Suasana terasa tenang tanpa suara manusia di kawasan itu. Yang kedengaran hanya bunyi deruan angin membawa pergi daun kering dari pokok besar yang tumbuh merimbun di sekitar pondok tersebut. Awan hitam perlahan-lahan berarak menandakan hujan akan turun melunaskan tugasnya. Suara-suara ganas terdengar di atas langit, entah marahkan apa tiada siapa pun yang berani bertanya.Kayra masih berdiri tegak di dalam pondok itu. Sesekali matanya mengerling ke arah sekumpulan askar anai-anai yang yang sedang memakan kayu pondok itu. Penuh berhati-hati dia bersandar di dinding yang agak usang itu untuk menghilangkan lenguh di tubuhnya.
"Tik..Tik..Tik.."
Bunyi daun kering yang sudah basah dek disirami air hujan menerjah masuk cuping telinganya. Sesekali dia terdengar bunyi derapan kaki datang menghampiri pondok itu. Kayra cuba memasang telinga mencari arah datangnya bunyi tersebut. Setelah diteliti, rupanya Khairil yang datang menghampiri.
"Fuh, nasib baik" keluh Kayra sendiri. Risau juga jika Leman yang pulang kerana masanya sudah banyak terbuang di sana menanti Khairil yang entah pergi ke mana. Wajah Khairil yang tiada kumis namun ada bekas cukuran itu kelihatan mengukir senyuman lebar hingga boleh mencecah telinganya. Tanpa di duga, sekali lagi ada debar asing yang datang menggetarkan hatinya. Bola mata Kayra segera di alihkan. Dia malu, malu jika Khairil perasaan akan renungannya itu.
"Awak, hujan lah" Suara garau Khairil meramas lembut cuping telinganya. Kayra tersentak kecil.
"Habis takkan kita nak tunggu kat sini?" tanya Kayra sambil memintal-mintal rambut coklatnya yang terjuntai jatuh ke bahu dengan jari telunjuk.
"Kalau terpaksa nak buat macam mana, lagipun cuaca tak elok sangat lah. Tadi okey aje kan" kata-kata Khairil lancar mengalir seperti air. Suaranya itu hampir tenggelam oleh kerasnya bunyi hujan di luar. Tanpa berlengah dia meluru masuk ke dalam pondok itu tanpa menunggu Kayra membidas kata-katanya. Dia terus duduk di sisi Kayra berhampiran dengan pintu yang sudah roboh sambil menyisir rambutnya yang basah menggunakan jari akibat terkena tempias hujan.
"Saya minta maaf, saya lambat sangat tadi. Kalau tak, kita dah keluar dari tempat ni. Saya betul-betul minta maaf." Khairil tak henti-henti membisikkan kata maaf di telinga Kayra.
Kayra cuba meluruskan kakinya yang masih terasa sengal lalu menghadap Khairil dalam jarak yang begitu dekat. Timbul perasaan marah dalam hatinya. Mungkin dia terlalu gelisah. Gelisah jika mereka di tangkap oleh Leman yang sememangnya bahaya. Dalam fikirannya Khairil sengaja melengah-lengahkan masa.
"Saya tak tahu awak seorang yang bodoh atau sengaja buat bodoh. Tapi rasanya awak tak layak lagi jadi hero, sebab tak kesampaian. Saya hairan awak buat apa kat luar sana lama sangat? Tengok dah hujan kan." Ujar Kayra dengan tegas. Berkerut keningnya berlapis tebal tatkala cuba melontarkan kata itu. Entah tiba-tiba sahaja ucapan itu yang keluar dari mulutnya. Mungkin perasaan resah sudah menandingi perasaan cintanya sehingga dia tidak sedar dia sudah melontarkan kata-kata yang meluluhkan hati Khairil.
Khairil menatap wajah Kayra seketika. Naik geram pun ada bila gadis di hadapannya berkata seperti itu. Dia cuba menyembunyikan kelat pada bibirnya sebelum melepaskan kata. Dia sengaja menunggu seminit lagi menanti ucapan yang akan keluar lagi dari bibir gadis itu.
"Semua ni salah awak jugak. Biar lah kita mati kena bunuh kat sini. Awak ni memang sengaja eh nak tunggu Leman tu datang. Entah-entah awak pun bersubahat dengan dia." Kayra terus-menerus menghamburkan kata sehingga Khairil naik baran. Dia mendesak dan terus mendesak.
"Apa awak cakap ni, sampai hati awak fitnah saya macam tu sekali!" Marah Khairil. Suaranya kian meninggi. Urat leher pula kelihatan timbul.
"Habis, macam mana awak tahu saya ada kat sini kalau bukan awak bersubahat?" tanya Kayra. Dia masih tidak berpuas hati.
YOU ARE READING
Kayra Nelida
RomanceKayra Nelida si gadis yang kuat memberontak. Di sebalik tabiatnya yang kuat memberontak itu, maka dia rela dalam terpaksa berpindah ke kampung atas desakan papanya. Ketika dia berada di kampung Pulau Getah, pertemuan Kayra dan Khairil terjadi tanpa...