Bab 45

761 41 6
                                    

Suasana diantara kami berdua menjadi agak sunyi. Aku pandang dia,dia pandang aku. Ya allah apahal getaq dia semacam nak akad nikah jha ni.

"Isyraf dah lama kenal Hasya?" Tanya Dato Zyad membuka bicara. Aku yang tertunduk sedang menyedut straw terbantut.

"Ermm lebih kurang 10 tahun?" Kening ku dijungkitkan. Dato Zyad hanya mengangguk faham. Huh lega satu soalan . Aku menyambung menyedut straw.

"Betul ke kau sayang adik aku?" Ehek!tersedak aku di buatnya. Cepat-cepat Dato Zyad menghulurkan tisu. Ya allah, apahal aku ni?

"Haih, nervous sangat kau ni" Dato Zyad berdiri lalu ke arah ku dan terus menepuk-nepuk bahagian belakang ku agar tidak tersedak lagi.

"Erm,apa dia tadi?" Selepas sahaja aku rasa aku selamat. Aku terus bertanyakan soalan kepada Dato Zyad. Biar tiada situasi yang agak awkward.

"Hm , kau pasti kau boleh jaga dia?" Aku menelan air liur. Aa mamposs. Apasal soalan Dato Zyad ni seram sangat?lagi seram daripada mama marah.

"Err saya pasti" keluhan di lepaskan oleh Dato Zyad. Apa? Aku salah cakap ke tadi? Dato Zyad bangun lalu bercakap dengan telefon nya. Aku hanya tunggu di situ menghabiskan apa yang tertangguh akibat soalan-soalan yang di ajukan oleh Dato Zyad tadi.

Beberapa minit kemudian Dato Zyad kembali.

" hujung minggu ni kau free?" Dato Zyad menikam anak mata ku dengan pandangan tajam. Mamaa tolong Isyraf!Isyraf takutt!

"Err, saya free tak silap saya. Kenapa ya?" Soalan diajukan. Apahal tanya aku free ke tak ni?nak ajak aku dating ke?eh apa kau pikir ni Isyraf!?

"Baguslah, hujung minggu ni datang Australia. Papa aku nak jumpa kau dengan keluarga kau" ayat yang disampaikan oleh Dato Zyad itu membuatkan aku jadi terkaku. Tak tau nak respond apa.

"Hello? Aku cakap dengan kau ni?" Aku tak tau kenapa mulut aku terkunci tiba-tiba. Getar, Gugup itu yang ada dalam kepala aku sekarang ini.

"Hello?" Masih tiada respond daripada ku.

"Okay lah, dah kalau kau tak nak kahwin dengan adik aku-"

"Kahwin?!" Terbeliak mata aku. Aku salah dengar ke?ke aku yang angan-angan mat jenin sekarang ni?

"Haha, kau kenapa terperanjat ni?" Aku memandang ke arah Dato Zyad kehairanan. Apa betul ke aku dengar tadi? Berkerut-kerut dahi aku di buat nya.

"Ta-tak ta-tadi Dato cakap kahwin ke?" Dato Zyad melepaskan tawa. Aku pandang hairan. Aku salah dengar ke?

"Isyraf, kau kenapa ni?nervous sangat ke nak akad nikah nanti? Kau jangan risau la tok kadi tu tak makan kau pun" Tepi bahu aku di tepuk-tepuk oleh Dato Zyad.

"Dato cakap apa ni? Saya? Kahwin? Dengan Hasya? " terangguk-angguk Dato Zyad sambil sisa tawa kedengaran.

"Ye kau kan tak lama lagi nak kahwin dengan adik aku btw tak payah la ber dato sangat. Panggil abang Zyad je tak pun ber kau aku dengan aku. Lagi aku selesa" aku terbutang. What?! Bila masa aku lamar Hasya!?

"Dah la kita cerita dekat rumah kau nanti" Kata Dato Zyad eh silap Abang Zyad kepada ku. Sambik tangan nya cuba memanggil Waiter untuk membayar makanan dan minuman yang di beli.

_______________________

"Mama serius la? Kenapa Hasya tak tau pun?" Betul ke aku dengar ni? Ouh yah tiba-tiba aku teringat peristiwa di Australi minggu lepas.

Seminggu sebelum flashback

Aku mengikut langkah Abang Zyad menuju ke Starbuck. Ya , aku dengan abang Zyad berjumpa dengan Lelaki misteri itu. Tak mungkin aku pergi keseorangan. Buat nya lelaki itu berniat jahat. Tak naya aku nanti.

Buka sahaja pintu milik Starbuck terlihat seorang lelaki yang bersantai meminum coffee di meja paling hujung berdekatan dengan berada luar.

Aku dan abang Zyad menuju ke arah nya. Lelaki itu agak sedikit terkejut . Namun cepat sahaja wajah nya terukir senyuman senget.

"Kau ada hal apa dengan adik aku"lelaki itu hanya pandang Abang Zyad dengan pandangan yang tidak dapat ditafsirkan.

"Abang, dia mana tahu bahasa malaysia. Dia kan orang sini" tegur aku kepada Abang Zyad . Kalau macam ni, sampai esok subuh pon tak akan habis. Sebab lelaki tu tak faham sepatah apa pon yang dia cakap.

"Its okay, i'll speak malay" kata lelaki itu selamba.

"You Hasya kan? Hasya Zulaikha CEO Zyn Empire?" Tanya lelaki itu sambil membelek surat khabar.

"Kalau dia Hasya ,CEO Zyn Empire pon apa masalah kau" Abang Zyad menjeling. Nampak dah sifat protective dalam diri Abang Zyad ni.

"Haha, sorry. Im just do what I need to do" balas lelaki itu selamba.

"Do for what?!" Ya allah abang Zyad ni nak cari gadoh ke? Cuba la cakap elok-elok dengan mamat ni.

"Abang .." abang Zyad hanya memandang ku tanpa riak.

" hm, I just nak gitau yang adik you nih ada orang nak pinang kan dia" Lelaki itu menatap wajah ku. Terbutang mata Abang Zyad apabila menerima Statment tuh. Abang Zyad pon dah terbutang apa kan lagi aku. Mahu tercabut jantung aku ni tau tak.

"W-what?!" Bergema suara aku di sejenak ruang. Ha, kan dah tarik ramai perhatian. Tak pasal tanggung malu.

"But who its?" Tanya abang Zyad kehairanan. Siapa pula yang main pas-pas nak pinang adik aku ni?

"Client you" kemudian lelaki misteri itu bangun dari kerusi kemudian terus berlalu pergi. Aku ada terperasan mamat tuh ada pas something dekat abang tapi bila aku minta nak tengok apa abang Zyad kata

"Not your business" kemudian abang Zyad blah tinggal kan aku sorang-sorang dekat Starbuck. Tak guna punya abang.

Done flashback

"So macam mana?" Tanya mama meminta harapan yang tinggi. Ya allah apa aku nak cakap ni?aku tak mahu hampakan mama. Ya allah bingung nya! Abang Zyadd!Tolong Syaa!

Dia Ninjaku Where stories live. Discover now