Kayra melangkah masuk ke dalam rumah. Kelam kabut dia saat itu. Laju dia masuk ke dalam kamar. Purse dan telefon bimbit dicampak kasar ke dalam beg tangan. Semuanya jadi serba tak kena. Gelisah teramat. Ini kali pertama sejak sebulan lalu mereka bertentang mata. Wajahnya tatkala itu, jangan ditanya. Kucing pun tak berani nak lalu."Kayra, taxi dah sampai. Buat apa lagi dalam bilik tu?" beritahu Pak Mail. Belum sempat pun dia membaringkan tubuh di atas tilam.
Sempat dia menjenguk ke arah Pak Mail. Mahu mengintai Khairil. Kelihatan Pak Mail sedang berborak dengan Khairil di beranda rumah. Entah apa yang sedang mereka bualkan. Nampaknya macam serius sahaja.
Kayra diam, tidak pasti sama ada mahu menyahut panggilan atoknya ataupun tidak. Akhirnya dia hanya membiarkan panggilan itu berlalu dibawa angin. Sengaja dia mengunci mulut membiarkan bunyi kipas siling mengisi suasana. Dia mahu memasang telinga mendengar butir bicara atoknya dan Khairil. Namun, dari jauh sepatah haram pun tidak didengarinya.
"Huh, kacau betul pula dia. Geram betullah!" rungut Kayra sendiri. Rasa geram dan gelisah beradu menjadi satu. Khairil memang selalu menyusahkan hidupnya. Selalu datang tidak tepat pada waktunya.
"Kayra, cepat tau. Jangan biar driver tu tunggu" Pak Mail bersuara lagi.
Lambat-lambat Kayra menyahut "Ya. Kejap.... Nak keluar lah ni" sahutnya.
Rasanya padanlah dia pergi ke pekan. Sekurang-kurangnya kalau dia pergi, tak adalah dia memandang wajah Khairil lagi. Bila memandang wajah Khairil lagi, pasti membangkitkan rasa cintanya. Hati kecilnya memprotes penuh tindakannya itu.
Kayra mencapai beg tangannya lalu memastikan dompet dan barang yang lain sudah ada di dalam beg tangan. Tidak mahu barang-barang penting ada yang tertinggal. Nanti dia sendiri yang susah. Sempat dia membetulkan rambut dan meratakan lip balm di hadapan cermin almari sebelum keluar dari bilik. Semenjak duduk di kampung, jarang sekali dia berdandan melebih-lebih. Apatah lagi, menyembur minyak wangi. Sekadar berhias asalkan penampilannya sedap bila mata memandang.
Kayra menapak perlahan-lahan untuk mengurangkan kegugupan di hati. Segan jika Khairil merenungnya. Kuatir setiap gerak-gerinya diperhatikan. Tidak mahu lagi menentang mata itu.
"Balik sebelum maghrib tau. Bahaya lama-lama diluar" pesan Pak Mail lagi.
"Ya atok, Kayra baliklah lepas selesai beli barang. Nanti Kayra telefon kalau nak balik" balasnya dengan senyuman yang dimaniskan.
"Belikan atok buah nangka ya. Teringin pula nak makan. Kot-kot kat pasar ada jual. Cari kedai runcit tadi, tak ada pula. Kebun mak Misah pun tak ada. Belum musim agaknya" tambah Pak Mail lagi.
Kayra sekadar mengangguk. Permintaan atoknya tidak terus dijawab. Matanya sudah liar mencari kelibat Khairil. Dia mengerutkan dahi. Sudah balik kah dia?
Kayra menghembus nafas lega. Pasti Khairil sudah berangkat pulang setelah menghantar buah rambutan tadi. Mungkin dia sudah keluar untuk menguruskan kebun Mak Misah seperti kebiasaannya. Hujung minggu seperti ini, pasti ada pemborong sayur dan buah-buahan masuk ke dalam kampung, mahu mendapatkan bekalan daripada kebun mereka.
'Syukurlah. Mujurlah dia sudah pergi. Kalau tidak, tak tahulah mana nak sorok muka' lirih Kayra dalam hati. Segan. Malu!
Sekilas Kayra terpandang Pak Mail tersenyum lebar sambil membaca akbar. Sorotan mata itu sekejap memandangnya, sekejap pula terarah di akbar itu. Kacamata yang biasa dipakai orang tua itu diperbetulkan kedudukannya. Sungguh nakal. Kayra jadi pelik dengan sikap Pak Mail. Kenapa dengan atok ni? Akalnya sudah mula berteka-teki sendiri. Malas bertanya, Kayra terus turun menuju ke taxi.
YOU ARE READING
Kayra Nelida
RomanceKayra Nelida si gadis yang kuat memberontak. Di sebalik tabiatnya yang kuat memberontak itu, maka dia rela dalam terpaksa berpindah ke kampung atas desakan papanya. Ketika dia berada di kampung Pulau Getah, pertemuan Kayra dan Khairil terjadi tanpa...