Kaki berjalan ke arah hostel. Menggalas beg sekolah yang berat gajah. Mendukung 5 timbunan buku teks. Apa korang ingat pelajar tingkatan 5 tak perlu bawa buku banyak-banyak? Korang silap.
"Huh" keluhan di lepaskan. Badan dihempas di atas katil. Beg yang tadinya digalas kini dicampak di sebelah katil.
Penat yang teramat menghantui diri. Tak mampu lagi bercakap mata terus terlelap sendiri.
'Knock, knock' and what!
Aku menghiraukan ketukan. Deii tak ada kunci ka? Aku menekup bantal ke muka ku. Hati seakan menghalau.
'Shuh, pergi kau dari sini'
Masih lagi tidak berganjak dari katil. Terasa berat sangat badan. Lantak apa nak jadi, kau ada kunci kan. Buka lah dengan kunci tu.
"Raf.. Aku tahu kau dekat dalam" Daniel yang berada diluar bilik mengetok pintu biliknya berkali-kali.
"Shuuhhh, jangan kacau aku" aku menekup muka dengan bantal.
"Raf, buka lah.. Aku tak bawa kunci ni" boleh pula dia tertinggal kunci di dalam.
Aku menjeling sekilas.
"Sapa, suruh kau tak bawa.. Dah-dah berambus kau dari sini.. Aku penat" masih lagi dengan lekupan di muka.
"Kepala paip kau! Sahaiitan ni bilik aku doh.. Aku nak masuk! " nadanya berubah. Sudah hilang sabar dengar roomate nya yang tidak berhati perut.. Uhuuhuu sememangnya ia aku memang macam tu.
Rengusan dilepaskan. Sedaya upaya aku mengangkat diri supaya berdiri. Malas ya ampun!
Aku mengorak langkah kemudian berjalan menuju ke arah pintu bilik.
'Kreeek' pintu dibuka.
Terpampang wajah kekacakan Daniel yang masih lagi beruniform pengawas sekolah.
Daniel mengerutkan kening. Aku memandang bosan segera aku menuju ke arah katil lalu..
Bush!
Uhuuu bestnya dapat rehat.
Daniel menggeleng kan kepala melihat karenah ku. Hati sudah menyumpah kawan baik dia sendiri.
'Tak guna punya kawan, bukan reti nak minta maaf'
Dia menjeling sekilas kearah ku. Aku menghiraukan.
__________________
Membutang mata Hanif apabila melihat aku masih tertidur lena di atas tilam yang lembut. Cait!
Faiz dan Zharif sudah menggeleng kan kepala sambil bercekak pinggang.
"El, bila tahun kawan kau nak bangun ni" seraya menggoyangkan badan ku. Masih lagi tertutup rapat.
Daniel yang sedang menggelap kepalanya dengan tuala terhenti. Dia memandang sekilas ke arah ku. Kemudian menjongketkan bahu dan menyambung aktivitinya.
Hanif sudah mencekak pinggang dia melangkah ke arah aku.
"Raf, bangun Raf nanti lambat" Dia memggocang diri ku berkali-kali
"Ermm.. " aku masih dengan lena.
Zharif seakan ada idea.. Dia balik kembali ke biliknya.
Selepas beberapa minit dia membawa sebuah kain putih dan beberapa yassin. Faiz dan Hanif melihat keliru. Pelik dengan sikap sahabatnya itu.
Kemudian dia memandang ke arah daniel. Membuat isyarat mata. Daniel terhenti aktivitinya.
"Apa? "
Sekali lagi dia membuat isyarat mata. Sambil menjuihkan mulut ke arah aku.
Riak wajah Daniel berubah nakal. Matanya mandang aku dengan senyuman jahat.
'Tunggu kau Isyraf'
______________
"Okay! "
"Kau buat apa ni, Zar" tergaru-garu di buatnya.
Telefon dicapai, di buka youtube lalu menekan siaran alam kubur. Bunyi menyeramkan di letakkan di tepi telinga aku.
"Wahai Allahyarham Syed Isyraf Naufal. Kalini dirimu sudah berada di alam kubur. Yang baik buruk akan di hitung di sana..."
Semua mengalukan bacaan Yassin. Dalam menahan gelak tawa..
Daniel menambah seram apabila di hujung telingaku di bisik..
"Ma robbuka? "
Mereka menahan gelak.Bunyi petir yang kedengaran dari telefon milik Daniel memeranjatkan Aku.
"Alllahhh" kecut sia.Tak nampak apa doh.
"Ya Allah, ampun kan aku" menangis meraung aku. Dalam keadaan terasa di ikat oleh kain keras. Ya kain kafan. Alunan bunyi ayat terindah Yassin membanjiri lagi air mata ku.
Terasa di ikat, terasa di tempat sempit. Tidak nampak apa-apa seakan aku berada di dalam kubur.
Daishh!
Libasan dari sesuatu. Tapi tidak terasa sakit sangat.
And then..
"Hahahahaha" gelak tawa mereka pecah. Tidak tahan lagi dengan gelagat ku yang menangis meraung seperti budak kecil.
'Wait, ni suara diorang'
Aku terhenti dari esakan. Muka ku menjadi merah padam. Terasa sakit hati sangat-sangat.
Kurang asam punya member
"Woii! " jeritan aku tadi disedari mereka namun tidak di hiraukan masih lagi dengan gelak tawa mereka.
_________________
"Hahaha" pecah gegendang ku dan ngar mereka tertawa dari tadi. Zharif sudah menumbuk-numbuk meja menahan tawa. Faiz sambil makan sambil gelak. Hanif sudah tersembur ketawanya tapi masih di tahan.
Daniel sudah ke tandas awal lagi kerana tidak tahan menahan lalu terhembur segalanya sehingga terdengar di bahagian dewan makan.
Semua pelajar asrama tidak kira lelaki atau perempuan mencari suara yang bingit itu. Ada sesetengah menjenguk-jenguk ada lagi yang menggeleng.ada juga yang sedang memarahi Daniel. Tapi dekat situ je lah depan-depan kejut beruk.. Peyyygi lah.
Aku membuat pekak telinga. Terus makan makanan yang terhidang. Muka sudah naik marah. Kurang asam punya member ada ke patut himpit aku dengan beg-beg yang ada dan tidak lupa sekali dengan bantal kurang ajar kan.
Sudah lah himpit aku. Kemudian balut aku dengan kain Kafan yang perlu diguna sebagai Kem untuk pelajar. Di sebatkan aku pula dengan kain tuala itu kerja Faiz acah feeling konon. Mana tak meraung aku dekat situ.
Aku menjeling mereka tajam membuat muka tak puas hati. Lalu terus angkat kaki blah dari dewan makan. Buat apa duduk lama-lama buat sakit hati je.
YOU ARE READING
Dia Ninjaku
AdventureHeadboy poyo ?? Niqabis?? bersatu??? wow Hasya Zulaikha salah satunya gadis yang berniqab di Sekolah Menengah Kebangsaan Jousand Center atau lebih dikenali sebagai SMKJC .Lemah lembut dan budi pekertinya membuatkan dia dihormati ramai. "Eh...