Bab 46

872 51 3
                                    

Busana baju pengantin di tatap lama. Betul ke keputusan aku ni? Bukan ke aku tak layak untuk dia?

Pintu di ketuk dari luar. Membuatkan aku kembali di alam nyata. Mata ku beralih ke arah Kak Sophie. Senyuman di ukir walaupun hati aku rasa macam nak lari daripada perkahwinan ini.

"Cantik nya adik akak sorang ni" wajah ku di sentuh lembut oleh Kak Sophie. Senyuman di bibirnya terukir.

Hanya senyuman yang dapat di hadiahkan. Hati aku berombak. Takut, resah, gembira, sedih semuanya bercampur baur.

"Nanti Hasya dah jadi isteri orang. Hasya dah ada tanggungjawab untuk jaga Isyraf" mata bundar nya menatap redup mata ku. Tubir mata mengalir kan air mata.

Tangan lembut milik Kak Sophie mengelap lebut air mata yang keluar .

"Shuh shuh jangan la nangis. Tak cantik la. Habis make-up Hasya nanti" senyuman di bibir ku terukir.

"Betul ke apa Hasya buat ni kak?" Kak Sophie tersenyum manis.

" apa yang terjadi sekarang takdir allah. Takdir tak pernah salah alamat Hasya. Hasya serah je semua rasa takut, sedih, gementar, ragu-ragu Hasya pada Allah. Sekarang ni Hasya kena belajar terima hakikat yang tak lama lagi Hasya adalah tanggungjawab sepenuh nya pada Isyraf. Jangan nangis lagi Sya. Allah ada dengan Sya. Pedulikan cerita yang lama. Lupa kan, semua tu dah berlalu. Sekarang Hasya kena teruskan hidup Hasya dengan Isyraf. Allah tahu nak atur jalan cerita Hasya macam mana. Hasya, lupa kan pada kisah silam Sya. Jangan takut. Allah ada untuk mengadili Hasya" kata-kata Kak Sophie cukup membuat hati aku tersentuh. Benar kata Kak Sophie, takdir tak pernah salah alamat.

Senyuman yang ikhlas akhirnya terukir di bibir ku. Hasya kau kena hadap semua ni. Allah tahu yang terbaik untuk kau.

"Hasya pergi siap, akak dengan yang lain tunggu Sya dekat bawah. Jangan pikir sangat tentang halangan tu. Abaikan. Okay?" Aku mengangguk setuju. Kemudian Kak Sophie bangun dari duduk nya di atas katil kemudian menuju ke arah pintu bilik.

"Sya" aku pandang.

"Cepat sikit, kesian Isyraf tunggu lama Sya dekat bawah" aku mengangguk sambil tersenyum.

Tutup sahaja pintu, aku memandang busana baju pengantin itu. Satu keluhan di keluarkan lantas segera aku mencapai dan menuju ke dalam bilik air.

Flashback

Cafe yang terletak di sebelah bangunan KLCC itu di diami ramai pelanggan. Aku duduk di tempat duduk yang hujung agar mendapat ketenteraman sedikit.

"Sya" satu panggilan dan suara yang amat aku kenali.Aku mengalih pandangan daripada laptop.

"Erm, duduk la" pelawa ku. Kang tak pasal-pasal kata aku ni kejam tak bagi bakal suami sendiri duduk. Eh!? Erk apa-apa je la.

"Aku sebenarnya tak tahu pun plan mama dengan Daniel. Aku pun terkejut bila Abang Zyad bagitahu dekat aku hari tu" aku hanya menunduk memandang laptop . Bukan sombong, tapi aku tak kekuatan nak bertentang mata dengan mamat ni. Takut woih.

"Erm okay" sepatah sahaja yang keluar daripada mulut ku membuat kan wajah tak puas hati Isyraf tertayang.

"Okay je?" Aku hanya mengangguk.

"Pandang la aku Sya, aku ni tak handsome ke sampai kau lebih tertarik pada laptop tu" aku mengalihkan pandangan ke arah Isyraf. Tak semena-mena mata kami bertembung. Astagfiruallah halazim.
Cepat-cepat aku tundukkan pandangan.

"Erk,erm sorry. Aku just nak gitau yang aku betul-betul sayang kan kau. Dari firts time aku jumpa kau lagi. Kau ada tarikan dalam diri kau yang buatkan aku sayang dekat kau. Dah banyak kali aku cuba lupa pasal kita, tapi aku tak boleh. Hati aku masih untuk kau dan tak ada orang lain"   jelas kedengaran di telinga. Isyraf confess perasaan dia dekat aku ke sekarang ni?

Aku memandang mata bundar Isyraf yang bersinar-sinar memohon harapan.

"Walau aku ni ada banyak kekurangan?" Satu soalan yang telah merubah raut wajah Isyraf. Namun tidak lama, raut wajah nya kembali tersenyum seperti tadi.

"Ya, aku janji . aku akan terima semua kekurangan kau. Aku akan bimbing diri kau sehingga akhir hayat aku" bersungguh-sungguh Isyraf menyuarakan hasrat hati nya.

Tiba-tiba Isyraf berdiri dan mengangkat tangan seprti membaca ikrar di sebelah meja ku.

"Hasya Zulaikha binti Dato Zyn , Saya Syed Isyraf Zulfan sedia menerima tanggungjawab yang besar untuk menjaga awak sepanjang hayat saya" hati aku tersentuh. Aku tersenyum lalu automatik kepala ku mengangguk.

Wajah lelaki itu tersenyum gembira. Bersyukur kepada ketentuan illahi. Ya allah, semoga pemudah kan semua urusan .

Done flashback

Aku tersenyum sendiri melihat tubuh ku yang tersarung kemas baju pengantin di sebuah cermin yang tersandar.

"Sya? Dah siap?" Aku mengangguk. Senyuman terukir di bibir Mama. Ya allah, kau rahmatilah hubungan halal ini. Sesungguhnya kau bijak mengatur segala jalan hidup ku.

Dia Ninjaku Where stories live. Discover now