"DANIEL!!!!!!"
"haa ii jap la aku datang" daniel menaiki tangga lalu menuju ke bilik Isyraf sambil mendulang makanan.
"DANIELLLLLLL!! "
"Siel la laki nih sehari tak menyusahkan aku memang tak sah! Kau tak reti sabar ke gila!!" bebel daniel seorang diri.
Sampai sahaja dihadapan bilik isyraf. Terpampang seorang lelaki yang terbaring di atas katil. Siapa lagi kalau bukan isyraf.
"Danielllll!!!"
"Ish kau reti sabar kejap tak? Kau ingat senang ke nak mendulang makanan kau ni naik atas. Kau ingat aku tak penat ke naik turun, naik turun selalu" bebel Daniel di depan pintu.
"Hehe sorry la, aku nak ambik tu" Isyraf memuncungkan mulutnya ke arah IPhone miliknya yang berada di atas meja. Daniel mengikuti arah muncung nya dengan mata. Dia melepaskan keluhan. Sabo je lah daniel.
"Ni? " sambil menunjukkan IPhone yang telah dipegang nya. Isyraf menganggukkan kepalanya berkali- kali. Tak ubah seperti budak kecil yang menginginkan sesuatu. Daniel melepaskan keluhan lalu memberikan Iphone isyraf kepadanya."NIEL, TOLONG MAMA BUKA KAN PINTU. ADA ORANG DEKAT LUAR TU"
"hah! Kau tengok mama dah panggil aku. Haish boleh patah kaki aku macam ni" keluh Daniel.
"Hahaha kau pergi je la. By the way sorry niel aku banyak menyusahkan kau" Daniel memandang meluat.
'Eleh padahal kau gelakkan aku kan? Suka la tu' desis hati Daniel. Isyraf sudah terkekeh-kekeh menggelakkan Daniel. Walaupun ada sedikit rasa kesian. Tapi dia kisah apa hohoho.
"NIEL! "
"hah! Kau pergi la turun cepat! Mama dah panggil tuh" Isyraf menolak-nolak tubuh sasa Daniel.
"Kau mesti kena bayar untuk semua ni" bengang Daniel lalu berlalu keluar dari bilik Isyraf.
"Hahahhahaa! Naseb kau la niel hahahhahaha"
______________________________
Ting tong! Ting tong!
"Ye ii sabar la kejap, kau ingat rumah nih kecik ke kejap je sampai dekat pintu. Sakit kaki den ni bejalan ko tau. Tu la niel orang suruh duduk rumah family sendiri ko tamau kan dah menyusahkan diri sendiri. Ho padan muka mu ni- eh! Hasya?!"
Hasya tersenyum manis kepadaku. Haish ko jangan niel. Kalau Isyraf tau ni mahu direjam aku.
"Assalamualaikum Daniel"
"Waalaikumsalam adik manis.. Adik manis cari siapa? Abang Isyraf kah?"
"Hahaha kau kenapa Niel. Ha, mana Isyraf? Dia okay?" tanya Hasya. Nampak macam risau. Almaklum lah cik abang kesayangan dia injection kan.
"Wow kau, datang-datang terus tanya pasal Isyraf ye? Aku yang kat depan mata kau ni kau tak tanya pula. Punya hensem la aku ni. Kau boleh tanya pasal Isyraf? Huwaa ini satu penghinaan bagi orang single macam aku. Kau kena hormat aku yang single ni"
"Apa yang kau membebel ni? Ye la, encik Daniel sihat tak? Makan gi? Minum gi? Mandi gi? X ey? Patut Bau busuk .ke tak reti nak mandi? " senyum sinis di hadiah kan kepada aku. Amboi dia ni kalau isyraf boleh pulak senyum manis aku.
"Dah ii tu dah melebih tu-" belum sempat aku nak membidas tiba-tiba mama ada dekat belakang aku.
"Eh hai mama" aku melambai tangan.
"Niel, tunggu apa lagi. Ajak la tetamu masuk. Yang kamu tercegat lagi kat sini kenapa? Pergi la borak kat dalam. Tak elok sembang dekat depan pintu nant-"
"Okay ii mama tak payah la beletiaq kat telinga ceq" potong aku suka pintas lalu. Mama mencekaq pinggang.
"Ye la, kamu biarkan tetamu duduk kat luar. Kamu tau kan tetamu tu mesti di utamakan" ya Allah menyesal aku tak ajak Hasya masuk dulu kalau tak mesti aku tak kena bebel dengan mama. Weyhhh sakit telinga weyh. Lagi teruk dari momy aku.
"Ye la mama, niel nak ajak Hasya masuk la ni. Hasya jemput masuk" kata ku lalu memperlawa Hasya untuk menjejak kaki ke rumah agam bak istana ini. Aceyhh
"Thank you aunt-"
"No, panggil mama je. Kawan isyraf kan? Isyraf ada dekat atas. By the way anak ni nama apa? "
"Hasya, Hasya Zulaikha " Hasya memperkenalkan diri nya. Aku menjadi penonton je dari tadi. Tak apa la. Its better than aku kena bebel dengan mama.
"Ouh Hasya.. Nice name macam tuan badan juga. Manis je mama tengok. Kenal isyraf dah lama ke?"
"Er, baru 8 bulan je aunt.. Eh mama"
"Ouh ye ke, haa tak apa-apa jom la masuk. Tak elok anak dara lama-lama duduk depan pintu" pelawa mama kepada Hasya. Hasya hanya mengikut perintah.
"Niel, tutup pintu tu" kau tengok aku lagi.. Apa-apa aku je yang kena. Semua kau punya pasal Isyraf kalau kau tak sakit semua ni tak akan jadi dekat aku huwaaaa.
"tercegat apa lagi kat situ. Mama suruh tutup pintu kan"
"Ye la mama"

YOU ARE READING
Dia Ninjaku
AdventureHeadboy poyo ?? Niqabis?? bersatu??? wow Hasya Zulaikha salah satunya gadis yang berniqab di Sekolah Menengah Kebangsaan Jousand Center atau lebih dikenali sebagai SMKJC .Lemah lembut dan budi pekertinya membuatkan dia dihormati ramai. "Eh...