bab 19

979 48 1
                                    

Setiap pelajar tingkatan 5 diwajibkan turut serta ke Kem yang dilaksanakan. Harini pada 12 December pelajar yang terlibat akan berada di Shah Alam untuk menyertai Kem ini.

Para pelajar beratur panjang dengan cermat. Yang akan mengambil alih sepenuhnya ialah Pengawas dan beberapa guru yang terlibat. Selain itu penceramah jemputan juga turut dijemput untuk memeriahkan majlis.

"Baik lah semua, disini ada beberapa guru yang akan menjaga kamu sepanjang kem ini di jalankan. Saya harap tidak ada sebarang masalah dan Kem ini berjalan dengan lancar. Saya serah semula kepada pengacara majlis bagi memulakan program"

__________________

Selepas semua guru-guru telah berucap kini masanya untuk melantik ketua bagi setiap jantina.

"Ada sebarang cadangan? "

Tiba-tiba seorang murid lelaki mengangkat tangan.

"Saya cadang Hasya cikgu! " what the!??? KAU NAK MAMPUS KAA WEYHH!! IKUT SEDAP HATII MAK NENEK KAUU JHAA CADANG AKUU!!

"Ehem, ehem. Wuuu ada orang cadang kau laa " muka minta kaki ditayangkan. Budak ni tak lama hidup betul.

"Hah! Bagus cadangan tu. Okay Hasya sila datang ke depan" kata Cikgu Wani sambil mengalu-alukan kedatangan ku. Acehh perasan kau Sya

Aku dengan blur nya pergi ke depan. Semua pandang aku. Kalau semua pandangan baik-baik tak pa la. Nih pandang macam nak makan orang. Adehh bukan aku rampas pakwe korang pon. Peiiggii daaa

"Huish, lawa nya dia bukan main lagi. Sopan je pakaian dya" Alamak cikgu puji. Haiiii kembang-kembang hahaha . Ada yang bewuwuuuu ada yang menjeling adehhh korang ni nak aku cungkil mata ke apa ha!?

Aku hanya mampu tersenyum malu.

"Okay ada cadangan lagi tak? " dan cengkerik pon berbunyi. Ngek betui la sapa yang pilih aq tuh.

"Okay good, dengan secara rasmi nya Hasya jadi ketua kamu semua"

"Hasya, kamu boleh berdiri di sana" dan dengan patuh nya aku mengikut arahan berdiri di sebelah sana.

_____________________

"Weyh Raf, Hasya jadi ketua la" Daniel mencuit-cuit aku. Adoi dia ni, dah lama tak makan kaki ke camna.

"Diam la kau, aku nak dengar cikgu cakap tu" rimas aku dibuatnya. Daniel mempamerkan muka cemberut. Dah macam itik pula aku tengok. Nak makan kaki ke?!

Tiba-tiba muka Daniel berubah menjadi sebuah raut yang teramatlah jahat. Kau nak buat apa niel.

Daniel membisikkan sesuatu kepada Faiz, Hanif dan Zharif. Sudah diorang cadang apa pula nak kena kan aku nih. Dengan tak semena-mena nya Daniel mengangkat tangan.

Aku menjegilkan mata. Namun mereka menghiraukan. Malah menggelakkan aku. Kau kenapa gila. Jangan buat hal doh.

"Ya Daniel? Ada cadangan ke? " tanya Cikgu Wani. Cikgu pon satu yang pergi layan budak gelong tu dah kenapa? Aku hanya memerhati dari jauh.

'Apa kau nak buat'

Daniel hanya tersenyum nakal. Cait! Kuasam punya member!

"Cikgu memandang kan Hasya jadi Ketua bagi pelajar perempuan. Apa kata kita bagi pasangan dia untuk jadi Ketua bagi pelajar lelaki. Amacam" wait dia cakap apa tadi. PASANGAN!? kuanghajoo ko Niel.

Hasya yang berada di atas pentas itu pun terkerut-kerut dahi. Kesian Hasya nak kena tanggung malu. Kuanghajo ko Daniel.

"Hahaha pasangan ye, ha okay-okay siapa pasangan nya hahah" Cikgu Wani menahan tawa. Kau tengok Niel kau saja nak malukan aku kan?!!

"Isyraf cikgu" kemudian dia menyambung gelak tawanya. APA KE SETAN SANGAT PERANGAI KAU NI BAHALUL ?!

Aku menjeling Daniel. Kuanghajo punya member. Aku tengok kecik besaq kecik besaq jhaa.

"Ouh hahaha haa okay,okay .Isyaraf meh naik atas pendas sekarang hahahah "

Dengan muka malu nya aku naik atas pentas. Kuanjo punya member. Aku sempat menyepak kaki Daniel. Tapi tiada kesan. Dia terlalu khusyuk menggelakkan aku. Aku sayang kau Daniel. SAYANG SANGAT.

"Kau kenapa gila?! " tanya Hasya sambil membisik. Ye la takut nanti kena tangkap dengan cikgu sebab bercakap tak ke malu nanti. Adehh

"Kenapa apa? "aku membuat mimik muka. Tak bersalah. Apa? Memang aku tak bersalah pon keyh dalam hal ni. Daniel si gila tu yang buat hal

Dia mengecilkan mata. Haha comei Hasya. Jangan buat macam tu kau buat aku tergoda adehhh. Erk?! 

Selepas beberapa jelingan diberikan. Kami pandang ke hadapan kembali. Menghadap pelajar-pelajar tingkatan 5. Ada yang tergedik-gedik terhegeh-hegeh. Dey! Tau la aku hensem pon. Tak payah la tunjuk perangai PANDAI tu.

_______________________

"Weyh! Weyh! Asal kau buat macam tu gila? " kata Isyraf sambil cuba merampas pinggan di tangan ku. Eh jap what!? Dia panggil aku gila?! Kuasam punya member.

"La, bukan kena buat macam ni ke? " aku tak nak mengalah. Aku tarik balik pinggan yang dirampasnya tadi. Apa kau ingat perempuan cepat kalah?

"Ish bukan la ngok! "

"Ala biar la, ni cara aku. Bukan cara kau" aku menjeling nya dengan jelingan maut. Kemudian aku beralih ke tempat lain. Malas hendak Malayan Mamat ni!

_________________________

Aloh, aloh budak pendek ni. Boleh pulak dia jeling aku macam tu je. Pastu blah macam tu je? Hergg orang tolong dia bukan nya kacau dia.

"Woi! " sapa Zharif dengan muka annoying nya. Eh! Bukan annoying tapi muka minta kaki.

"Pa kau?! " malas nak layan. Bukan tak tau yang dia ni kaki pedajal orang.

"La, lek la jangan marah"

"Kau nak apa Zhar? " kata ku lembut-lembut. Sambil memegang bahu Zharif.

"Wuish! Mengancam aum! " muka gatal ditayangkan. Eiuu seram bhai. Aku dengan segeranya melepaskan tangan.

"Dah la aku pergi dulu" dengan segera kaki ku melangkah pergi. Namun tangan ku ditarik. Aku memandang Zharif kemudian turun ke tangan.

"Ehem! " dengan segera tangan dilepaskan. Awkward situation

"Erk? Sorry. Kau nak pergi mana? Aku baru je sampai" Zharif menggaru belakang lehernya.

"Aku nak lari dari gay"

"Gay? " dahinya dikerut kan. Hahah dah macam beruk dah pon.

"Ha'ah"

"Sapa?"

"Kau la"

"Choiii!!  Aku bukan gay okay. Aku still lurus lagi. Kuasam kau" Zharif memeluk tubuh. Sempat lagi dia menendang kaki ku. Adehh sakit la gilaa.

"Aduh! Hahah kau la. Ingat kan kau nak goda aku tengah-tengah hutan ni hahaha" kataku sambil menggosok-gosok bahagian lutut ku yang ditendang itu. Sakit weyh! Ingat biasa-biasa jha ka tendangan dia tu. Boleh buat masuk gol satu kau tau dak?!

"Ish! Tak ada makna! Dah la jom" Zharif memulakan langkah.

"Huishh! Kau! Nak jom pi mana? Kau jangan buat hal Zhar. Aku jerit kang! "

Dengan sepantas kilatnya kepala ku diketuk dengan batang penyapu. Weyh! Datang mana penyapu tu?! Tadi tak ada pon?! Sabotaj aku ke camna?!

"Aadoii"

"Padan muka kau! Otak kuning! Tak ada makna nya aku nak buat apa-apa kat kau! Tak hingin aku!! Nafsu Ku dekat perempuan je keyh?! " mata hazel nya itu sudah membulat besar memandang aku tajam. Wuish takot doh.

"Hahaha gurau je Abang Zhar oii hahhaha" pujuk ku sambil memegang bahu Zharif.

"Ish! Jangan pegang aku! "

"Hahaha alooo merajuk ke? "

"Dah la jom! "













Dia Ninjaku Where stories live. Discover now