Malam hening membisik suasana yang suram. Kepala sweater aku naikkan menutupi kepala dan rambut ku. Aku membiarkan sebahagian dari rambut ku terkeluar. Kopi aku hirup sambil menikmati pemandangan di halaman kampung.
"Woi!" hampir terlompat aku dibuatnya. Memang Daniel ni tak reti bagi salam ke macam mana?!
Aku pandang bengang.
"Kau nak apa" kata ku sambil menghirup kopi di dalam cawan.
"Kau asal tak tidur lagi? " Daniel mengambil tempat di sebelah ku.
"Saja hirup angin malam" balas ku ringkas tanpa menoleh ke arah nya.
"Aku tak tahu pula angin boleh di hirup" what the?! Hergh bengap ke camna Mamat ni?! Aku pandang menyampah.
"Ha'ah"
"Ouw, sedap tak?" herghh.
"Kau jangan tanya kenapa aku tampar kau sampai teleng ke belakang" aku memberi amaran. Eh dia ni, main layor buruk pula.
"Uwuu takut nya" aku menjeling.
"Dah la jom masuk, nanti nenda bebel. Kalau nenda bebel dekat kau je tak apa la. Ni dengan sekali dengan aku tempias. Tak pasal daripada majlis kenduri tiba-tiba jadi majlis motivasi" tak sekarang ni aku tengok kau yang banyak membebel.
"Hergh ye la yela" Dengan segera aku bangunkan diri untuk masuk ke dalam rumah.
"Ha! Jangan lupa tutup pintu! "
"Ye laa" aku segera menutup pintu dan menguncinya. Lalu segera menuju ke bilik tidur ku.
__________________________
"Raf! Tolong nenda bawa kan kotak ni ke luar! " alamak nenda i dah panggil la.
"Ye nenda" aku mematuhi arahan nenda dengan membawa kotak yang begitu berat untuk aku. Tak bohong woih berat nak mati. Aku yang sado ni pun tak mampu nak angkat.
Daniel berjalan beriringan ku sambil memakan aiskrim. Aku pandang panas. Tak reti nak tolong aku ke Mamat ni?!
"Kau tengok-tengok apa" tanya Daniel sambil menjilat aiskrim.
"Ada sahabat tapi haram tak tolong aku langsung hm apa la nasib" aku meletakkan kotak di tempat yang dituju.
"Kau kata dekat aku eyh? "
"Eh, mana ada aku kata dekat kucing tuh ha" aku memuncung ke arah kucing gemok berwarna kelabu itu. Daniel melemparkan pandangan pada kucing tersebut.
"Kau kan baik, tolong member. Tak kan lah aku nak mengutuk kau" aku berjalan kehadapan tanpa melihat Daniel.
"Eh kau tunggu jap" aku memberhentikan langkah. Aku mandang sepi.
"Nah" dia menayang kan sebuah gambar kepada ku.
"Rumah? " Daniel mengangguk. Dengan segera aku tepuk bahu Daniel.
"Kau nak kahwin kau tak gitau aku pun eyh? Siapa bakal bini kau tu? Tak share pon story dengan aku" aku memunjung mulut tanda protes. Daniel berkerut kening. apa? Aku salah cakap ke?
"Ish kau ni! Sejak bila pula aku nak kahwin?"
"La dah tu" aku memuncungkan mulut ke arah iPhone nya.
"Ish aku nak gitau, aku dah jumpa Hasya" ouh dah jumpa Hasya. Wait! What!?
"Ni rumah dia ke?! " tanya aku sambil merampas IPhone milik Daniel untuk ditilik.
"Eh tak la tu rumah mak cik dia" Hah?! Mak cik? Apahal Mamat ni pergi tangkap gambar rumah mak cik dia pula nih?!
"Laa kau ni fake hope la!" aku membaling IPhone nya lalu beredar dari tempat itu. Tergopoh-gapah Daniel menyambut. Dia memandang bengang.
"Ish! Kau tunggu la jap! " Daniel cuba mengejarku. Tiba-tiba..
"Hah! Daniel, Isyraf. Mari tolong Tok Dady angkat benda ni" haih. Aku dan Daniel pandang sesama sendiri. Huh! Ku relakan diri ini pergi~
"Tok dady nak angkat letak mana?" tanya Daniel sambil mengangkat kotak-kotak.
"Letak dekat depan sana" arah Tok dady.
Kami berdua mengangguk lalu membawa kotak-kotak itu ke tempat yang di arahkan.
"Huh! " aku pandang Daniel.
"Eleh kau baru angkat sikit dah penat" Daniel pandang dingin. Saja aku mahu menghidupkan api .
"Kau diam la" tercungap-cungap Daniel menahan sesak.
"Aku rasa kau perlu ke gym la niel. Aku tengok kau ni makin lama makin lembik" Daniel pandang tidak puas hati. Aku hanya beriak selamber.
"Aku bukan apa, aku sibuk. Syarikat papa aku tu, aku kenalah handle" luah Daniel. Tapi aku tak dengar pon.
"Woih! " aku terkejut.
"Kau tenung apa? " tanya Daniel setelah perasan yang aku tidak menumpukan perhatian.
"Tak ada apa-apa" aku menggelengkan tanda tidak ada apa-apa.
"Dah la jom masuk dalam" arah Daniel sambil berdiri daripada posisi mencangkung nya.
Aku pandang Daniel.
"Okay tapi... " Daniel menunggu jawapan.
"SIAPA YANG SAMPAI LAMBAT KENA BELANJA TEH AIS!!" laung aku sambil berlari menuju ke pintu rumah.
Daniel masih terpinga-pinga.
"MANA ACI KAU LARI DULU!! " Daniel mengejar ku sampai ke hadapan pintu. Namun korang mesti tahu kan siapa menang.
Aku la tuh HAHAHAHA.
YOU ARE READING
Dia Ninjaku
PertualanganHeadboy poyo ?? Niqabis?? bersatu??? wow Hasya Zulaikha salah satunya gadis yang berniqab di Sekolah Menengah Kebangsaan Jousand Center atau lebih dikenali sebagai SMKJC .Lemah lembut dan budi pekertinya membuatkan dia dihormati ramai. "Eh...