Bab 8

2.3K 81 0
                                    

"Kayra, kalau papa panggil sekali, kamu pandai-pandailah jawab. Papa tak suka kamu macam ni. Kamu ingat papa ni apa? tunggul kayu?" Marah Dato Rasyid dengan nada sedikit tegas.

"Ish, apa ni papa. Malam ni Kayra takde mood lah nak borak. Papa pun bukannya selalu menetap kat rumah. So mesti papa tau Kayra nak pergi mana kan." Sindir Kayra sambil melangkah perlahan-lahan supaya dapat beredar dari situ dengan segera.

"Sejak bila kamu pandai menjawab ni? Baru berjaya sikit dah tak nak hormat papa? Nak keluar dah tak pandai minta izin kat papa? Apa kamu nak jadi ni Kayra?"

"Kayra belajar semua ni dari Papa jugak lah." Beritahu Kayra perlahan.

"Apa kamu kata Kayra!! Sebelum kamu merasa penampar papa ni, baik kamu naik. Jangan berani nak keluar tanpa izin papa." Jerit Dato Rasyid."

"Hah, kalau dah macam tu biarlah Kayra tinggal di banglo milik Kayra. Apa yang kayra buat papa tak payah nak ambil tahu. Bolehlah papa berfoya-foya suka hati. Bukannya Kayra tak tahu papa selalu pergi ke mana kalau papa takde kat rumah, Kayra pun sama macam papa berkerja juga, tapi masih ada masa kat rumah." Bidas Kayra dengan kata-kata yang jauh lebih pedas.

Sakit hati Dato Rasyid mendengar dirinya dikata seperti itu oleh anaknya sendiri. Setahunya dia memang sibuk berkerja.

"Jangan nak salahkan papa! Kamu dah naik kepala. Kamu dah besar boleh fikir sendiri, jangan nak menunding jari pada papa!

"Sudahlah, ada tetamu kot kat sini." Cantas Datin Mastura.

"Jangan sampai papa hantar kamu balik kampung! Jangan sampai syarikat tu papa tarik balik!" Gertak Dato Rasyid.

Kayra hanya mengetap bibir menahan geram. Sedikit pun tidak tercalit rasa bersalah pada wajah Kayra kerana sudah melawan kata papanya. Tidak sanggup lagi Kayra mahu memandang wajah papanya itu lama-lama. Sudahlah dia masih menahan geram dengan ugutan Muaz sebentar tadi. Kali ini papanya pula seolah-olah menambah minyak ke dalam api. Tanpa menunggu lebih lama, Kayra segera berlari dan terus sahaja keluar dari rumah tersebut. Dalam hatinya yang ada hanya alur memberontak.

"Kayra Nelida!!!! Dato Rasyid menjerit lagi.

Lantaklah! Janji aku dapat keluar. Kata Kayra dalam hati.

"Abang, apa yang Kayra kata tadi tu betul ke?" Datin Mastura merapati Dato Rasyid sambil menyentuh lembut bahu suaminya. Dia berharap agar api kemarahan suaminya kembali reda. kelibat Kayra pun sudah tidak kelihatan.

"Mas jangan dengar sangat kata Kayra tu, tengoklah tadi sikap dia, dah berani nak melawan abang. Tak tahu dari mana dia belajar." Kata Dato Rasyid, keimanannya benar-benar sudah menipis dengan tingkah laku Kayra sebentar tadi.

"Biarkan lah Kayra tu bang, nanti pandai lah dia fikir salah dia."

"Entahlah Mas, kalau perangai dia tak berubah, masih degil lagi abang takde pilihan lain. Terpaksa juga ambil alih sementara syarikat milik Kayra tu. Telinga abang ni dah merah dengan yang bukan-bukan tentang anak kesayangan Mas tu. Kalau boleh abang nak hantar Kayra balik kampung tempat ayah. Biar dia belajar hidup susah." Tekad Dato Rasyid tanpa memikirkan persetujuan anak bongsunya Kayra Nelida.

Lantaklah, apa nak jadi pun aku malas nak fikir! Keluh Kayra. Kakinya menapak kearah keretanya.

Kayra mengeluarkan kunci keretanya dari handbag jenama Hermes Birkin miliknya. Tidak lama kemudian, Kayra membuka pintu kereta dan melangkah masuk. Serta merta enjin kereta dihidupkan.

Bergegas Dato Rasyid dan Datin Mastura keluar dari rumah sebaik mendengar deruman enjin itu tadi.

Dipasangnya lagu nyanyian chainsmokers ft coldplay. Kemudian dia mula memandu Kereta Audi Lexus LX miliknya saat alunan muzik mula berkumandang. Tetapi sengaja Kayra membuat satu pusingan untuk melengah-lengahkan masa seperti dia sudah dapat mengagak papa nya akan keluar melihatnya sebentar lagi.

Waktu itu, Dato Rasyid dan Datin Mastura sudah berada dihadapan pintu utama. Kereta Kayra pun berhenti perlahan-lahan berhampiran beranda rumah mereka. Cermin kereta mula diturunkan.

Tatkala mata papa dan mamanya memandang ke arahnya, dari jauh Kayra menghadiahkan senyuman sinis kepada papanya. Sengaja dia berbuat demikian untuk menambahkan sakit hati papanya.

****

"Hai, saya nak ambil satu bilik yang ada privacy. Bilik yang jauh dari bilik lain. Ade kosong tak?"

"Hai selamat datang. Boleh saya minta pengenalan akak?" Tanya pelayan restoren ala karaoke dengan ramah.

Pelayan itu dengan pantas memeriksa komputer disebelahnya.

"Available. Mujur ada satu meja kosong. Biar saya masukkan pengenalan akak terlebih dahulu ya."

Kayra sekadar mengangguk.

"Meja akak bernombor 12B ditingkat dua menghadap kolam renang. Ini kadnya." kata pelayan yang lengkap beruniform dan bersanggul tinggi itu.

"Terima kasih."

Selesai membuat pembayaran, Kayra mengambil huluran kad yang diberikan tadi lalu kaki melangkah meninggalkan kaunter.

"Sama-sama. Selamat menjamu selera." jerit pelayan tadi. Suaranya mula menghilang dibawa angin.

Seketika itu, Kayra sudah berada di bilik pilihannya. Pinggulnya terus dilabuhkan di atas sofa panjang sambil menyilangkan kakinya.

Tidak sampai beberapa minit, pelayan datang membawa dulang minuman. Kayra sekadar memandang dengan pandangan kosong.

Hati Kayra masih resah. Beberapa kali dia duduk bangun dari sofa dan kemudian berjalan mundar-mandir di situ. Kayra benar-benar buntu. Kata-kata papanya yang langsung tidak di duga tadi cukup menyesakkan dadanya.

Benarkah papanya bermaksud demikian? Atau sekadar menggertak? Kayra menghembus nafas kasar. Entah kenapa terlalu berat untuknya walaupun dia tahu papanya bukan sengaja berkata seperti itu. Yang paling merunsingkan hatinya, boleh ke dia hidup di kampung. Dari kecil dia membesar dengan keadaan yang sibuk.

Jauh di sudut hati Kayra, dia tidak rela papanya mengambil alih syarikatnya, walaupun kenyataannya papanya masih punya hak ke atas syarikat yang dibangun olehnya. Tanpa sokongan dari papanya mustahil dia boleh berjaya seperti sekarang. Persoalan dan pertelagahan dalam diri kayra membuatkan dia sakit kepala, pening mahu memikirkan semua masalah yang sudah menimpa dirinya.

Satu masalah tak selesai, satu lagi datang. Keluh Kayra. Telefon bimbit dicapai sebelum Kayra menghantar pesanan ringkas melalui aplikasi whatsapp kepada seseorang. Usai menghantar pesanan, jari-jemarinya menari di atas papan kekunci telefon bimbit seperti dia sedang memikirkan sesuatu.

Kayra NelidaWhere stories live. Discover now