Bab 42

1.3K 73 4
                                    


  Peluh merembes di raut wajah masing-masing. Dada turut sama berombak turun naik kerana terkejut. Kayra cuba berlagak tenang sedaya yang mampu. Dalam masa yang sama termengah-mengah dia mencari ruang untuk bernafas.

   "Kayra? Apa kau buat kat sini malam-malam ni?" Jerkah Khairil yang sudah berubah bengis. Dia tidak menyangka ada kejutan hebat menantinya di sana. Apabila lampu suluh dihala ke wajah pasangan itu tadi, jelas kelihatan sepasang mata bundar yang amat dikenalinya. Dia tidak silap orang, nemang sah itu Kayra. Tapi mengapa pakaiannya begitu terdedah. Atas alasan apa dia begitu?

  Kayra tersentak dengan suara tegas Khairil disoroti dengan hempasan di dinding pintu kereta itu. Gugup dia menjawab. "Err.. Khairil. Awak. Awak. Sebenarnya, sebenarnya... Kami.. Kami.. tengah rehat aje dalam kereta ni" jawabnya walaupun langsung tidak menoleh memandang ke arah Khairil. Dia sibuk membetulkan rambut dan pakaiannya.

  "Apa korang buat ni! tengah buat maksiat ke? Berdua-duaan ni mesti buat benda tak senonoh kan!" tempik Khairil bertalu-talu. Jelas terpancar api kemarahan dari suaranya.

   Pantas Kayra memintas bicara Khairil. "Eh manada, awak jangan fitnah sembarang eh!"

   "Habis berpeluk-peluk tu bukan buat maksiat?" celah Khairil lagi. Bukan hendak menyibuk hal Kayra, tapi sekadar mahu memberitahu lelaki dan perempuan tidak boleh berdua-duaan. Orang ketiga pasti syaitan.

  Kecut juga hati Kayra bila Khairil sudah mengamuk seperti itu. Nak terangkan pada Khairil pun belum tentu dia percaya. Tapi apa perlu dia buat? Dah lah tengah mabuk. Nanti apa pula dia kata.

  "Awak peluk saya boleh pulak" bidas Kayra mahu mengingatkan Khairil ketika lelaki itu datang menyelamatkannya di pondok dulu.

  Khairil terkedu. Dalam kesamaran cahaya lampu dari laman rumah Pak Mail, dia memandang sekilas ke arah Farid. Nafasnya kedengaran berbunyi seperti orang kelelahan. Berputar-putar dia mengelilingi kereta itu sambil meraup rambut dengan kasar. Entah apa yang bermain dalam fikirannya saat itu.

  "Siapa lelaki ni?" tanya Khairil sekali lagi tatkla kembali semula di sisi cermin kereta yang terbuka luas. Kali ini, dia meninggikan sedikit suaranya. Dia tahu dia sedang cemburu. Tetapi perasaan cemburu itu harus dikawal.

   Kayra mempamer senyuman kemenangan. Dia tahu lelaki itu pasti cemburu. Tapi ego tinggi melangit.

  "Awak cemburu ke, Khairil?" Kayra memasang soalan perangkap. Dalam mabuk, dia ketawa mengejek.

  Khairil mencebik. "Tolonglah! Saya cemburu? Buat apa nak cemburu pulak? Awak sedar tak apa yang awak buat sekarang ni? Memalukan atok awak tahu tak!" Khairil menyangkal kasar mahu menyembunyikan perasaannya.

  "Kalau tak cemburu, kenapa awak  sibuk sangat ni, Khairil? Dia teman lelaki saya ke, siapa ke, suka hati saya lah nak buat apa. Rasanya awak takde hak nak tegur saya. Lagipun saya ni perempuan murahan macam awak kata" herdik Kayra lagi. Jelas sekali dengan suara keras. Jarinya ditunding ke arah Khairil. Spontan itu juga, dia menarik kasar lampu suluh yang dihala ke arah wajahnya. Rimas.

   Khairil tercengang dengan tingkah Kayra. Mana hilangnya kelembutan gadis yang dicintainya itu? Tak pernah pula Kayra bersikap diingin sebelum ini. Dia mendengus geram. Rasa tercabar sudah bergabung dengan rasa marah. Serentak itu dia menarik nafas sedalam-dalamnya mengawal kemarahan. Rambut yang sudah kusut, galak diperbetulkan.

  "Walau apa pun, awak kena sedar, awak tu perempuan, dia ni lelaki!" tekan Khairil tidak mahu mengalah. Sememangnya dia cemburu dan sakit hati melihat Kayra berdua-duaan dengan lelaki. Lebih-lebih lagi lebih kacak darinya. Memang wajar juga dia merasa cemburu. Farid pula terpinga-pinga di sisi Kayra seperti belum mencerna apa yang berlaku antara mereka.

Kayra NelidaWhere stories live. Discover now