Aku melihat makanan di hadapan ku. Bukan tunggu untuk makanan tu masuk sendiri dalam mulut aku. Tapi aku malu. Malu dengan orang sebelah ni.
**flashback**
Mata Isyraf aku tatap penuh tanda tanya. Mamat ni gila ke? Ya allahh ampun la hamba mu ini.
"J-jom pergi mana? " mata aku betul-betul tak nak bertentang mata dengan Isyraf sekarang ni. Namun mamat tu berdegil nak juga aku bertentang mata dengan nya! Hish!
"Jom makan la Sya oii. Saya dah lapar ni. Perut dah buat band dari tadi minta di isi. Ke awak pikir benda lain? " gulp! Itu riaksi aku sekarang ni. Apa ke bengong sangat aku ni?! Pikir benda bukan-bukan. Senyuman nakal terukir di bibir nya. Lantas aku menjarakkan diri. Membetulkan rambut ku yang berserabut.
"M-mana ada! " tawa besar dilepaskan. Bukan aku, tak akan aku nak ketawa dekat diri sendiri. Mesti la mamat tu. Tak guna betul.
"Sayang ni lawak la. Jom la makan. Kang saya makan awak baru tahu" pantas aku bangun. Mata membulat. Ee mamat ni tak habis lagi ke nak sakat aku?!
"Tidur luar! " terus aku berlalu dari situ. Tak kuasa nak lama-lama dengan Isyraf. Boleh meninggal awal aku kalau dekat dengan Isyraf ni. Entah kenapa aura dia ni kuat sangat.
**done flashback**
Dah itulah ceritanya. Seketul Hasya yang malang.
"Sya.. why you don't eat your food? " tanya papa. Yang speaking-speaking tu papa la siapa lagi. Abang Zyad tu melayu asli. Dengan papa je dia berspeaking tu pon lingkup habis grammar.
"Err " sengihan di hadiahkan. Isyraf di sebelah senyum mengejek. Aku mengabaikan.
"Isyraf are you okay? " eh papa ni tanya Isyraf pulak. Aku yang anak dia ni tak tanya pon. Tak tahu ke aku setengah mati hadap mamat ni!? Okay, memang tak tahu sebab aku tak bagitahu. Hahaha. Okay stop stupid joke.
"Erm okay je pa " Isyraf mengangguk. Kan aku cakap. Papa je speaking. Okay sempat lagi kau mengata papa kau eh.
"Im sorry because let you sleep on the couch all night" kata papa. Eh jap. Macam mana papa tahu. Terus aku berpaling ke arah Isyraf.
"Habis la kau dik" itu kata-kata tak berperikemanusiaan oleh insan bernama Zyad ini. Gulp!
"its okay pa. I will fine" tenang Isyraf berkata. Memang la tenang dah dia tak kena ceramah free dengan papa nanti. Adui, menyesal.
Habis sahaja makan, segera aku bangun dari kerusi lalu mencapai pinggan dan cawan di atas meja. Kemudian aku melangkah ke dapur.
Pinggan dengan cawan aku basuh. Sambil-sambil basuh ada satu set pinggan dan cawan dihulurkan kepada ku. jangan cakap suruh aku basuh pinggan dengan cawan ni. Aku pandang tuan empunya badan.
Yah, siapa lagi mestilah Isyraf. Hero kesayangan korang.
Mata aku tajam menikam mamat sebelah aku ni.
"Tolong basuh"
"A-" belum sempat aku nak membantah.
"Good girl" kepala ku ditepuk-tepuk. Apa kau ingat aku ni anak kucing ke? Aku pandang pasrah pinggan tu. Kenapa la aku setuju nak kajwin dengan mamat si pembuli aku ni. Ha kan dah kena buli basuh pinggan.
Dua puluh minit selepas basuh semua pinggan. Eh jap sebelum tu korang jangan tanya kenapa aku basuh pinggan lama sangat. Si mamat tak guna tu yang suruh papa, abang malah orang gaji aku letak pinggan kat sebelah aku.
Bukan dia basuh. Tapi aku basuh. Mamat tu nak basuh? Habis pecah segala mak nenek yang ada dekat rumah aku ni.
"Mengata saya ke tu" Isyraf memandang ke arah ku tersenyum. Kau ingat elok la senyum centu? Tak handsome langsung!
Eh betul ke? Bukan tadi kau kata suami kau handsome ke? Argh! Abaikan!
Aku memerhati gerak geri Isyraf yang sedang membuat air. Air apa jangan tanya.
"Awak gitau papa eh yang saya suruh awak tidur luar? " mata aku mencerlung tajam. Tangan ku bercekak pinggang.
"Tak" sepatah je. Sepatah je? Aku punya habis kan air liur mahal aku. Kau jawab sepatah je?!
Isyraf relax meminum air yang di buat tadi sambil menyandarkan diri ke peti sejuk.
"Dah tu siapa gitau? " soalan ku dijawab dengan gelengan siap angkat bahu lagi.
"Ish! Tak ada mulut ke nak cakap!? " geram pula aku mamat ni! Cuba la cakap. Cakap. Payah sangat ke nak cakap?!
"Awak nak saya cakap apa sayang? Saya dah bagitahu yang saya tak tahu dan tak bagitahu" Isyraf merapat ke arah ku. Namun laju kaki aku kebelakang. pantas sahaja tangannya mendarat di bahuku. Ey mamat ni dalam aku tengah marah boleh pulak pergi landing tangan seberat gajah tu dekat bahu aku. Ingat tak berat ke?! Nak tak nak aku terkunci di situ. Haih.
"Kalau saya tahu awak punca papa tahu! Saya pusing-pusing telinga awak lepas tu rambut ni.. " aku memegang rambut yang berjuntai dekat dahi Isyraf . Isyraf nampak nya macam 'mati aku' ha lebih kurang la.
"Saya potong-potong eh jap.. " kata ku sambil gaya berfikir. Isyraf raut wajah dia lega semacam. Ha kau lega dulu. Nanti merana hidup kau, kau tunggu je muahahahaha.
"Sebelum tu saya tarik-tarik rambut awat ni baru saya potong-potong sampai awak botak! " senyuman creepy aku berjaya membuatkan muka Isyraf pucat. Hah! Baru kau tahu kau kahwin dengan siapa.
Isyraf segera menjauh. Aku tersenyum kemenangan. Memang kelemahan lelaki rambut kan? Mana aku tahu? Aku tahu la sebab aku ada abang. Abang yang sangat penting kan rambut dia daripada adik dia sendiri. Tak guna kan?
"Wo, wo" tangan Isyraf kedepan menunjuk isyarat berhenti.
"Awak ni jangan la apa-apakan Lio saya" rayu Isyraf sambil membelai rambutnya seperti rambut tu akan hilang tak lama lagi.
Eh jap? Dia cakap Lio ke tadi? Aku salah dengar ke?
"Siapa Lio? " tanya aku sambil aku memandang kehairanan. Jangan cakap..
"Eh saya ada cakap Lio ke?" Aku mengangguk. Isyraf menggosok belakang leher nya.
"Awak salah dengar ni. Saya cakap rambut la tadi" terang Isyraf selamba. Aku tahu. Dia cover. Macam mana aku tahu? Muka dia blushing. Muahahhaha.
"HAHAHAHAHHAAHAHHA AWAK NAMA KAN RAMBUT AWAK LIO KE!? HAHAHAHHA ADUIHH AMENDE LAA" sakit perut aku dibuatnya. Seriously dia namakan rambut dia?! Hahahah tak boleh brain doh! Hahahahahah.
"Aduih Sya, diam la sikit. Malu saya kalau ada siapa-siapa dengar" pinta Isyraf eh tak lebih kepada merayu. Hahahahah tau pun kau malu.
"Dengar apa ni? " aku dan Isyraf segera beralih pandangan ke arah suara. Dan cepat-cepat aku selindung muka aku belakang Isyraf.
Hingar bingar di dalam dapur menjadi senyap sunyi. Dan cengkerik pon berbunyi.
YOU ARE READING
Dia Ninjaku
AventuraHeadboy poyo ?? Niqabis?? bersatu??? wow Hasya Zulaikha salah satunya gadis yang berniqab di Sekolah Menengah Kebangsaan Jousand Center atau lebih dikenali sebagai SMKJC .Lemah lembut dan budi pekertinya membuatkan dia dihormati ramai. "Eh...