding, waktu itu tepat pukul 10.00 malam dan nampaknya tiada siapa pun yang bangun.
Disebabkan lampu di ruang tamu agak kelam, secara tidak sengaja, dia tersandung bucu meja kopi. Melopong terus mulut Kayra. Cepat-cepat dia berlari keluar dari rumah itu.
"Kalau dorang sedar, mampus lah aku" keluh Kayra lagi. Nafasnya berdesau, berombak di dada. Hatinya mula risau, andai diketahui, maka dia berada dalam bahaya. Apalagi jika atoknya menghidu perbuatannya. Nahas dia.
Mata Kayra serta merta melilau melihat sekeliling. Sepi, hanya suara burung hantu jelas kedengaran bersaing dengan bunyi unggas malam. Dengan langkah seribu, dia terus tergesa-gesa mengambil basikal tua yang bersandar di tiang di bawah rumah
Setelah sudah selesa dengan duduknya, kayra terus mengayuh basikal tua itu menuju ke arah ladang getah berpandukan lampu basikal yang malap.
******Seperti yang dirancang oleh Leman, mereka pun bertemu di tempat yang dijanjikan, berhampiran ladang getah Pak Mail. Sengaja Leman memilih lokasi itu kerana jauh dari mata-mata orang kampung.
"Aku ingat kau tak datang" tegur Leman
sambil menghembus asap rokok yang disedutnya ke ruang atmospera. Leman yang tak lekang rokok dari mulutnya, terus menyalakan rokok kedua sebelum menghampirinya Kayra.Bagai nak gugur jantung Kayra apabila suara garau Leman menjerkah seperti itu. Dia mengurut dada yang tiba-tiba berdegup laju. Palang basikal terus dikuak ke atas.
"Jangan datang dekat! Berdiri kat situ aje!" arah Kayra, memerintah. Berharap Leman menjauh. Dia khuatir Leman melakukan sesuatu yang kurang elok disitu. Maklumlah hanya mereka berdua sahaja disana. Malam dingin begini, pasti
nafsu Leman menggunung. Lelaki.Leman mencebik. Perangai Kayra itu membuatkan dia rasa menyampah. Kayra dijeling dari atas hingga ke bawah.
'Ceh, ingat aku ni gatal sangat ke' sinis Leman dalam hati.
Kayra memandang tajam Leman yang tinggi sedikit dari dirinya. Walaupun gelap tetapi dia dapat melihat dengan jelas gerak geri Leman.
"Ha, cakap cepat! Aku takde masa nak lama-lama sini" ujar Kayra tegas. Sesekali dia menampar nyamuk yang hinggap di lengannya.
Leman tidak terus menjawab. Dia masih terpacak tegak di hadapan Kayra.
"Mana duit pendahuluan? Jangan pura-pura tak tahu pulak" tanya Leman lalu menadah tangan. Mudah benar cara dia memperoleh duit. Dia tetap dengan motif sebenarnya.
"Hisy, nah! Ambik! Kat kertas tu ada alamat rumah papa aku. Dah, cakap sekarang, apa yang kau tahu" kata Kayra lalu menyerahkan beberapa keping not Rm100 dan serpihan kertas lukisannya yang sudah dikoyak.
Leman tersenyum gembira. Dia puas hati dengan wang yang diperolehi dari Kayra. Lepas ni tak usah susah-susah dia mencari wang. Kayra ada. Ugut sahaja.
"Nah, ambil ni" giliran Leman pula menyerahkan satu benda berupa memory card.
"Apa ni?" tanya Kayra laju. Dia menilik-nilik memory card yang diberi. Mujur ada limpahan cahaya dari bulan. Bukan dia tidak tahu apa benda itu, tapi sengaja buat-buat tak tahu.
"Kau tengok nanti isi dia. Kau akan tahu jugak nanti kes Erina Kamelia. Semua tu ada kaitan dengan Dato Rasyid" jelas Leman ringkas.
"Ini aje? Tak boleh ke kau cakap terus terang?" pinta Kayra tak puas hati. Dari raut wajahnya, jelas dia mengharap lebih lagi. Jauh-jauh dia datang, itu aje dia dapat.
"Kau tengok lah nanti isinya. Dah bagi betis nak peha pulak! Aku lempang kau sekali" Leman memberi isyarat tangan kepada Kayra. Kayra pula buat tak tahu.
Kayra menjeling sekejap wang yang diserahkan pada Leman tadi. Menyesal pula bagi dia. Macam tak sesuai dengan perjanjian.
Leman dengan pantas menyambar pergelangan tangan Kayra. Wajah Kayra dipaksa berpaling kepadanya. Kemudian dia merenung sedalam-dalamnya.
"Kau dengar sini, Kayra. Kau jangan beritahu apa-apa pasal hal ni pada sesiapa. Kalau aku tahu kau buka mulut, aku bunuh kau! Kau dengar tak?!" sekali lagi Leman menjerkah.
Sengihan Kayra terus hilang. Complicated sangat lelaki ni. Sekejap mood okey, sekejap tak okey. Pandangan Leman ya g kurang menyenangkan itu, membuatkan Kayra jadi cemas dan sedikit gelabah. Sebelum di ugut lagi, dia terus menjawab.
"aku tahu lah" jawab Kayra, cuak. Ada sedikit gugup.
Secara tiba-tiba, seperti yang ditakutkan Kayra, tiba-tiba Leman menarik tubuhnya dan memeluk seeratnya. Seakan tidak mahu dilepas. Kini dia mula beraksi lebih kasar.
"Wei, apa ni? Lepaskan aku lah!" rayu Kayra. Dia sedikit pun tidak berdaya hendak menentang kekuatan Leman walaupun cuba melawan.
"Takut?" tanya Leman sinis. Semakin kuat tangannya memaut tubuh Kayra. Tidak mahu Kayra melerai pelukan itu.
"Jangan sentuh aku! Aku janji tak cerita!" Jawab Kayra lagi sambil masih bergelut mahu melepaskan diri.
Rayuan Kayra itu langsung tidak terusik di hati Leman. Beberapa kali dia cuba mencium pipi gebu Kayra tetapi Kayra pandai mengelak.
"Kalau kau nak minta duit, kau cakap aje. Jangan ganggu aku!" tempik Kayra berani.
Leman mengukir senyuman sinis. Pelukannya itu sudah dilonggarkan dan akhirnya dengan laju dia melepaskan rangkulannya.
"Jangan cakap aje! Kau ingat tu!" tekan Leman lagi lalu berlalu meninggalkan Kayra dengan wajah yang sudah pucat lesi.
(ada yang nak baca cite ni ke? Kalau takde aku biarkan menyepi seperti dulu. Hahahaha. Jenuh nak menulis cite cinta ni)
YOU ARE READING
Kayra Nelida
RomanceKayra Nelida si gadis yang kuat memberontak. Di sebalik tabiatnya yang kuat memberontak itu, maka dia rela dalam terpaksa berpindah ke kampung atas desakan papanya. Ketika dia berada di kampung Pulau Getah, pertemuan Kayra dan Khairil terjadi tanpa...