Kayra sampai di rumah sebelum matahari terbenam. Letih menjalar ke seluruh tubuhnya. Di ruang retinanya hanya terbayang wajah Khairil. Sekali lagi Kayra di rasuk angau."Khairil" Nama itu kerap meniti di bibir mulusnya. Rindu bertandang kembali. Dia tersenyum sendiri tatkla wajah itu kembali menyambar ruang fikirannya. Dia tersengih seperti orang gila apabila teringat kerenah Khairil yang berusaha memujuk dirinya.
"Padan muka kau, haa... siapa suruh jual mahal. Sekarang aku lagi jual mahal" Kayra mengomel sambil tersengih-sengih. Bantal busuk yang menjadi peneman setia dipeluk erat. Dia dibuai angau sekali lagi.
"Kring! Kring!"
Telefon berdering. Sengihan kayra terus mati. Dia mengurut-ngurut dadanya. Telefon pintar dicapai.
"em. Hello,” jawab Kayra memulai percakapan. Agak malas dia menjawab.
“Hello Kayra. How are you?”
Kayra diam. Dia merasa tak asing dengan suara tersebut, dia melihat kembali layar telefonnya. Dia kehairanan. Dia mengerutkan keningnya.
'Biar betul?' kayra tayang muka terkejut. Dia gelisah di perbaringannya. Seolah-olah tidak percaya. Nama yang tertera di layar telefon pintarnya dipandang lama.
"Papa call? Kenapa tiba-tiba pula papa call aku" tanya Kayra masih kehairanan.
"Hello, Kayra. Dengar tak ni" suara Dato Rasyid kembali menyapa gendang telinganya.
"Ya. Kayra dengar. Kenapa tiba-tiba call Kayra ni?" soal kayra tanpa selindung.
Di hujung talian, Kayra dapat mendengar Dato Rasyid ketawa.
"Haih, takkan tak boleh papa call?" sahut Dato Rasyid.
"Dunia nak kiamat kot, sejak bila pula papa nak tahu kesihatan Kayra" sambung Kayra dengan nada sedikit merajuk.
"Papa call ni sebab nak suruh Kayra balik bandar."
Hati Kayra berbunga. Rasa gembira meruap dadanya. Namun dalam masa yang sama hatinya berbelah bagi. Khairil... Hanya wajah itu yang kembali menyapa di ingatan.
"Kenapa tiba-tiba ajak Kayra balik bandar pula?" soal kayra hairan.
"Haih, tak nak balik rumah dah ke?" tanya Dato Rasyid di talian.
"Bukan tak nak, tapi Kayra suka duduk kampung dah. Atok dan nenek layan Kayra baik sangat" jawab Kayra berbohong. mulutnya tidak mahu memberitahu hal sebenar.
"Bukan macam tu. Ada benda papa nak kayra tolong buat. Ada projek baru papa dapat. Tapi papa perlukan sokongan dari syarikat Kayra" jelas Dato Rasyid meyakinkan anak daranya.
"Haih, sejak bila pula syarikat papa perlukan sokongan dari syarikat kayra? Tak pernah-pernah pun." kayra semakin hairan. Ego tetap dengan pendirian. Keras kepala menguasai minda. pendiriannya seperti tembok yang tidak retak digoncang gempa tsunami. Dia bukan apa, cuma terkilan dengan sikap papanya dahulu.
"Hah, tu sebab papa suruh Kayra datang. Sampai sini kita bincang. Kayra balik esok. Nanti papa suruh abang kamu datang ambil. Tolong papa kali ni je. Boleh ke?"
"Cepat pula. Esok lusa tak boleh ke?" Kayra tetap beralasan.
"Alah, bukan lama sangat pun. Dah selesai semua, bolehlah Kayra duduk kampung berapa lama pun Kayra nak" Dato Rasyid berusaha memancing Kayra.
"Hmm. Dah bagitahu atok ke belum?" kayra masih teragak-agak.
"Nanti papa call atok." jawab Dato Rasyid.
"Betul?" Kayra menduga.
"Ya, papa tahulah. Kamu jangn risau""Okey." balas Kayra ringkas. Panggilan di tamatkan.
Kayra menggenggam erat bantal ke dadanya. Rambut panjangnya yang berjuntai menutup mukanya dibiarkan berombak-ombak di tiup angin kipas.
Dia termangu selepas dihubungi papanya. Bunga-bunga kebimbangan sedikit demi sedikit menjalar di kelopak hatinya. Ada satu perasaan yang dia sendiri tidak mengerti. Ada satu perasaan yang tidak dapat ditafsirkannya sendiri."Mesti papa cuba pujuk aku kan? Kalau aku balik, mesti aku tak dapat jumpa Khairil lagi. Bukan aku tak tahu perangai pap." kata Kayra sendiri. Hatinya berkecamuk. Satu keluhan menghambat nafasnya. Perasaan yang dirasuk kebimbangan cuba dikikisnya sedikit demi sedikit.
Keputusan untuk membantu papanya di sana bukan seperti aur yang mudah dilentur. Namun dengan kepulangannya kali ini, dia berharap dapat mengembalikan putik-putik kemesraan antara dia dan papanya.
************
(sorry lambat update n part ni sedikit ja. Lama dah x menulis hahaha)
YOU ARE READING
Kayra Nelida
RomanceKayra Nelida si gadis yang kuat memberontak. Di sebalik tabiatnya yang kuat memberontak itu, maka dia rela dalam terpaksa berpindah ke kampung atas desakan papanya. Ketika dia berada di kampung Pulau Getah, pertemuan Kayra dan Khairil terjadi tanpa...