Bab 20

1.9K 83 15
                                    

"Ish, ibu ni buat terperanjat aje! Siapa perempuan yang ibu bawa tu?" Khairil terus mencantas pertanyaan ibunya tanpa menjawab.

"Oh itu cucu Pak Mail, anak si Rasyid. Kalau ibu cakap pun bukan kamu kenal jugak." Jawab Mak Misah acuh tak acuh.

"Ooooo." gumam Khairil sambil mengangguk perlahan. Dia meramas- ramas jambang yang tidak disedari tumbuh. Ternyata trend memelihara jambang yang diikutnya itu ada kelebihan lain selain menjadi pelengkap gaya.

"Kayra, masuklah buat macam rumah sendiri!" pelawa Mak Misah bila di lihatnya Karya ketika itu sibuk benar bercerita dengan budak Faiz di muka pintu.

Sepantas kilat Khairil membuka langkah seribu lalu masuk ke dalam bilik apabila ibunya mempelawa gadis itu masuk. Dia yakin gadis itu belum sempat melihatnya. Malu!

Mak Misah hanya mampu menggeleng kepala melihat gelagat anak terunanya. Perangai tak ubah seperti budak sekolah. Begitulah sikap Khairil. Lebih kurang macam Faiz!

Kayra membontoti saja Faiz melabuhkan punggung di atas kerusi kayu bercorak jalur kuning. Dia memerhati sekitar ruang di dalam rumah papan itu. Sedap mata memandang bila warna biru laut yang menjadi pilihan. Pada satu bahagian, dinding itu dihiasi dengan susunan gambar dalam bingkai gambar berwarna tembaga keemasan. Kayra jadi ralit seakan gambar itu melambai-lambai dan ada daya tarikan untuk dia melihat dari jarak dekat namun keinginannya itu di tahan-tahan.

"Adik, sakit lagi ke?" Tanya Kayra memecahkan kesepian di dalam rumah itu. Mak Misah pula sudah tidak kelihatan. Rambut pacak dengan bau pomade yang menyengat masuk ke dalam rongga hidung di usap dengan penuh kasih sayang. Maklumlah, Kayra kan anak bongsu. Perasaan sayang pada seorang kanak-kanak kecil tidak pernah hadir dalam hatinya.

"Sikit aje kak." Jawab Faiz sambil tersengih. Malu kot.

Eleh, kecil-kecil dah gatal. Suka lah tu! Marah Kharil dalam hati. Dia hanya menjadi pendengar setia dari dalam biliknya.

"Macam mana adik boleh jatuh?" soal Kayra lagi.

"Mak Misah tu paksa Faiz turun pokok sampai Faiz jatuh. Mak Misah tu memang jahat. Selalu kejar Faiz dengan rotan."

"Kalau tak nakal Mak Misah tak rotan tanpa sebab!" sampuk Mak Misah dari arah dapur. Tak tahu apa di buatnya.

Kayra hanya mendengar luahan hati dari mulut kanak-kanak itu tanpa menghiraukan Mak Misah yang dalam sekelip mata sudah masuk ke dapur. Kalau bukan kerana sikap Mak Misah yang memaksanya turun dengan cepat, semua itu tidak akan berlaku.

"Khairil tengok Faiz tu kejap,
ibu nak cari daun sirih kat belakang tu." Jerit Mak Misah memanggil nama anak terunanya.

"Ye ibu, Khai datang lah ni" sahut Khairil sambil mengayunkan langkah kaki menuju ke ruang tamu. Walau masih segan, dia tidak boleh membiarkan tetamu sendirian di luar sana.

Alamak, ini kan lelaki yang datang rumah atok tadi! Habislah aku! Malunya.

Tangan Kayra spontan menarik bunga perhiasan berwarna ungu muda di atas meja dengan perlahan-lahan sambil matanya dikerling ke arah Khairil yang sudah menapak dan semakin dekat menghampirinya. Tidak tahu kenapa dia tiba-tiba sahaja jadi gelabah.

"Faiz buat hal lagi ke? Tentu awak yang bantu budak ni kan?" Soal Khairil ketika baru hendak duduk di kerusi kayu itu. Baju parti Barisan Nasional yang berwarna merah biru dengan logo timbangan menjadi pilihannya.

"Tak, kebetulan saya kat sana, jadi Mak Misah minta tolong." Jawab Kayra dengan nada mendatar, tidak dapat menahan kehendak matanya untuk mencuri pandang ke arah Khairil.

Menyedari renungan Kayra dari ekor mata, Khairil bertindak memalingkan wajah. Kayra cepat-cepat mengalihkan wajah. Aduh, Kantoi!

Kayra pantas berpura-pura sibuk memandang dinding rumah apabila Khairil mula perasan akan renungannya sebentar tadi. Tapak tangan di gosok-gosok untuk membuat haba. Dia terasa malu sendiri. Mengapa bila melihat wajah lelaki itu dia sendiri tidak pasti hati wanitanya pasti bergetar. Kayra jadi bimbang terlalu terbawa-bawa dengan perasaannya sejak pagi tadi.

Khairil hanya menyimpan senyum dalam hati. Pelik dengan reaksi yang diberi oleh gadis itu. Dalam hati terdetik pertanyaan. Mustahil gadis cantik macam tu belum berpunya. Cepat-cepat dia menepis angan-angan itu. Dia tidak mahu terus membina angan-angan yang akhirnya akan runtuh. Sebelum dia bermimpi lebih jauh, dia harus sedar tidak mungkin gadis cantik itu akan menyimpan rasa kepadanya.

"Siapa nama awak?" Khairil bertanya sambil tersenyum. sekadar memecahkan kesunyian antara mereka dan dalam masa yang sama sengaja ingin berkenalan dengan gadis di hadapannya.

"Panggil aje Kayra." Jawabnya ringkas. Wajah ditunduk menghadap bunga perhiasan di atas meja. Walhal wajahnya yang berona merah itu dilarikan dari pandangan mata Khairil.

"Saya Khairil. Budak ni Faiz. Awak jangan kisah sangat dia ni memang nakal. Tiap hari buat hal. Kena bagi air penawar pun hati tak pandai juga lembut. Macam Gangster!" kata Khairil sengaja mahu mengusik Faiz.

"Eh, manade!" Jawab Faiz dengan mulut muncung.

"Betullah, kata anak jantan, tapi nangis. Buat malu kaum aje!" Ejek Khairil lagi.

"Abang ni tak habis-habis nak menyakat Faiz." Faiz beritahu ayah nanti.

"Eleh, sikit-sikit cakap kat ayah. Tak gentleman lah Faiz ni." Usik Khairil berbasi. Niat di hati mahu mengenakan semula kata-kata yang pernah Faiz lontarkan kepadanya.

"Faiz cakap kat ayah!!" tempeliak Faiz dengan suara mahu menangis.

Khairil dan Kayra ketawa serentak. Nak menangis budak Faiz tu dikerjakan.

Sedang ketawa mengusik Faiz, masing-masing terdiam bila suara Mak Misah muncul dari belakang.

"Amboi, borak apa ni!" Jerkah Mak Misah dengan ramah.

Khairil terus menoleh. Wajah ibunya sudah berada di ruang mata. Scarf lusuh yang menjadi alas kepala hampir basah dek peluh yang mengalir.

"Takde lah bu, berkenalan aje dengan Kayra." Jawab Khairil tanpa berselindung.

"Oh, gumam mak Misah. Dah kering darah di hidung kamu ni Faiz. Apelah Mak Misah nak beritahu ayah kamu nanti." Mak misah cuba membayangkan reaksi ayah Faiz nanti.

"Ibu cakap lah elok-elok, mesti ketua penghulu faham punya. Lagipun siapa yang tak kenal perangai Faiz ni"

Kayra mengambil peluang mencuri pandang ke arah Khairil semasa lelaki itu berpaling pandangan ke arah ibunya. Kayra tersenyum sendiri. Bertuahlah sesiapa yang dapat memiliki hati lelaki ni.

"Awak okey ke?" Soal Khairil apabila menyedari Kayra tersenyum sendiri.
Lirikan matanya tepat menikam mata Kayra. Kayra terpaku. Mahu gila dibuatnya!

"Errrr... Saya..saya.." Kayra terasa malu sendiri. Merah pipinya dek menahan malu yang kian menguasai diri. Gerak gerinya tak ubah seperti cacing kepanasan. Degupan jantungnya menjadi tidak sekata bila melihat panahan mata Khairil. Tapi dia cuba mengawal debar hatinya sebaik mungkin, tidak mahu dizahirkan dalam riak wajah. Aduh, malunya! Aku dah jatuh hati ke?

-maaf tak best-

Kayra NelidaWhere stories live. Discover now