Seluruh kelas aku pandang tanpa berkelip. Ini adalah kenangan yang mungkin aku tak akan lupa.Kadang aku tersenyum kemudian menangis. Entah apa yang aku rasa sekarang. Jiwa aku kacau. Aku rindu gelak tawa dia.
Menjumpai dan mencintai seorang gadis yang bernama Hasya bermula daripada sesi persekolahan di sini. Aku tak akan lupa semua kenangan kita Hasya. Aku akan pastikan aku dapat tembus kesalahan aku dekat kau. Aku sayang kau.
Air mata aku mengalir deras. Aku tutup mata kemudian menarik nafas yang panjang. Kemudian aku kesat air mata aku.
"Let's make a new life"
____________________
Knock-knock
"Masuk" balas aku mendatar.
"Boss, ini jadual boss untuk hari ni" katanya sebelum membuka buku nota nya.
"Hm baiklah teruskan" aku membiarkan P.A aku meneruskan keterangan. Sambil aku sibuk memeriksa kertas-kertas kerja.
"Baiklah. Pada pukul 1:30 p.m boss mempunyai mesyuarat bersama Dato Harith Zyad. Dan kemudian pada pukul 11:00 p.m boss ada dinner di Hotel Sri Malaysia. Itu sahaja jadual untuk boss hari ini" terang P.A aku.
"Dato Harith Zyad? Bila masa kita berkerja sama dengan beliau?" tanya aku sambil tidak lepas daripada memeriksa semua kertas kerja.
"Ouh ya. Lupa saya hendak beritahu. Dato suruh boss untuk cover meeting bersama Dato Zyad sementara Dato berada di Kuching Sarawak" aku menggangguk Faham.
"Boleh you terang kan biodata beliau? "
"Ye baiklah. Dato Zyad merupakan pemilik Syarikat terbesar Zyn Empire. Syarikat ini merupakan syarikat ternama di Australia. Salah satu cawangan nya adalah di Sydney. Mereka juga merupakan pemegang saham syarikat terbesar di Australia" wow, Syarikat ternama ni. Aku mengangguk kan kepala.
"Jika Dato Zyad ialah pemilik syarikat. Siapa CEO bagi syarikat tersebut?"
"Erm kejap saya check kan" aku menunggu.
"Hah! Dekat sini dia tulis nama beliau ialah Cik Hasya Zulaikha. Merupakan anak perempuan Dato Harions Zyn" hah!? Tak mungkin dia. Mungkin hanya kebetulan sahaja. Wake up Isyraf. Kau dah besar. Please lupakan semuanya.
"Boss? Boss" panggil P.A aku berulang kali.
"Er, ya, ya" ya Allah macam boleh termenung pula masa kerja ni. Focus Isyraf.
"Er ada apa-apa lagi? "
" erm no, you boleh sambung kerja sekarang" ya Allah malu nya aku.
"Baiklah. Thank you boss" aku hanya mengangguk mengiyakan. Kemudian aku menyambung kerja.
__________________
**telephone berbunyi**
"Erm ya. Hello ma" tegur aku
"Mama nak tanya ni? Isyraf balik tak makan tengah hari ni? " tanya mama. Mungkin mama nak masak kan makanan untuk aku kot. Woww! Eh wait aku ada meeting la. Haduih kacau line la.
"Er, sorry ma Isyraf tak sempah nak balik tengah hari ni. Isyraf ada meeting" terang aku. Kesian pula dekat mama.
"Meeting apa nya lagi? Projek Raf tu kan dah settle dua hari lepas. Ke ada projek baru masuk? "
"Memang ada projek baru ma. Tapi projek tu start minggu depan"
"Dah tu? Kenapa ada meeting lagi? "
"Raf kena cover papa punya meeting. Papa kan kat Sarawak sekarang"
"Ouh ye ke. Ha tak apa la. Raf jaga diri elok-elok. Goodluck tau"
"Okay ma... Thank you love u" hehe saja manja sikit dengan mama.
"Ye, ye love u too. Bye mama nak masak"
"Haha okay bye ma"
**panggilan dimatikan**
"Huh"
"Boss, Dato Zyad dah datang. Beliau tunggu dekat bilik mesyuarat sekarang" kata P.A aku. Aku memberi isyarat sebentar.
_____________________
Sampai sahaja aku di bilik mesyuarat. Aku ternampak seorang lelaki yang berbadan tegap duduk di atas kerusi. Maybe dia lah pemilik Syarikat Zyn Empire.
"Assalamualaikum Dato" aku berjabat tangan dengan nya. Beliau mengukirkan senyuman.
"Boss ini lah Dato Zyad. Pemilik Syarikat Zyn Empire" aku mengangguk tanda faham.
"Dato, ini Encik Isyraf Zulfan. CEO syarikat Jasmeen Holding Sdn Bhd" Dato Zyad tersenyum manis kepada ku. Aku membalas. Ouh muda lagi Dato Zyad ni.
"Encik Isyraf ni merupakan anak lelaki kepada Dato Izhar. Beliau akan cover meeting pada tengah hari ini" aku mengambil tempat duduk.
"Boleh kita mulakan? " tanya aku kepada semua ahli perniagaan di dalam bilik mesyuarat tersebut. Pertanyaan aku disambut dengan anggukan.
Dan sesi perbincangan pon bermula.
YOU ARE READING
Dia Ninjaku
مغامرةHeadboy poyo ?? Niqabis?? bersatu??? wow Hasya Zulaikha salah satunya gadis yang berniqab di Sekolah Menengah Kebangsaan Jousand Center atau lebih dikenali sebagai SMKJC .Lemah lembut dan budi pekertinya membuatkan dia dihormati ramai. "Eh...