Bab 44

1.5K 57 13
                                    


Balik dari surau, Pak Mail hairan mendengar suara orang bertekak dari rumahnya yang pintunya separuh terbuka. Seingatnya suara itu datangnya dari TV. Tapi, mustahil juga isteri atau anaknya yang menonton TV seawal pagi. Selalunya tak pernah pula.

'Siapa pulak yang bergaduh pagi-pagi ni? Kayra?' desis Pak Mail. Cepat-cepat dia mendaki anak tangga rumah papan separuh moden itu. Baru setapak kakinya melangkah, sayup-sayup kedengaran suara isterinya bercakap-cakap. Hati Pak Mail meronta-ronta ingin tahu. Dengan langkah terhendap-hendap dia terus menapak naik tanpa memberi salam. Lagaknya persis seorang pencuri.

"Kayra yang mulakan mak" ujar Cempaka buat muka sedih. Bibir dicebikkan. Muka Mak Jenah di pandang sayu memohon simpati. Dia masih dengan kehendaknya untuk menidakkan kebenaran.

"Betul apa maksu kamu cakap ni, Kayra?" suara Mak Jenah cuba ditahan agar tidak mengeluarkan kata-kata kesat. Dia semakin kalut. Bukan dia mahu berpihak kepada Cempaka dan bukan juga dia mahu berpihak kepada Kayra. Tapi, situasi sebegini lebih baik dia menjadi orang tengah dan meleraikan pergaduhan antara cucu dan anak gadisnya. Nanti tiada kesudahan.

Kayra terkedu. Apa harus dikatakan? Sukar baginya memberi sebarang jawapan. Nanti apa pulak reaksi neneknya jika tahu anak daranya itu tergila-gilakan anak teruna jirannya? Dan apa pula reaksi neneknya jika tahu mak saudaranya yang memulakan dulu? Andai dia berkata benar, pasti bertambah rumit keadaan. Sedangkan mereka bertekak pun disebabkan seorang lelaki.

"Kenapa kau diam aje, Kayra? Cakaplah! Terus terang aje yang kau mulakan dulu!" ugut cempaka memberi isyarat mata ke arah Kayra. Dia memandang sinis ke arah Kayra sambil berpeluk tubuh. Dibiarkan saja Kayra berdiri kaku tanpa memberi ruang anak saudaranya itu berfikir. Dia mahu Kayra berbohong. Dan dia yakin Kayra pasti mengalah.

Kayra menarik nafas dalam meraih kekuatan dalaman. Jeritan Cempaka yang membingitkan telinga sehingga memenuhi ruang bilik itu, membuatkan otaknya berhenti berfikir. Dia rimas, rimas dengan suara itu.

"Er... Kayra minta maaf nek. Kayra tak sengaja. Maafkan Kayra" tertunduk-tunduk Kayra menyalam tangan orang tua itu. Bersungguh-sungguh juga dia meminta maaf serentak mulutnya mencium tangan neneknya.

"Ha, tengok tu mak. Cempaka dah cakap, Kayra yang mula dulu. Mak tak percaya. Cucu mak ni dah mula tunjuk perangai tak senonoh! Layankan aje lah perangai dia ni!" bentak Cempaka lagi. Lurus telunjuknya menunding ke muka Kayra. Dalam masa yang sama, suara hatinya melaung-laung agar dapat menghasut mak Jenah.

"Cempaka, cuba sabar sikit! Bawa bertenang! " ujar Mak Jenah kasar. Di dalam hati hanya pujukan sabar yang berkumandang tidak henti-henti supaya dia tidak terikut-ikut Cempaka.

Cempaka mengeluh kasar. "Nak sabar macam mana mak? Mak tengok Kayra ni, dia tak waras. Dia datamg sini dalam keadaan mabuk!" terang Cempaka lagi merungkaikan kemarahan Mak Jenah sehingga Kayra tunduk kerana menahan malu. Tebal mukanya saat itu.

"Astagfirullahalazim!" hanya alunan istigfar yang terlontar keluar dari mulut Mak Jenah.

"Kayra, kayra... Kayra..." cepat Kayra mengangkat wajahnya. Runtun hatinya bila Cempaka pandai benar mencampur adukan perkara yang tidak sepatutnya. Baginya, itu hal peribadi. Selagi dia tidak terbawa-bawa perkara yang tidak elok di rumah itu, tiada masalah.

Mak Jenah terus menepis tangan Kayra. Tanpa sedar mak Jenah sudah terhasut dengan kata-kata Cempaka sehingga dia membanding-bandingkan anaknya dan cucunya sendiri. Asap bagai berkepul-kepul keluar dari corong telinga.

"Betul apa maksu kamu cakap ni Kayra? Betul kamu mabuk? Kalau kamu datang sini nak tunjuk belang kamu tu baik tak payah datang! Tengok dah benjol kepala makcik kamu ni kamu kerjakan" sergah Mak Jenah mula naik berang. Semakin membahang wajahnya. Ada nada kesal dari suara serak orang tua itu.

Kayra NelidaWhere stories live. Discover now