Kunci kereta diletak kemas di atas meja solek biliknya. Kasut tumit tinggi hitam dengan labuci yang berkilauan dilepas dengan kasar. Jari jemari halus yang halus itu mula melepaskan kancing pakaian satu per satu. Rambut yang disanggul rapi dengan hiasan mahkota kecil dibuka perlahan-lahan sehingga terlerai.Kayra menyusun langkah menuju ke bilik air mencapai tuala yang disangkut pada penyidai. Usai mandi tuala itu dibalut pula ke tubuh langsingnya. Dengan langkah malas, kaki diayun meninggalkan bilik air. Dia kemudiannya duduk di birai katil sambil menjuntaikan kakinya ke bawah. Badan dihempas di atas tilam empuk bersaiz king. Sempat tangannya menekan butang alat kawalan jauh televisyen. Kepala pula disandarkan pada perut teddy bear yang sentiasa menemaninya setiap malam.
Kayra cuba melelapkan matanya, akan tetapi semakin dia memaksa diri untuk tidur semakin sukar pula matanya mahu terlelap. Mata yang secara terpaksa dipejam itu masih terkebil-kebil mahu melihat dunia, seolah-olah dia baru meneguk lima tin red bull.
'Ah! Tak payah lah paksa, mungkin aku penat kerja kot, sampai nak tidur pun payah' Bisik Kayra perlahan dengan wajah diseliputi sedikit awan kerisauan. Sejurus kemudian, matanya tanpa berkerlip merenung siling putih dibiliknya yang terdapat ukiran bunga ros berwarna keemasan disekitarnya.
"Dah lah esok ada banyak temu janji, then kena rush pula balik ofis sebab ada meeting pula sebelah petang! Ingatkan jadi bos bolehlah aku goyang kaki" keluh Kayra perlahan. Sesiapa sahaja yang berada disebelahnya ketika itu, mungkin masih dapat mendengar dengan jelas.
"Nak ke mana ya untuk tenangkan fikiran? Nak balik kampung tempat atok? Ah, mustahil! Dekat lima tahun aku tak jenguk dorang. Takkan lah tiba-tiba nak balik kampung" Kayra masih bermonolog sendiri sambil anak matanya tetap pada siling itu tadi.
Sesekali dia diasak dengan suara-suara teman-temannya yang sudah banyak kali mengajaknya keluar melancong. Nak hilangkan stress kata mereka. Namun jauh dipengkal hati, dia sudah dapat meneka bahawa tidak mungkin mereka bersungguh-sungguh mempelawanya. Pelawaan itu sebenarnya boleh menghabiskan duitnya.
"RING! RING! Kayra tersentak. Bunyi telefon yang lantang itu mengembalikan dia ke dunia realiti. Bersepah segala apa yang difikirnya tadi.
"Call, call, call! Takkan tak faham erti berehat!" bentak Kayra pada pemanggil itu.
Akhirnya dia membiarkan sahaja telefonnya berdering sehingga deringan itu mati sendiri. Beberapa ketika kemudian, telefon bimbitnya berdering lagi. Hampir lima missed call terpapar pada skrin telefon pintarnya. Mahu tidak mahu, dia terpaksa akur dan mengangkat jua panggilan itu.
"Kenapa you tak angkat? Dah banyak kali, i call tahu tak?" Marah suara yang berada di talian. Naik cuak pula dia mendengarnya. Macam nak kena ugut bunuh aje.
"Siapa ni?" tanya Kayra.
"Muaz!"
"Oh, kau rupanya! Kalau aku tahu, lebih baik aku tak angkat tadi. Ape lagi kau nak ni?" Tanya Kayra kasar.
Muaz tergelak kecil di dalam talian. "So, macam mana rundingan kita? You setuju ke?"
Kayra tersenyum mengejek. Nafas di tarik perlahan untuk mengambil ruang dia bercakap, supaya Muaz tidak tahu yang dia sedang menahan geram.
"Aku tak nak, kau tak faham bahasa ke?"
"Really?" tekan Muaz lagi. Dia mahu kepastian.
"Yup!" jawab Kayra ringkas.
"Baiklah, kalau itu yang you nak" balas Muaz tanpa banyak cakap. Panggilan itu segera dimatikan.
Kayra mengeluh. Telefon bimbit di humban jauh dari sisinya. Dia mengurut dahinya kerana pening bila teringat akan ugutan Muaz.
Tanpa membuang masa, Kayra bangun dari baringnya dan segera mengenakan pakaiannya. Dia terus keluar dari biliknya dan menuju ke tingkat bawah. Kalau boleh dia mahu keluar dari rumah dan hilangkan segala tekanan yang dihadapinya ketika ini.
"Kayra! Kau nak pergi mana tu?" Sapaan papanya tidak di hiraukan sebaliknya Kayra hanya meneruskan langkahnya dengan laju. Tidak sangka dia akan bertembung dengan ayahnya dalam keadaan dia sedang menahan marah. Maklumlah masing-masing sibuk dengan syarikat sendiri. Seminggu belum tentu mereka dapat bertemu.
Risau juga Kayra jika dijawab panggilan papanya nanti dia akan mengeluarkan kata-kata kesat. Teman-teman papa dan mamanya yang bertandang ke rumah bercakap sesama sendiri melihat Kayra keluar tergesa-gesa tanpa menyahut sapaan ayahnya.
Mesti diorang cop aku anak derhaka! Ah! Abaikan! Peduli apa aku!
"Kayra. Tunggu papa tak habis cakap lagi ni." Dari suara papanya, Kayra tahu papanya risau melihatnya. Bukan papanya tak tahu perangai anak perempuannya yang degil.
"Papa tak benarkan kamu keluar!" Tengking papanya. Mata Kayra terus terarah ke arah papanya yang sudah bercekik pinggang dibelakangnya. Tiada secalit senyuman terukir di wajah papanya ketika itu sebaliknya hanya ada pandangan tajam merenung dalam anak matanya.
Aduh, Papa dah marah! Apa aku nak jawab ni! Kata Kayra dalam ketakutan.
---Thanks Yang Follow Cerita ni. Maaf sebab lama menyepi. Apa pun sempat lagi nak ucap. Selamat hari raya. Jangan lupa vote. Ada juga semangat nak sambung--
YOU ARE READING
Kayra Nelida
RomanceKayra Nelida si gadis yang kuat memberontak. Di sebalik tabiatnya yang kuat memberontak itu, maka dia rela dalam terpaksa berpindah ke kampung atas desakan papanya. Ketika dia berada di kampung Pulau Getah, pertemuan Kayra dan Khairil terjadi tanpa...