Khairil bergegas menuruni tangga rumahnya dengan langkah yang pantas. Baju lusuh logo timbangan itu sudah tentu menjadi uniform rasmi untuknya setiap hari. Dia menatap ke arah kaki langit yang terbentang luas, cuba meramalkan terbitnya matahari. Fajar yang kian melabuhkan tirainya itu semakin lama semakin menonjolkan kembali wajah kampung Pulau Getah yang sebenar.Kasut getah yang berjalur kuning sudah siap disarung di kaki. Lampu suluh yang rapi diikat di atas kepala cuba diperbetulkan kedudukannya.
Tanpa berlengah, Khairil mengambil basikal tua miliknya yang di sandar di tiang bawah rumah lalu menolaknya keluar. Sebelum berangkat dia cuba memeriksa angin pada tayar basikal tua yang sudah banyak jasa pada keluarganya."Baik-baik jalan tu, hati-hati tau!"pesan Mak Misah yang berdiri di tepi tangga sambil melambai.
"Ye ibu." Khairil melaung perlahan.
Perlahan-lahan basikal tua itu ditegakkan. Tongkat basikal ditolak ke belakang. Khairil memegang handle dengan kuat. Pekakas menoreh sudah siap dimasukkan ke dalam bakul basikal untuk di bawa pergi ke ladang. Kemudian dia duduk dan bergerak meninggalkan halaman rumah lalu membelok memasuki jalan tanah merah.
Berbekalkan lampu yang dililit dikepala, ubat nyamuk dan pisau menoreh, Khairil meredah semak samun dari satu pohon ke pohon lain untuk menarik keluar getah kering yang melekat pada bahagian alur torehan pokok sebelum mula menorehnya. Itulah acap kali yang di lakukannya dari pukul 5.30 pagi hingga 8 pagi. Kalau agak lewat menoreh kerana masalah cuaca, kadang-kadang 10 pagi baru dia selesai.
Jari-jari kasar serta urat-urat yang menonjol di tangan sudah mula menoreh sambil bersiul gembira. Badannya basah kuyup kerana embun dari semak dan daun sudah melekat di pakaiannya. Namun langsung tidak dihiraukan kerana sejak beberapa hari ini hatinya bagai sudah diikat kuat oleh seseorang. Dia sudah terjerat dalam jerat yang di pasang sendiri.
Sesekali dia melontarkan pandangan ke arah sekumpulan kanak-kanak yang sanggup bangun awal pagi untuk meredah ladang itu demi mencari biji getah untuk dilaga.
Teringat pulak masa kecil dulu, aku pun suka kumpul biji getah ni. khairil bermonolog sendiri sambil tersenyum sendiri.
"Dik, cari biji getah kulit tebal." laung Khairil sambil ketawa kecil. Dengung halus sekumpulan nyamuk dan letup biji-biji getah yang sudah matang pun seperti turut sama ketawa bersamanya di kala itu.
Suasana yang agak ceria itu akhirnya berkocak. Siualan di bibirnya akhirnya terhenti apabila sebuah kereta mewah Mercedes berwarna hitam bergerak masuk ke laluan ladang itu. Cahaya lampu dari kereta itu amat menyilaukan pandangannya. Serta merta Khairil menghentikan kerjanya.
Hisy, bodoh punya orang! Buat apa dia masuk kawasan ni! Marah Khairil dalam hati.
"Hoi Khairil!" Jerit satu suara.
Khairil menoleh, mata Khairil pantas menafsir imej yang datang menghampirinya.
"Leman? Apa dia buat kat sini?" Khairil bertanya sendiri. Tapi otaknya yang ligat berfikir sudah memberi jawapan dengan pantas. Tiba-tiba sahaja muncul perasaan marah seterusnya melenyapkan kegembiraannya. Bunga-bunga kemarahan pula berganti membenih di hatinya. Secara spontan, mata pisau toreh itu kembali berkerja, mulutnya sudah menyumpah serapah. Tetapi keadaan itu tidak lama.
"Hoi aku panggil tadi kenapa kau tak sahut ha! Berambus kau dari sini, aku tak nak kau pijak tanah ni lagi!" Leman bertempik sambil tangannya lurus menunjuk ke arah laluan tanah yang tidak berturap. Jelas kelihatan ada dua orang lelaki bertubuh gempal lengkap berpakaian blazer suit sedang berdiri di laluan itu sambil memerhatikan mereka.
YOU ARE READING
Kayra Nelida
RomanceKayra Nelida si gadis yang kuat memberontak. Di sebalik tabiatnya yang kuat memberontak itu, maka dia rela dalam terpaksa berpindah ke kampung atas desakan papanya. Ketika dia berada di kampung Pulau Getah, pertemuan Kayra dan Khairil terjadi tanpa...