Bunyi deringan jam loceng menganggu tidur ku. Mata ku di celikkan. Agak sedikit pedih apabila retina ku di terkam cahaya. Berpisat-pisat aku bangun.
"Huarghhh" yah itu aku Hasya Zulaikha yang katanya manis, ayu dan cantik serta menawan. Huih berdozen aku puji diri sendiri. Sokay, siapa lagi nak puji aku kalau bukan aku sendiri kan? Abang Zyad? Hergh mahu kena kritik puas-puas rasanya.
By the way back to story, aku mengeliat merenggangkan otot-otot yang kejang. Getah rambut ku capai lalu mengikat sanggol rambut ku yang mengerbang macam hantu mak limah. Segera mata ku melihat sekitar. Eh? Mana mamat tu?
"Raf? " panggil ku lembut.
Dan yah tiada sahutan. Mana mamat ni pergi? Tak akan tidur dekat ruang tamu kot?
Malas pikir panjang, aku segera melangkah kaki ke arah bilik air ku. Lantas tuala di capai lalu tubuh ku lenyap di telan bilik air. Eh? Bilik air makan eh?
Selepas selesai aku menyiapkan diri, dengan segera aku melajukan langkah ke lift yang berhadapan dengan bilik tidur ku. Tak jauh dalam 160 meter jugak la. Okay jap aku tipu, btw aku tak ada pandai sangat math ni. Walaupun aku seorang ahli perniagaan.
And abaikan. Sampai sahaja dihadapan lift aku segera mahu menekan button di hadapan ku, namun ada tangan yang mencapai dahulu. Aku pandang sebelah. Lah, Abang Zyad rupanya.
"Asal tengok abang macam tu" sambil menunggu lift abang Zyad mengadukan soalan.
"Erm abang Zyad nak turun ke? " tanya ku sambil kaki melangkah masuk ke dalam lift.
"Eh tak lah nak naik atas" katanya sambil tekan button yang simbol turun kebawah. Hergh kalau sekali tak bagi jawapan yang tak ikhlas memang tak sah ke?
"Orang tanya je" aku memeluk tubuh. Selendang di kepala ku kemaskan. Kenapa aku pakai selendang dekat rumah sendiri? Sebab kang tak pasal-pasal daniel ada sekali dekat bawah tu. Dah la dua ekor tu melekat macam belangkas! Aku isteri Raf ke atau dia yang isteri Raf?!
Eh tak gais tak jealous, menyampah sikit je. Sikit je lah. (Muka smirk)
"Tak kata apa pun" ni sorang lagi kerja nak sakit kan hati aku je. Naseb kau abang aku je kalau bukan dah lama aku halau keluar. Mata ku menjeling tajam ke arahnya.
Ting! Dan lift pun sampai ke distinasinya.
Serta merta aku dan abang Zyad melangkah keluar daripada lift itu. Huh lega ,kalau tak terpaksa aku nak tahan nafsu aku dari mencekik abang sendiri! Sakit pulak hati kita ni awak!
Kaki ku melangkah ke ruang tamu pertama sebelum langkah aku menyusul ke tempat yang sepatut nya pergi, mata ku tertancap susuk tubuh yang amat aku kenali. Isyraf. Yah mamat tu la. Mamat mana lagi. Aduh muak aku.
Aku terus melangkah menuju ke arahnya. Sampai sahaja di hadapan Sofa di bahagian membaca ini, tahu sahaja jejaka itu masih tidur dengan nyenyak di atas sofa itu.
Eh jap? Dia tidur? Atas sofa? Dari semalam ke? Tiba-tiba rasa bersalah campur berdosa hadir dalam diri. Eh, baru kau kenal dosa pahala ke Sya lepas halau suami sendiri tidur luar.
Ops! Bukan salah aku okay? Siapa suruh jadi creepy gila time aku dengan dia kat dapur malam tadi. Kan padah tidur luar. Padan muka. Seram siut dapat suami macam tuh. Mahu je letak dalam Zoo. Eh sempat eh kau mengumpat lagi, baru tadi rasa insaf.
Pantas aku menepuk-nepuk lengan sasa jejaka itu, eh tak ni bukan perli tapi betul. Rasa macam ketuk konkrit pon ada. Wah besar dah kau Raf, makin Sado dulu kau lembik je aku rasa roti kat dapur tu lagi keras. Okay, bohong je.
"Ermm" respond dari si empunya badan.
"Raf, bangun lah" aku menggongcang kan tubuh nya. Tiba-tiba mata celik. Memandang ku.
Eh mamat ni kenapa, dah lama tak hidup ke apa? Astagfiruallah, apa kau ni Sya doa benda pelik-pelik.
"Ermmm" Raf yang tadi nya nyenyak tido sambil terbaring kini bangun. Mata nya berpisat-pisat. Mamun. Yah itu ayat dan perkataan yang terbaik untuk dia sekarang ni.
Eh jap asal mamat ni makin handsome ha? Dengan rambut kusut masai nya. Betul la orang kata nak tengok muka handsome lelaki time bangun tidur. Yang tak handsome pon boleh jadi handsome macam Syafiq kyle hoho.
"Eh, asal awak tenung saya macam nak makan saya ni? " senyuman menggoda, suara serak basah buat aku rasa berdebar-debar. Apahal ni! Abang Zyad tolong Syaaa huwaaa.
"Err tak ada apa" pantas kepala ku menggeleng. Cover malu la kata. Alamak kantoi tilik muka husband sendiri.
"Ke awak nak makan saya?" Suara serak basah Isyraf kedengaran lagi. Kalini wajahnya benar-benar rapat dengan wajah ku. Hidung bersentuh hidung. Huwaaa papaaa tolong Syaa. Rasaa nak luluh jantung nii.
Masih diam. Tak tahu nak balas apa. Sebab otak aku dah berhenti berfikir 3 saat lepas.
"Jom" mata aku membulat. Kaku. Isyraf di hadapan berkerut. Kemudian muka nya kembali kepada asal. Senyuman nakal.
"Kenapa muka sayang macam tu? " jarak antara kami masih sama dekat. Sangat dekat. Suara nya yang garau berserak basah buat aku rasa macam nak lari dari rumah sekarang ni. senyuman dibibir nya jelas mengatakan dia cuba mengusik. Aku tahu tu usikan tapi jantung aku macam nak tercabut je ni! ISYRAF STOP LA BUAT AKU RASA NAK HILANG NYAWA.
Mata ku cuba meliar ke tempat lain. Walaupun aku betul-betul terkunci di hadapan Isyraf. Kenapa la aku gatal kaki sangat nak pergi dekat mamat ni. Kan dah kelu. Kaku. Macam dibekukan.
"Look my eye Sya" papaaa tolong la anak mu yang malang ini! Mamat ni betul-betul buat nafas aku sesak! Nak bunuh aku ke!?
Huwaa tanak mati lagiii! muda lagiiii!
Paaa tengok menantu paa ni nak bunuh anak papaa sendiriii!! Huwaaaa.
YOU ARE READING
Dia Ninjaku
AventurăHeadboy poyo ?? Niqabis?? bersatu??? wow Hasya Zulaikha salah satunya gadis yang berniqab di Sekolah Menengah Kebangsaan Jousand Center atau lebih dikenali sebagai SMKJC .Lemah lembut dan budi pekertinya membuatkan dia dihormati ramai. "Eh...