bab 15

1.9K 78 0
                                    


UDARA pada petang itu begitu menyegarkan. Angin berkejar-kejaran hendak masuk melalui sliding door
yang terletak di ruang biliknya. Di situ terdapat beranda yang membolehkan dia mengambil udara segar.

Kayra membiarkan rambutnya dibuai angin petang. Matanya memandang tepat ke arah burung-burung yang berterbangan membelah awan. Alangkah seronoknya menjadi seekor burung, bebas berterbangan tanpa terikat kepada apa pun. Sedangkan aku masih terikat pada papa yang kejam!

Sudah hampir setengah jam Kayra berdiri di berada luar beranda biliknya. Kesegaran yang dirasai membuatkan dia menjadi alpa sendiri sehingga masalah yang sudah melekat di dalam kepalanya seolah terbang jauh dibawa angin tersebut. Namun apabila dia terdengar sahaja suara garau papanya bergelak tawa dari halaman rumah, hatinya kembali menjadi sedih dan kecewa.

Kayra menyelak langsir dan berjalan setapak demi setapak masuk semula ke dalam biliknya bila dia sedar mukanya sudah basah dek manik-manik jernih jatuh dari birai kolam mata. Sungguh ralit tadi dia dalam dunia lamunannya.

Kayra mula menjerit sekuat-kuatnya sambil menekup wajahnya di atas bantal. Dia mahu menangis semahunya. Dia mahu melepaskan sesak dadanya. Hatinya tambah sebak bila mengingatkan malam ini dia akan bertolak ke kampung yang pulangnya entah bila.

Sudah banyak kali matanya melirik ke arah jam tangan jenama Rolex dan sudah banyak kali juga dia mendengus kasar.

Tak lama lagi nak malam. Takkan aku nak duduk tercongkok kat sini sambil menangis? Ke aku patut lari aje? Ah!!!! Kayra mengeluh marah. Satu penumbuk menghentam meja soleknya.

Setelah beberapa minit, akhirnya Kayra membuat keputusan untuk tidak mengikut kemahuan papanya. Dalam hati menyumpah serapah papanya yang seperti sengaja ingin mendera hatinya.

Telefon di ambil dan dia segera mendail nombor telefon Farid untuk membuat panggilan. Namun hampa,
hanya suara operator berkata talian telefon tidak dapat disambungkan yang kedengaran membuatkan dia tambah marah. Dia lantas bangun dan menolak kasar kerusi soleknya hingga terpelanting di sudut penjuru beranda.

Arghhhhhhh! Aku takkan maafkan kau Muaz! Aku takkan biarkan kau gembira! Kau tunggu! Jerit batinnya. Lantaklah, aku kena keluar juga dari sini!

Tanpa berfikir panjang, Kayra mengatur langkah untuk keluar dari rumah itu tanpa pengetahuan papa dan mamanya. Begitu berhati-hati dia menuruni anak tangga menuju ke tingkat bawah. Jeriji besi dapur yang terbuka luas memudahkan lagi dia keluar senyap-senyap dan akhirnya cubaannya berjaya.

Kayra segera memandu dengan pantas. Dia membelok dan memasuki sebuah restoren mewah yang berhampiran. Perut yang kosong harus diisi dengan segera. Sengaja ingin membuang waktu  menyejukkan hati yang sedang panas membara.  

Riuh rendah suara orang di sekeliling itu langsung tidak mengganggu Kayra yang sedang ralit tatkala memandang satu pasangan yang sedang asyik membaca menu. Dahinya berkerut tiga. Dia tersentak kecil memandang pasangan yang berada di sebelah mejanya. Sesekali pasangan itu kelihatan bergurau senda seperti sudah lama bercinta.

Ai, itukan Muaz! Apa dia buat kat sini? Perempuan tu, itu mesti  kekasihnya. Tanya Kayra sendiri sambil jari jemarinya menari di bawah dagu.

Timbul niat jahat dalam hatinya ingin mengenakan Muaz. Dia tersenyum nakal. Niatnya terbantut untuk memesan makanan. Mungkin tuhan sengaja menemukan mereka di sana supaya dia dapat membalas dendam.

"Nak makan spaghetti aje lah, boleh tak?" Tanya gadis memakai gaun kelabu yang masih sibuk membelek-belek helaian demi helaian menu yang tertancap di hadapan matanya.

"Sedap ke? cari yang lain aje lah. Yang ni lagi sedap. Pilih apa-apa aje. I jugak yang bayar" ujar Muaz sambil menunjuk menu tersebut.

Kayra masih mengintai pasangan itu tadi di salah satu meja berhampiran. Wajahnya ditutup sedikit menggunakan menu yang sudah tersedia di atas meja. Hatinya berdegup kencang, bukan kerana dengki tapi kerana sakit hati.

Eleh, ada hati nak tolong bayar. Minta duit kat aku. Kau ingat aku bodoh nak bagi. Dasar lelaki mata duitan! Nak menggoda perempuan dengan duit aje. Ishh, geramnya aku! Sumpah demi Allah aku bengang tengok lakonan kau Muaz! Marah Kayra dalam hatim dia sudah mengomel sendiri. Pelayan yang berdiri di sebelahnya langsung tidak dihiraukan.

Kayra cuba memicingkan telinga, begitu ralit dia mendengar perbualan pasangan itu sehingga kesabarannya sudah mula terhakis.

Aku takkan biarkan kau happy Muaz! Kutuk Kayra dalam hati. Tanpa berlengah dia berdiri dan menghampiri pasangan itu tadi. Meja di hentak sekuat hati. Sehingga  pasangan itu menoleh memandangnya.

"Sayang, buat ape kat sini? Penat tau dari tadi i call tapi you tak angkat!" Kayra membelai rambut Muaz sambil buat muka gedik.

Wajah Muaz terus berubah sebaik saja ditegur oleh Kayra. Terkejut bukan kepalang. Kalau sudah nada suara Kayra bertukar jadi ala perempuan gedik manja macam itu, mesti ada sesuatu yang dia nak buat. Kata Muaz dalam hati.

"Kayra, you buat ape kat sini?" Soal Muaz tanpa tertahan lagi. Dia sudah panik. Gelabah tak tentu pasal.

Menu yang masih dalam genggaman pantas di letak di atas meja. Gadis yang bersama Muaz itu tadi segera menoleh ke arah Kayra dengan mata yang sudah hendak berkaca. Terkebil-kebil gadis itu memandang kerana penuh hairan. Kemudian dia berpaling pula ke arah wajah Muaz. Wajah mereka direnung silih berganti. Dalam sekelip mata wajahnya berubah menjadi masam. Apa tidaknya, Kayra yang berada di hadapannya jauh lebih bergaya dan cantik berbanding dirinya. Dari atas hingga ke bawah dia melihat Kayra.

"Muaz, siapa perempuan ni? Baik you jawab dengan jujur." Soal kekasihnya yang sudah mula mahu menangis. Gaya tak ubah kanak-kanak. Dia sudah dapat menghadam situasi yang terjadi.

"awak siapa? Boleh jangan ganggu privacy orang?" tegur gadis itu dengan yakin.

Kayra sekadar menjeling tajam ke arah kekasih Muaz. Baru padan muka kamu! Nak sangat kenakan aku. Ha sekarang tengok lah siapa yang kena balik. Ketawa Kayra dalam hati.

"Excuse me girl, awak tu siapa? Awak tahu tak Muaz ni bakal suami i, dia tunang i. Minggu depan kami dah nak kahwin. Patutnya i yang tanya awak tu siapa, boleh pulak keluar dengan tunang i. Kenapa tak minta kebenaran dengan i?"

"Sayang, ini bukan macam yang you sangka. Dia tipu! Kami tiada apa-apa hubungan" Muaz memandang wajah kekasihnya. Jelas dia sudah mula gelabah. Wajah kekasihnya ditatap agar difahami. Dia tidak tahu apa yang harus dilakukannya lagi.

"Muaz, you main kayu tiga dengan i eh? you sedar tak minggu depan majlis kita dah nak berlangsung! Sampai hati you tipu i bulat-bulat" tengking Kayra lalu menunjal kepala Muaz membuatkan tubuh sasa itu terdorong ke belakang. Puas hati aku!

"Kayra Nelida! Sudah! Tak malu ke orang nampak?" marah Muaz dengan kuat.

"Ouh, jadi you kenal lah dengan perempuan ni Muaz? I tak sangka sampai hati you buat macam ni! Selama ni i percayakan you. Tapi you tipu i hidup- hidup. Tak sangka awak dah bertunang!" Bentak kekasihnya lalu berlari dan beredar dari situ dengan segera. Semua benda yang ada di atas meja di humban ke wajah muaz.

"Sayang tunggu i, i boleh jelaskan" laungan suara Muaz yang agak garau dan nyaring itu memang menjadi perhatian orang di sekeliling, namun kekasihnya tidak peduli dia tetap tidak mengendahkan panggilan itu.

Kayra yang masih berdiri disitu dirempuh kasar oleh Muaz menyebabkan dia hampir jatuh tersungkur. Nak pujuk kekasih lah tu! Padan muka kau! Bibirnya diketap dan kedua-dua tangannya mengenggam penumbuk! Perasaan marah masih tersisa!

Muaz menoleh dan merenung wajah cantik di hadapannya. Kayra masih buat muka selamba sambil meniup-niup kukunya tanpa menghiraukan pandangan Muaz kepadanya. Baginya, kejadian tadi tidak memberi sebarang kesan untuknya kerana dia sudah berjaya melaksanakan tugasnya. Itulah bahananya salah orang dia nak cari nahas!

"Ape you dah buat ni Kayra!" Marah Muaz sambil menarik kuat lengan Kayra.

"Kau tanya aku apa aku dah buat? Sekarang aku yang patut tanya pada kau, apa kau dah buat kat aku sampai Papa aku boleh percaya kau bulat-bulat. Reputasi aku musnah disebabkan kau!" jerit Kayra sambil menunjuk-nunjuk dada bidang Muaz.

Muaz sekadar mendiamkan diri. Tidak tahu apa perlu dibidas. Dia sudah mati akal. Memang salahnya, menggangu Kayram sekarang dia yang harus menanggung sendiri risiko. Pandai sungguh Kayra ni berkata-kata. Aku tak sangka, ingatkan lembik aje.

"Satu hal kau cari masalah dengan aku, seratus masalah kau akan dapat nanti. Kau tunggu aje!" Ugut Kayra lalu melangkah dengan senyuman lebar hingga boleh mencecah ke telinga. Kaki dihayun dengan bergaya persis seorang model.

Kayra NelidaWhere stories live. Discover now