bab 28

760 41 2
                                    

2 minggu selepas itu

Ramai pekerja sedang sibuk mengangkat kotak-kotak yang baru sahaja sampai. Kelihatan suasana seperti kelang kabut. Ye la kan. Esok dah start program.

"Tuan, ni nak letak mana" aku memandang lelaki itu. Lelaki itu adalah pekerja upahan yang telah dibayar gaji oleh aku. Ye la tak akan aku nak urus seorang diri. Memang tak jadi kerja la. Nampak kesungguhan kat situ sampai berpeluh-peluh.

"Ha, kau letak sana. Eh jap pastikan program ni menjadi and tema dia kena dengan tempat okay? " lelaki itu mengangguk.

"Uncle G" laung aku. Uncle G mengalihkan pandangan kepada aku. And menumpukan sepenuh perhatian kepada aku.

"Ye, tuan"

"Semua dah siap pasang? " tanya aku sambil melihat keseluruhan dewan.

"Ada sikit aja lagi kami belum pasang. Tapi jangan risau tuan saya akan pastikan semua lampu akan dipasang sebelum berlangsungnya Program perpisahan tahunan" jelas Uncle G panjang lebar. Aku hanya mengangguk kan kepala dan berharap semua akan berjalan lancar.

Tiba-tiba Cikgu Rohaya menelefon aku. Aku segera mengangkat panggilan.

"Ye cikgu"

"Semua dah settle? "

"Er belum lagi. Ada sedikit lagi kerja nak kena buat"

"Okay la kalau macam tu. Esok pagi saya dan pengetua datang tengok tempat okay.jumpa esok"

***panggilan dimatikan***

"Huh minta-minta lah semua berjalan lancar"

__________________________

"Sya, kau nak pakai baju apa pergi sana nanti?" zatty membelek baju yang hendak dipakainya untuk esok dihadapan cermin.

"Kau rasa lawa tak baju ni? " aku menunjukkan sebuah gaun berwarna pink pastel kepada Zatty.

"Wow! Nice gila! Kau mesti nampak lawa gila time pakai baju ni! " puji Zatty teruja.

"Haha mana ada. Biasa je la" Aish ni nak malu ni. Huhuh.

"Comfirm Isyraf jatuh hati dekat kau" ha mula lah tu. Muka annoying Zatty ditayangkan. Menyampah pula aku dengan budak ni.

"Kau ni kan sekali tak sakat aku dengan dia. Memang tak sah kan? " geram pula aku dengan budak ni. Ada ke patut cakap macam tu. Tak mungkin aku dengan budak keras kepala macam tak ada hati tu! Huh.

"Haha, ala sweet juga kan. Cuba kau bayangkan" segera Zatty mendekati aku lalu menyambar tangan ku. Dah kenapa budak ni. Aku pandang hairan.

"Apa? "

"Hasya zulaika dan Isyraf Zulfan tertera dekat satu baner perkahwinan. Confirm-confirm ramai perempuan jeles dengan kau" aku pandang dia bosan. Entah pape je pemikiran budak ni. Ni mesti kes terpengaruh drama.

"Sebelum aku pang kau. Lebih baik kau pergi iron baju sekarang"

"Isyraf Zulfan dan Hasya Zulaikha" berulang-ulang kali Minah tu sebut benda yang sama sambil melangkah ke tempat iron namun raut wajah annoying tak lekang dari dipamerkan. Sabo Hasya. Tak lama tu kena lempang dah aku rasa.

"Dah ii kau pergi iron baju"

__________________________________

Kelihatan ramai pelajar tingkatan 5 di luar dewan. Kalau dah luar pon ramai dalam dewan apatah lagi.

"Aku tak sabar weyh!!! " sakit telinga aku dibuatnya. Aniss tak berhenti-henti menggoncangkan tangan aku. Sakit weyh!

"Isy kau ni. Tak de benda lain ke kau nak goncang?! "

"Hehe"

Aku dan sahabat kesayangan aku ni segera menuju ke meja makan. Ye la tak akan meja belajar pula kan.

"Ehem" ha sapa yang ehem aku pula ni.

"Eh, abang Isyraf kita datang la. Anis jom kita pergi cari makan" Isyraf je pon kecoh la. Wait! Dia kata apa tadi?!

"Oi" aku mengalih pandangan ke arah gerangan. Oh myy!!  Ni mimpi buruk apa ni!?

"Ish kau ni! Ingat aku tak ada nama ke? " pantang betul tujuh keturunan nenek moyang aku. Aceyhhh mengarut je kau Hasya. Tapi. What?! Dia ingat aku tak ada nama ke?

"Ops, sorry. Aku lupa nama kau" what?! selamber je kau cakap!? Ish tak pandai jaga hati betul la Mamat ni! Sehari tak sakit kan hati aku memang tak sah!!

"Hasya. Please call me Hasya. Did you want i spell for you? H.A.S.Y.A. Are you hear that? " ambik kau! Geram pula aku dengan Mamat ni!

__________________________

Amboi budak ni. Perlekeh aku ke camna. Tak apa kau tengok sapa yang kena.

"Er, sorry kurang jelas lah. Boleh kau ulang sekali lagi" haha padan muka kau. Hasya merengus. Hah! Sakit hati la tu. Hohoho padan muka!

"Setahu aku sekolah ni tak ambil orang PEKAK" eh kuasam gila panggil aku pekak. Haih budak ni. Dah lama tak makan seliper ke camna.

"Erm tapi tak apa la. Mari aku ulang balik. MY NAME IS HASYA. HASYA ZULAIKHA" Amboi kau perli aku ke camna. Haha tapi tak apa. Aku suka tengok kau marah. Comel. Eh!

"Ouh"

"Simpan nama aku elok-elok. Letak dalam kepala. Ingat selalu ye encik ISYRAF" haha aku dapat rasa kan yang dia tengah bengang dengan aku. Don't worry cik Hasya. I'll remember your name forever.

"Tapi susah la nak ingat" muka cemberut Hasya kelihatan. Comel la Hasya. Jangan buat macam tu. Aku tergoda!

"Dah tu. Kau nak tukar nama aku pula?" Hasya mula berpeluk tubuh.

"Erm this is a nice idea"

"Dah la menyampah aku layan kau" balas Hasya bengang. Haha aku dapat rasa kan dia marah dekat aku. Aku masih mengekalkan raut muka yang cool seolah tak ada apa yang berlaku.

"Haha, just chill. I just want to call you 'sayang' " tiba-tiba Hasya berpaling ke arah ku. Aku menayang kan muka selamba.

"Haah! Kau dah cair dengan aku kan?"

" tt..tak mana ada" hehe aku nampak la muka kau yang merah menyala tu. Ekeleh.

"Alah kau. Aku tau la kau cair kan dengan aku? Ye la kan. Aku kan jejaka handsome dekat school ni. Siapa je tak nak kan" aku mengangkat kening ku. Muka Hasya dah merah menyala. Haha padan muka kau.

"Dah la! Aku pergi dulu. Bye! " kau cair kan? Sebab tu kau tak mampu tengok muka aku yang handsome ni. Hohoho.

Aku hanya melihat Hasya beredar dari meja. Haish Hasya.  Sorry. Aku suka tengok kau bengang. That can make me happy. Hahaha.





Dia Ninjaku Where stories live. Discover now