Bunyi ombak pantai yang kedengaran menambahkan rasa ketenangan dalam jiwa. Mata ku memerhati ombak pantai yang melibas-melibas ke darat.
Tiba-tiba ada tangan yang merayap di pinggang ku. Terkejut aku dibuatnya. Terus sahaja tangan ku laju memukul si tangan sasa yang gatal itu.
"terkejut la saya awak! " Isyraf ketawa kecil melihat gelagat ku. Tak guna! Orang tengah marah boleh pula dia bergelak sakan!
"comel la awak ni" hujung hidung ku yang berlapik kan purdah di cuit lembut. Aku mendengus geram.
"awak buat apa sorang-sorang dekat sini sayang?" kini posisi Isyraf berada disebelah ku sambil tangannya memeluk sisi bahu ku.
"masak" balas ku sepatah. Ish banyak tanya pula. Ada nampak aku memasak ke kat sini?
"amboi.. Pandai dia ni menjawab eh" pipi ku menjadi mangsa keganasan tangan sasa itu. Naseb berlapik dengan purdah tak ada sakit sangat kena cubit pipi.
"tangan awak ni boleh tak duduk diam? " laju tangan ku menangkap jari jemari si suami lalu menguncinya.
"Hahaha sayang lepas la" Isyraf sedaya upaya melepaskan jari jemarinya yang terkunci dengan jari jemari aku.
"tak nak! Awak punya tangan tu kena kurung! Baru tak merayap merata" Isyraf melepaskan tawa besarnya. Eh dia ni dah kena kunci tangan pun sempat gelak lagi? Gila ke apa?
"awak kenapa gelak!?"
"sayang saya awak tu kecil je jari tu.. " dan jari jemarinya nya terlepas dari terkunci dengan jemari ku.
"kan dah lepas" Isyraf menayangkan senyuman kemenangan lalu laju tangan nya menggosok kepala ku yang terlapik tudung.
Wait, what?!
"Awakkk!!!! " laju Isyraf melangkah melarikan diri apabila tersedar yang aku dah berubah menjadi singa.
"Isyraf! Jangan lari!! " terdengar tawa besar yang dilepaskan Isyraf sambil berlari di pesisir pantai. Ish! Orang tengah marah! Boleh pula dia gelak!
"Isyraf! Awak dengar tak saya kata jangan lari!!" Namun tidak dipedulikan oleh manusia yang bernama Isyraf itu. Ish! Degil sungguh!
Aku berhenti seketika. Menarik dan mencari nafas yang hilang mengejar lelaki yang tak macam lelaki tu.Tiba-tiba aku dapat satu idea yang agak bernas. Isyraf yang jauh berlari meninggalkan aku di pandang sinis.
________________________
"HAHAHA okeee stop-stop saya penat la" aku memberhentikan larian ku apabila nafas ku tercungap-cungap. Penat woih!
Berpaling sahaja aku dibelakang. Senyuman ku pudar. Mana pergi budak kecil ni?
"Sya? Hasya?" laju kepala ku menoleh ke kiri ke kanan mencari kelibat Hasya.
"Hasyaa! Awak kat mana?! Awak jangan buat saya risau! " laungan yang sekuat siren ambulans itu tidak disambut. Malah hanya mendapat pandangan mata dari pelancong-pelancong lain.
Aku tidak menghiraukan mata-mata yang lain. Yang aku tahu hanyalah Hasya! Mana Hasya ni?
Sudah hampir malam. Matahari mahu tenggelam kejap lagi. Namun bayangan Hasya masih tak kelihatan. Sudah beberapa jam Hasya hilang.
Hati aku cukup gelisah sekarang ni. Mata ku mengeliar mencari susuk tubuh itu namun tidak kelihatan.
Kaki ku tak berhenti berlari mencari Hasya di sekitar ini. Oh no! Aku tak sepatutnya tinggal dia tadi. Rasa kesal dihati membuatkan air mataku jatuh.
"Hasya!! Awak jangan buat saya macam ni!" aku terduduk ditepi pantai. Tubuhku penat berjalan sepanjang petang. Dari petang tadi aku mencari namun tidak ditemui.

YOU ARE READING
Dia Ninjaku
AdventureHeadboy poyo ?? Niqabis?? bersatu??? wow Hasya Zulaikha salah satunya gadis yang berniqab di Sekolah Menengah Kebangsaan Jousand Center atau lebih dikenali sebagai SMKJC .Lemah lembut dan budi pekertinya membuatkan dia dihormati ramai. "Eh...