Baju lusuh yang sudah basah lencun dek adukan peluh dan lumpur dicampak ke dalam bakul kain kotor. Tuala dicapai pada paku yang berada di belakang pintu lantas Kharil menyusun langkah masuk ke dalam bilik air.Menggigil badan Khairil tatkala air dijiruskan ke badannya. Kain penggosok badan yang tergantung di dinding diambil lalu disental menggunakan sabun hingga berbuih. Mahu mandi terlalu lama tapi tubuh Khairil tidak larat. Lekas-lekas Khairil mandi sekadar untuk mewangikan diri.
Usai memakai pakaian, ke hulu ke hilir Khairil mencari alat pengecas telefon bimbitnya. Peluh kembali merenik di dahi dan meleleh di pipi dan terus jatuh ke leher.
"Ish, mana pula perginya pengecas ni! Bukan ke aku letak kat sini." Keluh Kharil sendiri. Setahunya, pagi tadi sebelum dia meninggalkan rumah, pengecas itu masih melekat pada palam dinding.
Khairil terpaksa melupakan hajatnya buat sementara. Tetapi hati kecilnya masih meronta-ronta ingin mencari pengecas itu.
Tanpa berlengah, Khairil menyusun langkah menuju ke dapur. Dia mencapai secawan gelas dan mengisi air sejuk dari mesin penapis air Cuckoo yang baru dipasang tiga hari yang lalu.
Sekilas dipandangnya tudung saji yang terlangkup elok di atas meja. Satu pinggan berisi ikan goreng dan satu mangkuk kecil sayur nangka terhidang elok di bawah tudung saji itu.
Nak makan ke? Nanti aje lah. Khairil bermonolog sendiri. Tidak terbuka seleranya walaupun tadi dia lapar selepas menghidu bau lauk itu.
Gelas yang penuh berisi air itu digenggam kemas di tangan kanannya. Dengan perlahan Khairil menapak menuju ke bilik tidurnya semula.
Telefon bimbit dibaling di atas tilam. Kemudian Khairil duduk di sisi katil untuk merehatkan kakinya yang lenguh. Digerakkan jari kaki yang terasa kebas agar kesakitan yang dirasainya semakin reda.
Khairil menarik nafas tenang setelah tubuhnya diterpa semburan kipas angin. Badan direbahkan di atas tilam. Kipas angin yang menghala ke arah badannya, sudah cukup menambahkan lagi kesejukan pagi tambahkan lagi badannya sudah disirami air.
Kelopak mata mula layu dan memberat. Selang beberapa minit dunianya menjadi gelap.
**
"Kau lah, aku tak berani." Arah seorang kanak-kanak lelaki bernama Ali sambil menolak tubuh kecil temannya agar membuka pintu reban ayam."Penakut lah kau ni, tak guna kau jadi lelaki. Apelah!" perli Faiz dengan wajah mengejek.
Ali membiarkan sahaja Faiz mengejeknya. Anak matanya meliar mencari ranting kayu di bawah pokok mangga lalu dihulur kepada Faiz untuk memudahkan Faiz membuka pintu reban. Berdegup laju juga jantung Faiz ketika cuba membuka pintu reban itu.
"citt...citt...citt...kok...kok...kok.."
"Woi, korang janganlah baling anak-anak ayam dan bapak dia kat sana tu!" Faiz memalingkan wajahnya lantas memarahi temannya yang lain yang turut sama mahu mencuri telur ayam milik Mak Misah. Perlahan-lahan suaranya menjerit kerana takut di dengar.
"Kenapa pula ayam-ayam tu bising aje? Mesti budak-budak tu datang lagi." Teka Mak misah sambil anak matanya meninjau dari jauh melalui tingkap.
"Kamu lagi, tak pandai serik-serik!" teriak Mak Misah dari dalam rumah sambil kakinya melangkah dari anak tangga pertama hingga yang terakhir menghampiri kanak-kanak tersebut. Kain batik diangkat hingga separuh kaki supaya dapat berjalan dengan pantas sekadar menakutkan mereka dengan membawa rotan.
"Yea yeah, Mak Misah bawa rotan." Sorak sekumpulan kanak-kanak dengan nada memerli. Mereka masih seronok membaling seekor demi seekor ayam ternakan Mak Misah yang berada di luar reban menggunakan ranting kayu.
Hingar-bingar ayam itu berkokok tanda memperotes tindakan yang dilakukan kanak-kanak tadi. Setiap hari, pasti ada kanak-kanak itu datang menggangu.
"Itulah kau, aku suruh ambik telur aje bukan suruh jolok." Ali menolak kepala Faiz.
"Hisy, bukan aku lah! Dorang tu." Marah Faiz apabila Ali menolak kepalanya.
"Ha, nak lari ke mana tu! Tunggu kat sana, jangan nak lari." Gertak Mak Misah. Rotan sengaja di libas-libas supaya kanak-kanak itu merasa seriau.
"Lari........" Jerit kanak-kanak itu sambil menjelir lidah pada Mak Misah. Dengan pantas mereka berlari laju susup-sasap melalui celah-celah pokok pisang di belakang rumah milik Mak Misah.
Nafas Mak Misah sudah turun naik menahan geram. Amat tercabar Mak Misah dengan aksi kanak-kanak tadi lalu mengejar mereka.
"Ish, apa bising-bising pulak ni. Tak senang nak tidur." Khairil menggeliat sambil menggenyeh matanya. Digerak tubuhnya bangun dari katil yang hampir sama dengan umurnya. Baru subuh tadi ibunya menukarkan cadar katilnya agar nampak lebih teratur dan kemas. Tetapi sudah kembali berserabut. Hujung bucu cadar yang agak berserabut itu pun ditarik-tarik agar tegang dan kemas.
Khairil memicingkan telinga untuk memastikan suara yang di dengarnya. Dia cuba menggagahkan dirinya berjalan keluar rumah walaupun masih dalam keadaan mengantuk dan mamai.
Dalam keadaan mengantuk dek kurang tidur, Khairil terleka di hadapan pintu utama rumah. Mindanya masih belum dapat berfikir dengan cergas.
Khairi menguap besar sebelum menerjah ibunya yang masih bercekik pinggang sambil menggoyang-goyangkan hujung rotan.
"Apa yang bising tadi tu ibu?" Tanya Khairil hairan. Rambut yang kusut di tarik ke belakang.
Mak misah menoleh. Wajah Khairil sudah berada di hadapan matanya.
"Nakal betul si Ali dan si Faiz tu. Langsung tak pandai serik. Tiap hari datang nak curi telur ayam." Bebel Mak Misah. Tidak dapat kanak-kanak tadi, membebel pun jadi lah untuk melepaskan geram.
"Biasalah budak-budak kot." Respon Khairil. Kadang-kadang dia mati akal mahu memarahi ketua gangster kanak-kanak di kampungnya itu. Ali dan Faiz. Jika difikirkan, bukan telur ayam mereka sahaja menjadi sasaran budak dua tu, malah haiwan ternakan lain milik orang kampung pun mereka nak curi.
"Ape-ape aje lah Khairil. Kamu diamkan aje lah perkara ni. Tak payah nak ambil tahu. Ibu cakap pun tak guna." Mak Misah sudah menghayun langkah untuk naik ke rumahnya semula.
"Nanti Khai marah budak dua tu. Ibu jangan risau eh." Pujuk Khairil apabila ibunya tergesa-gesa naik dengan dahi yang masih berkerut.
"Yang kamu tercegat lagi kat sini kenapa? Pergi tolong ayah kat kebun belakang rumah tu." tegur Mak Misah marah.
"Yelah." Jawab Khairil malas.
Mak misah menggeleng sambil menjeling. Tambah geram pula hatinya mendengar jawapan Khairil.
Khairil menggaru kepala melihat jelingan tajam ibunya lalu tersengih. Niat hatinya mahu makan tidak kesampaian.
"Apa lagi yang kamu sengihkan tu? Pergilah cepat!" arah Mak Misah.
Mahu tidak mahu, Khairil terpaksa buat juga apa yang ibunya mahukan. Khairil berjalan menuju ke bilik dan menukar pakaiannya dengan wajah yang masam kelat.
~~
Jangan baca aje. Lepas baca vote lah. Tau ramai yang sudah tinggalkan jejak. 😂 lepas ni tak tau sama ada nak update scene Khairil atau Kayra dulu. author sambung malam ni. Nanti fikir.Sengaja letak lagu Khai bahar kat atas. author minat sangat ngn Khai Bahar. Tu sebab letak nama hero tu Khai. Tapi tak nak letak Khairul. Tak best 😂😂
Cerita ni baru nak membangun supaya jalan cerita stabil dan akan memicu kejadian yang akan terjadi untuk chapter seterusnya. Harap pembaca bersabarlah 😂
YOU ARE READING
Kayra Nelida
RomanceKayra Nelida si gadis yang kuat memberontak. Di sebalik tabiatnya yang kuat memberontak itu, maka dia rela dalam terpaksa berpindah ke kampung atas desakan papanya. Ketika dia berada di kampung Pulau Getah, pertemuan Kayra dan Khairil terjadi tanpa...