Bab 19

1.8K 81 5
                                    

Jam sudah menunjukkan angka 9.00 pagi. Kayra masih terperap di dalam bilik tanpa ada hati hendak keluar. Bilik tidur itu senyap dan sunyi tidak kedengaran sebarang bunyi apa pun. Hanya kedengaran bunyi cicak menggerakkan ekornya di lembaran kayu plywood yang menjadi dinding rumah. Nak duduk dia rasa tak selesa bila hatinya resah. Ada yang berlegar-legar di dalam kepalanya. Mungkin dia masih berusaha keras menepis bayangan lelaki misteri yang bertandang ke dalam memori ingatannya. Aroma cucur udang yang datang dari arah dapur pun masih gagal menarik minatnya.

Dengan langkah longlai, Kayra bingkas bangun dan menguakkan daun tingkap kayu yang berada di sudut hujung bilik. Udara yang terperap di dalam bilik itu perlu digantikan dengan udara yang lebih segar. Barulah rasa selesa maklumlah waktu siang rumah kayu memang  panas.

Kayra berdiri di tepi tingkap lalu menongkat dagu dengan kedua siku di atas palang tingkap kayu. Angin tanpa segan menerobos masuk melalui tingkap yang ternganga dan bertiup sayu menyapa kulitnya dengan lembut.

Pak Mail bergegas menuju ke bilik tetamu yang menempatkan Kayra Nelida tidur lalu menekapkan telinganya di daun pintu. Dia cuba mendengar dengan teliti sekiranya Kayra bangun. Bolehlah dia mengetuk pintu. Kalau main terjah, tak sopan pula. Nanti di kata tidak menghormati privacy wanita.

Agaknya Kayra sambung tidur. Tentu dia masih penat. Kasihan cucu atok. Bisik hati Pak Mail. Terbatal terus niat mahu mengetuk pintu bilik  cucunya, Kayra. Sedangkan tadi niatnya mahu mengajak cucunya berjalan-jalan di kawasan kampung.

"Apesal abah berdiri tercongak depan pintu bilik Kayra tu?" Jerkah Cempaka dengan lantang dari belakang, sambil memandang dengan rona wajah berkerut seribu. Hairan dengan telatah Pak Mail. Dah buang tabiat ke orang tua ni? Omel Cempaka dalam hati.

"Hisy kamu ni Cempaka! Kenapa tak jerit kuat-kuat, biar satu kampung dengar!" Marah Pak Mail sambil menggosok dadanya dek terkejut dengan jerkahan itu. Dalam sekelip mata mendadak menjunam mood nya. Hampir saja melayang jantungnya. Nasib baik takde sakit jantung.

"Maafkan Cempaka. Tak sengaja. Ingatkan abah nak mengintai Kayra tadi." ujar Cempaka melepaskan sengihan di celah bibir sambil tersengih-sengih.

"Amboi, cakap tu ikut sedap mulut kamu aje! Ni, abah nak kejutkan Kayra, nak ajak jalan-jalan kat kawasan kampung ni. Tapi macam tidur aje. Agaknya dia sambung tidur kot, tadi awal pula dia bangun."

"Ish, takkan abah tak dengar bunyi gelang kaki dia tu? Dah bangun lah tu mungkin dia nak rehat."

Pak Mail segera memicingkan telinga, cuba mendengar dengan lebih jelas bunyi yang di maksudkan anak gadisnya.

"Takde bunyi langsung pun."

"Abah pun satu. Biarlah dia, mungkin dia masih penat. Tahu lah dia keluar tu nanti." Cempaka segera memberi pendapat. Bimbang jika mereka terus membuat bising di luar bilik nanti bakal mengundang amarah anak saudaranya, Kayra Nelida. Tahulah Kayra tu kuat memberontak, mana dia kisah tua atau muda!

Kayra terpisat-pisat mendengar suara Cempaka dan Pak Mail dari dalam bilik. Malas dia memedulikan pertengkaran anak beranak di luar itu.

Ada-ada aje atok dan Maksu ni. Kayra menggeleng kepala sambil tergelak kecil. Kemudian nafas di hela sedalam-dalamnya. Bosan sungguh! apalah yang aku boleh buat selain terperap aje dalam bilik ni? Kayra bermonolog sendiri

"Turun kamu sekarang! Mencuri aje kerja kamu!" Marah satu suara pada seorang kanak-kanak.

"Bluerkkkkk! Tak nak!" Jawab Faiz selamba lalu menjulingkan mata serta menjelir lidahnya.

Kayra tersentak dari lamunan.
Telinga mula menangkap suara jeritan bercampur marah. Berkerut-kerut dahi Kayra ingin kepastian. Apa pula yang bising-bising tu, orang gaduh ke? Soalnya dalam hati lalu matanya meliar mencari arah suara tadi. Matanya terlontar ke arah pokok jambu di hadapannya. Jaraknya tidaklah jauh dari tempat dia berada. Dia jadi ralit memandang tanpa jemu gelagat seorang wanita berusia dan seorang kanak-kanak lelaki. Mungkin cucu dia kot?

Kayra NelidaWhere stories live. Discover now