Dah berapa jam mesyuarat ni berlangsung akhirnya tamat juga. Huh, penat!
Aku melangkah menuju ke arah bilik pejabat ku. Kerusi pejabat itu aku duduki. Telefon di pandang. Ada beberapa missed call dari Hasya. Aku tersenyum sendiri. Budak ni tengah kerja pun masih sibuk nak call orang. Macam mana la saya tak sayang awak?
Telefon aku capai. Contact bernama 'My wife ❤💍' aku tap kan lalu segera jari ku menekan button call.
"eh ada orang rindu" terdengar tawa kecil dari panggilan telefon tersebut.
"eh kita pula, dia yang call kita" Hasya melepaskan tawa nya. Aku tersenyum mendengar gelagatnya.
"okee, assalamualaikum awak. Awak dekat sana oke ke tu? Makan minum macam mana? Im so sorry. Saya tak boleh nak balik Malaysia sekali dengan awak" terdengar keluhan berat dari dalam talian. Aku tergelak kecil.
" tak apa la sayang, saya paham. Awak kerja. Saya oke je dekat sini. Lagi-lagi tak ada awak.. Senang sikit saya na-"
"Ha! Nak apa?! Awak jangan nak menggatal eh. Saya pulas telinga awak sampai tercabut baru tahu!" amboi nak pulas telinga garang eh. Aku tergelak kecil. Tak tahu la call dengan bini pon boleh jadi gila asyik gelak je.
"no, no sayang. Aduh garang nya. Saya tak gatal.. tak gatal "
"saya dapat tahu awak menggatal siap awak! "
"ye sayang" aku tertawa kecil. Eyy comel nya bila si pendek tu marah.
Tiba-tiba pintu pejabat di ketuk. Aku mengalihkan pandangan ke arah pintu. Kelihatan susuk tubuh P. A aku. Aku memberi isyarat tunggu sekejap. Zara hanya mengangguk faham.
"Sya, saya ada hal kejap. Nanti malam saya call awak lagi ye" aku segera menamatkan perbualan kami. Berat je hati ni nak letak call you tahu tak!?
"Ha nak menggatal la tu" aku melepaskan tawa. Sayang oi sekali tak buat abang gelak memang tak sah eh?
"tak la sayang. You are my only lover, okay? "
"ye la, take care"
"take care too sayang"
Panggilan di matikan
"masuk" Zara berjalan ke arah ku sambil memegang sampul surat. Aku menghiraukan sebab mungkin surat tu surat bill ke apa mana kita tahu kan?
"maaf ye boss, mengganggu boss dating" amboi perli ke apa. Aku pandang tak puas hati Zara.
"haha, boss sorry jangan marah"
"you jelouse bagitahu je la. Ha, cepat sikit suruh Rykal pinang you" aku melepaskan tawa. Kini dia pula yang bermuka masam.
"boss ni ada saja yang nak savage" aku tergelak kecil. Padan muka nak sakat aku lagi kan.
"Ha, ada apa ni" Zara terus menepuk dahinya. Mungkin baru tersedar yang dia sudah tersasar jauh dari tujuan nya.
"maaf boss, ni ada orang tinggal sampul surat ni atas kaunter" Zara menghulurkan sampul surat itu. Aku mengambilnya.
"surat apa ni Zara? "
"i dont know la boss. Ni pun Lee yang bagi dekat saya" aku menganguk. Tulisan di atas surat itu aku baca.
From: A F
To: mr. Isyraf" the pain will be start"
Berkerut-kerut aku membacanya. Siapa yang bagi ni? Kenapa aku rasa tak sedap hati?
"boss? Boss?" aku terjaga dari lamunan ku. Terlihat Zara yang sedang melambai-lambai tangan nya ke arah ku.
"boss okay? " aku hanya mengangguk. Sekali lagi aku membaca ayat di atas sampul surat itu. ' the pain will be start? ' apa yang penyampai ini cuba untuk sampaikan?
Hati ku tertanya-tanya. Isi dalam sampul surat itu menarik perhatian aku.
"err boss? " sekali lagi aku tersedar dari lamunan. Terus mata ku memandang ke arah Zara.
"kalau tak ada apa-apa, saya pergi dulu ya? " aku hanya mengangguk. Zara agak teragak-agak untuk keluar. Mungkin dia pelik dengan perubahan raut wajah ku sekarang.
"are you sure, you okay?" Zara masih lagi tidak berputus asa menanyakan tentang keadaan ku. Aku hanya mengangguk.
"yess, im fine"
Zara mengangguk tanda memahami ku, lalu dia keluar dari bilik pejabat aku dan menutup pintu.
Sekali lagi mata ku membelek sampul surat itu. Tak tahu nak cakap macam mana. Aku jadi tak sedap hati bila Zara serah kan ke arah ku sampul itu.
Macam mana aku tak curious dah kalau sampul surat pun lusuh semacam. Dengan tulisan yang ada di permukaan sampul itu berwarna merah tambahan pula dengan isi tulisan itu.
Aku menyimpan sampul itu ke dalam bag aku. Balik nanti je lah aku aku buka. Walaupun perasaan ingin tahu aku melonjak naik sekarang ni.
Sekarang waktu kerja. And i have to focus for my work.
So i will be patient
YOU ARE READING
Dia Ninjaku
AdventureHeadboy poyo ?? Niqabis?? bersatu??? wow Hasya Zulaikha salah satunya gadis yang berniqab di Sekolah Menengah Kebangsaan Jousand Center atau lebih dikenali sebagai SMKJC .Lemah lembut dan budi pekertinya membuatkan dia dihormati ramai. "Eh...