Macam biasa. Aku masuk kerja. Check kan kerja project, proposal and seperti rutin harian aku. Penat woi! Jadi budak sekolah lagi Best daripada ni. Huhuhu.
"Boss ada orang nak jumpa" aku pandang Zara. Kemudian aku menganggukkan kepala tanda aku setuju.
Zara dengan segera keluar dan tiba-tiba datang susuk tubuh wanita yang amat ku kenali.
"Kenapa kau nak jumpa aku? " tanya aku dengan nada yang sedikit tinggi. Yah mana aku tak bengang. Sebab dia aku dengan Hasya bergadoh teruk!
"Raf, you still marah dekat I lagi ke? " aku pandang muka dia. Dan aku jeling. Huh
"Kau nak apa? " balas aku senada. malas nak dengar drama.
"I just nak you tau yang Hasya ada dekat Malaysia" wait! What!? Kira betul la apa yang aku sangka.
"So asal kau bagitahu aku? Supaya kau boleh hancur kan hati dia lagi? Centu? Kau nak buat apa pula lepasni? Tak puas lagi ke kau buat aku hidup tak ada hala tuju? Oh mungkin kau nak bunuh aku kan? " muka Mawar aku tidak pandang. Dendam dan perasaan marah masih tersimpan. Aku kehilangan insan yang aku sayang. Insan yang berjaya buat hati aku cair selepas sekian lama mengeras. Insan yang buat aku lupa masa silam aku. Kini hilang tanpa khabar. Huh.
"T-tak, you kena dengar penjelasan I" Maya sedaya upaya meyakinkan aku.
"Sorry girl, I don't have anytime to talk with you. Im so busy. Maybe next time. Oh no no! Maybe it's never happen! " balas aku tanpa melihat wajahnya. Bukan apa, aku takut harini hari last dia bernyawa je. Herghh
"Zara, please lain kali jangan biar kan orang gila ni masuk pejabat I" Zara mengangguk.
"Cik jom saya tunjukkan jalan keluar" Maya hanya mengangguk. Maybe dia tahu emosi aku tak stabil sekarang. Ceyh macam aku pulak yang perempuan.
________________________________
Malam yang sungguh sunyi membuat kan hati ku tergerak ingin mengeluarkan sesuatu dari laci meja.
Aku mengeluarkan dua keping gambar yang berbeza kemudian aku tatap lama.
"Mata kau persis seperti Asya. Nama kau sama macam Asya. Tapi.. " aku renung lama gambar Hasya.
"Perangai kau lain. Kau tak macam Asya"
**flashback **
Seorang gadis berlari kegembiraan menuju ke arah seorang jejaka.Jejaka itu tersenyum gembira apabila melihat gadis dihadapan nya.
"Asya, jangan la lari" tegah jejaka itu.
"Hehe, Isy rindu Asya tak? " gadis itu memeluk pinggang jejaka tersebut dengan nyaman.
"Gila Isy tak rindu! Tiap hari Isy rindu Asya" balas jejaka itu sambil tersenyum menatap wajah gadis idamannya.
Gadis itu tersenyum kegembiraan. Lalu memegang perut nya. Raut nya juga berubah masam. Jejaka itu melihat nya dengan hairan.
"Kenapa Asya? " tanya jejaka itu perihatin .
"Asyaaa laparrrr" mata bulat nya membuatkan Jejaka itu semakin cair.
'Macam mana aku tak sangkut dengan kau dah kalau kau comel sangat' detik hati Jejaka tersebut.
"Laaa Isy ingat apa la tadi" Jejaka itu menyekak pinggang. Gadis tersebut tersenyum melihat riaksi si Jejaka.
"Hehe, jom laa makann. Asyaaa laparrr. Asya nak makannnn" muka comel gadis itu digunakan untuk memujuk jejaka tersebut.
"Ye la-ye la jom" ajak jejaka tersebut sambil memeluk tubuh kecil si gadis yang comel tersebut.
Mc donald
"Nak duduk sini! Nak duduk sini!! " pinta si gadis persis si anak kecil.
"Ye, ye. Sabarlah Aysa" balas lelaki tersebut. Lalu mengendong si gadis bahagia tiba di meja makan.
Semasa menjamu selera. Tiba-tiba muncul seorang jejaka tampan di hadapan mereka.
"Asya, Asya. You kalau nak curang dengan I pon you jangan la jadi bodoh sangat" jejaka yang bernama Isy tadi keliru. Wajah kegelisahan gadis tersebut dipandang.
"Eh apa yang kau mengarut ni? Asya girlfriend aku la" muka yang bengis dihalakan kepada jejaka tadi.
"Heh! Kesian kau kan. Hensem, kaya, tapi bodoh! HAHAHA" semakin keliru jejaka bernama Isy.
"A-aku tak paham" pandangan mata nya kini beralih kepada Gadis comel tadi. Raut muka bersalah gadis tersebut terserlah.
"Hahaha okay,okay let me explain. Aku dengan Asya ada hubungan. Dalam masa yang sama dia dengan kau. So kesimpulan dia dekat sini. Girlfriend kesayangan kau ni.. Curang dengan kau" jelas Jejaka yang baru tiba tadi. Mata jejaka bernama Isy itu berkaca. Memandang gadis comel tersebut dengan rasa hampa kepada nya .
"Betul ke Asya? " Asya hanya menunduk. Dengan segera jejaka bernama Isy hilang dari pandangan.
"Isy! Isy kena dengar penjelasan Asya!! " sedaya gadis itu mengejar. Tiba-tiba jejaka bernama Isy itu berhenti. Dia berpalingkan muka nya kepada Asya. Asya terpaksa melangut kerana keadaan Isy yang terlalu tinggi.
"Then explain" pinta Isy dengan wajah yang hampa. Asya menunduk. Dia tidak tahu apa yang perlu dia terang kan. Kerana itu semua benar. Dia telah melukakan hati insan yang benar-benar sayang kan nya.
Sudah sekian lama Asya terdiam menunduk. Tiba-tiba Isy memeluk Asya. Asya terkaku sebentar.
"Please take care yourself. I'll go from your life. I love you but it's all happen because you" Ucap Isy sambil memeluk gadis tersebut. Air mata nya tak berhenti mengalir. Asya dapat merasakan baju nya basah. Itu pasti air mata Isy.
Isy melepaskan pelukan sambil mengukirkan senyuman. Jelas air mata nya mengalir. Pasti jejaka itu berasa hati nya begitu hancur.
Dia berlalu pergi. Meninggalkan seorang gadis yang masih berdiri terkaku. Mungkin tidak dapat terima apa yang berlaku.
YOU ARE READING
Dia Ninjaku
AdventureHeadboy poyo ?? Niqabis?? bersatu??? wow Hasya Zulaikha salah satunya gadis yang berniqab di Sekolah Menengah Kebangsaan Jousand Center atau lebih dikenali sebagai SMKJC .Lemah lembut dan budi pekertinya membuatkan dia dihormati ramai. "Eh...