"Perhatian kepada semua pelajar. Sila memenuhi ruang dewan untuk memulakan majlis... "
"Sya" aku memandang Anis.
"Aku nak pergi tandas jap. Kau tunggu sini jap tau. Zatty, teman aku tandas" aku mengangguk. Kemudian aku melihat IPhone di tangan.
"Hm dah pukul 10.00 p.m" kemudian aku meneliti kawasan. Cantik juga tempat ni. Kemudian aku bangun dan terus berjalan-jalan di kawasan dewan. Tiba-tiba aku nampak sepasang pasangan sedang berpelukan. Ya Allah diorang ni. Macam tak ada agama.
Wait! Aku rasa aku macam kenal siapa.
____________________________
"Maya! Kau kenapa?! Tepi lah! " aku segera mencuba menolak Maya dari memeluk ku.
"Tak nak..." YA ALLAH BANTU LA HAMBA MU INI. dengan suara merengek nya. Menyampah aku.
"Kau lepas la! " sekali lagi aku cuba melepaskan pelukan Maya.
"Ehem. Tumpang lalu" eh jap bukan ke ni suara Hasya ke? Jangan cakap!? Aku segera berpaling ke arah gerangan suara. Ya Allah! Apa lagi nak berlaku lepas ni?
"Ha.. Hasya" suara aku menggeletar. Aku gagap. Kelihatan raut muka Hasya seperti marah. Hasya ni bukan apa yang kau nampak. Kemudian dia segera berlalu pergi.
You know what. Aku tak kisah siapa dah. Yang aku tau aku nak kejar Hasya than jelaskan semua nya. Tubuh Maya aku tolak dengan kuat. Sehingga dia terjatuh ke belakang. Aku kisah apa!
"Auuu you ni.. Sakit la! " rengek Maya gedik. Aku pandang dia meluat. Kemudian aku terus pergi cari Hasya.
Hasya mana kau ni? Dah banyak tempat dah aku pergi tengok tak jumpa dia juga. Mana Hasya ni? Hati aku gelisah. Tak tau nak imagine macam mana. Aku takut Hasya benci aku.
Finally ya! Aku jumpa dia! Wait?! Aku nampak sebuah kereta meluncur laju di atas jalan.
"HASYA!! "
________________________________
kepala aku rasa sakit sangat. Berdenyut-denyut. Ya Allah apa yang jadi dekat aku ni? Aku buka mata. Suasana di sini tidak pernah aku kenali. Aku kat mana ni?
"Hasya, ya Allah kau sedar juga akhir nya" kedengaran suara Zatty menegur ku. Apa yang jadi dekat aku sebenarnya? Aku cuba untuk bangkit.
"No, no, kau kena rehat. Kau baring je okay? Nanti abang kau datang. Aku dah call kan abang kau tadi" jelas Zatty. Aku dapat merasa kan kepala aku berdenyut-denyut. Sakit sangat.
"Apa yang jadi dekat aku sebenarnya? " aku cuba untuk mentafsir semua perkara yang berlaku.tapi satu pun aku tak ingat sekarang.
"Kau excident. Sekarang kau dekat Hospital. Nanti abang kau datang" hah?! Excident?! Ya Allah patut la aku rasa sakit sangat kepala ni. Baru aku perasan tangan aku di cucuk dengan tiup dan serta kepala ku berbalut.
Knock-knock
Pintu dikuak perlahan. Terserlah wajah Aniss dimuka pintu.
"Sya, ada orang nak melawat kau" aku mengangguk lalu segera aku memakai tudung dan niqab.
Seorang lelaki melangkah masuk ke dalam wad aku. Dan ya! Aku menyampah!
"Er, zatty. Boleh tak kau keluar sekejap" Zatty mengangguk. What?! Zatty kau ni memang cari nahas la.
"Zatty. Jangan tinggal aku" aku menggoncangkan tangan kanan Zatty.
"Ala sekejap je la. Kitorang ada dekat luar" pujuk zatty. Aku memuncung mulut.
Selepas saja Zatty keluar dari wad aku. Keadaan menjadi awkward
"Hasya. Kau okay? " lembut sahaja Isyraf menyapa. Tapi aku tetap marah kan dia.
"Hm" aku malas nak layan.
"Hasya. Aku tanya kau elok-elok ni" nada yang masih sama digunakan.
"Kau nak apa sebenarnya? " ish pergi boleh tak? Semak kau tau?!
"Aku just nak pastikan kau okay je"
"Okay, kau tengok aku okay kan? So, kau boleh keluar dari wad aku sekarang" mendatar aku menjawab.
"Eh sya. Kau kenapa ni? Kau marah aku pasal kelmarin ke? " hah! Kau tau pun! Ingat tak sedar diri dah.
"Kau boleh tak? Berambus je dari sini? Menyampah je aku tengok kau!" amarah menguasai aku. Raut muka yang manis tersenyum tadi berubah muram. Maybe terasa dengan kata-kata aku. Hah! Padan muka! Biar kau sedar sikit!
"Sya, aku datang sini nak-" tiba-tiba pintu dikuak dari luar. Kelihatan Haraz sedang memandang ke arah kami berdua.
"Sya, eh siapa ni? I silap masa ke ni? Sorry I keluar dulu" pinta Haraz. Dengan segera dia ingin melangkah keluar.
"Wait!" pergerakan Haraz terbantut. Isyraf memandang aku hairan.
"Sorry Isyraf. Aku tak ada masa nak layan kau. Tunang aku dah datang so kau boleh keluar dari wad ni" terbutang mata Isyraf. Er sorry Haraz aku terpaksa gunakan kau.
"No, no. Kau tipu aku kan? Kau sebenarnya nak buat aku tak cari kau dah kan lepasni"
"Tak- " belum sempat aku nak sambung kata-kata aku Isyraf segera memintas.
"Kau sebenarnya sayang aku kan? Kau suka aku kan? Sebabtu kau jeles pasal semalam-"
"ENOUGH!" aku menengkin. Geram pula aku dengan Mamat ni. Isyraf terpana sebentar. Haraz memandang kami berdua.
"Haraz, you boleh keluar sebentar tak? " pinta aku. Haraz mengangguk kemudian melangkah keluar dari wad aku.
"Isyraf. Please hidup dalam realiti. Aku tak ada masa nak jeles pasal perkara yang dah malu kan kaum Adam" isyraf terdiam.
"Yes, betul. Aku suka kau"
"Really? I love you too" raut wajah Isyraf kembali tersenyum.
"Tapi. Kau dah terlambat. Kau dah hancurkan hati aku. Kau dah buat aku benci dekat kau " serta merta senyuman nya mati.
"Ta.. Tapi"
" dah la! Kata-kata kau tu dah tak bermakna dalam hidup aku. Lelaki yang aku sangka kan baik. Mampu buat perkara yang dimurkai Allah! Aku boleh tahan lagi kau dengan maya ada hubungan ! Tapi aku tak boleh tahan amarah aku bila kau berpelukan dengan maya! " segala yang aku pendam terkelura dengan lancar. Kau betul-betul dah buat hati aku berkecai.
"Ha.. Hasya aku boleh jelaskan" aku Pandang Isyraf dengan perasaan amarah walaupun kelihatan di raut wajah jejaka itu hendak mengeluarkan air mata. Namun amarah aku terlalu tinggi berbanding rasa sayang kepada jejaka itu.
"Kau nak jelaskan apa lagi? Satu je aku pesan dekat kau. Kalau kau tak takut dengan orang lain pon. Jangan sekali kau tak takut dengan Allah" kata-kata aku mampu membuat kan Isyraf terdiam.
"Dah la kau boleh keluar. Aku hope lepasni kau dengan aku tak akan berjumpa lagi" aku menutup mata. Cecair panas aku tahan dari mengalir.
Kedengaran pintu di kuak dan kemudian kedengaran pintu tertutup. Aku buka mata. Kemudian dia sudah tiada. Dengan laju air mata aku turun. Aku sayang kau Isyraf. Tapi kau dah buat hati aku hancur. Aku terpaksa buat kau macam ni untuk sedarkan kau. Aku hope kau maafkan aku.
YOU ARE READING
Dia Ninjaku
AdventureHeadboy poyo ?? Niqabis?? bersatu??? wow Hasya Zulaikha salah satunya gadis yang berniqab di Sekolah Menengah Kebangsaan Jousand Center atau lebih dikenali sebagai SMKJC .Lemah lembut dan budi pekertinya membuatkan dia dihormati ramai. "Eh...