bab 38

694 37 1
                                    

Pang!!!

"Arghhhhhh!!!! "

"Isyraf!! " berteriak kerisauan mama Isyraf selepas terdengar bunyi hentakan kuat dari arah bilik anak teruna nya itu.

Dengan segera wanita tua itu menerpa ke arah bilik anak teruna nya. Makin bertambah risau apabila keadaan Isyraf yang tidak menentu. Rambutnya serabai tidak kemas seperti dulu lagi.

"Why? Why isyraf? What happened to you?" tanya si ibu kerisauan. Ibu mana yang tak risau dah tiba-tiba anak nya berkelakuan seperti orang gila.

Isyraf hanya menangis tidak ketahuan. Air mata kejantanan mengalir keluar daripada tubir mata. Jelas di situ jejaka ini benar-benar sedang kusut.

Tanpa berlengah, si ibu segera memeluk anaknya. Dia tahu Isyraf memerlukan dia ketika ini. Tapi, apa yang terjadi sebenarnya?

"Shuhh shuhh jangan nangis ye anak mama. Tak gentle la kalau hero mama ni menangis" sedaya upaya wanita separuh umur itu memujuknya. Namun, esakan jejaka itu semakin kuat kedengaran. Mama Isyraf hanya mengeluh.

"Mamaa.. " panggil Isyraf persis si anak kecil.

"Ye sayang.. " sahut mama Isyraf dengan lemah lembut. Dia tahu anak nya sedang berperang dengan perasaan tak mungkin dia mahu meninggikan suara kepada anak teruna nya itu.

"Isyraf memang tak layak dicintai ke mama?" Isyraf masih dengan esakan tangisnya. Huh! Kenapa dia tanya macam tu.

"No sayang, anak kesayangan mama ni layak sangat untuk di cintai" usap lembut si ibu pada rambut anak nya.

"Ta-tapi ke-kenapa semua orang yang Isyraf sayang pergi tinggal kan Isyraf? " lantas si ibu memeluk nya erat. Dia tahu benar tentang kisah anak nya. Bukan pertama kali dia tersakiti begini namun sudah dua kali. Dua gadis yang dicintai hilang meninggalkan nya sendiri. Huh, apa lah naseb kau Isyraf.

"Bukan masanya sayang, bukan masanya Isyraf menjumpai gadis yang sempurna untuk Isyraf. Nanti sampai masa nya tiba, barulah Isyraf temui cinta sejati. Sabar ye sayang. Anggap semua ini hanya sebuah peringatan untuk Isyraf" terang mama nya dengan lemah lembut.

"Peringatan apa mama? " masih lagi ada sisa esakan di hujung kata.

"Peringatan yang tak semestinya yang dicintai pasti di miliki. Jodoh itu milik allah sayang, allah tak nak hamba yang dia sayang terluka suatu ketika yang sangat lama. Sebab tu lah allah ambil Asya dan Hasya dari hidup Isyraf awal-awal lagi. Allah tahu yang terbaik untuk hero kesayangan mama ni" mama Isyraf mencubit hujung hidung anak teruna nya itu.

Ya mungkin benar apa yang dikatakan. Jodoh itu milik allah. Tiada apa yang dapat halang ketentuan illahi.

Wajah yang sembam itu ditatap lama.

'Mama hope Isyraf bertahan la dalam tempoh ini. Trust me, Hasya akan kembali pada Isyraf suatu hari nanti' kemudian Mama Isyraf menutup pintu dengan pelahan selepas menutup suis lampu tidur bilik jejaka itu.

___________________________

"Kau okay? " tanya aku gusar. Mana tak nya dari tadi membisu. Selalu Isyraf la yang paling banyak mulut. Tambah-tambah mengusik aku. Hergh.

"Okay" sepatah sahaja, kemudian sambung membuat kerjanya. Haih, kau tak boleh tipu aku Isyraf.

"Okay la aku keluar dulu apa-apa roger" hanya anggukan yang di balas. Itu je!? Penat-penat aku habiskan air liur aku. Dia angguk je. Punya la aku risaukan dia. Herghh kau memang menyusahkan!

Selepas keluar dari bilik pejabat Isyraf dengan segera aku mengatup pintu. Ye la kang dari diam tak pasal-pasal kena bebel dengan mamat tu.

Telefon di capai daripada poket. Lalu aku mendail nombor anak buah aku.

"Yow boss"

"Yow, yow. Kau tak reti nak bagi salam ke?! " bengang pula aku dengan Mamat nih.

"Ehehe, Assalamualaikum boss"

"Hm, waalaikumsalam "

"Ada apa boss kesayangan call saya ni?" kau perli aku ke babun. Hergh. Aku memutarkan bola mata hitam.

"Kerja siap tak lagi? "

"Belum lagi boss. Payah la nak cari dia kat sini" berkerut aku di buatnya. Bukan aku suruh dia cari kuman pon. Aku just suruh dia cari Hasya. Tu pon payah ke?

"Asal lak, Hasya tu kan popular dekat sana. Yang kau susah sangat nak cari asal? Kau tanya je lah budak pejabat dia" geram pula aku dibuatnya.

"Hasya tu orang ternama boss, tak mungkin semudah itu orang pejabat dia nak bagi alamat dia dekat saya" terang Hanif, penyiasat upahan aku. Betul jugakan.

"Hm kalau macam tu tak apa la, kau pergi la buat kerja kau tu. Nanti aku call kau lain"

"Baik boss"

**panggilan dimatikan**

"Arghhhh!! " serabut kepala aku dibuatnya.

"Mana kau Hasya" aku memandang sekilas ke arah Isyraf yang sedang mengelamun. Orang bila jumpa ex memang macam ni ke?!




Dia Ninjaku Where stories live. Discover now