bab 20

1K 53 0
                                    

Harini ialah hari kedua kem ini dilaksanakan. Pagi ini kami dikehendaki untuk berkumpul. Katanya ada aktiviti yang perlu dijalankan. Jadi aku pepagi buta sudah buka mata serta mandi pukul 4:30 pagi ni. Kang bila mandi lambat, jamban tak cukup pula. Tak pasal pagi-pagi dah kena denda.

Walaupun suasana masih sunyi sepi namun aku masih teruskan juga. Ayat kursi ku baca lalu aku masuk ke dalam tandas tersebut. Suasana suram. Seram.

Selepas usai aku mandi. Aku segera keluar dari bilik air dan menuju ke arah singki. Tuala ku sangkutkan di atas bahu. Aku mencuci muka dan membilas kembali sabun-sabun yang ada di muka ini.

"Bahhhhh! " terhinjut bahu ku dibuatnya.sudah la aku sedang membasuh muka.Aku menyapu sisa air yang ada di mukaku. Lalu laju anak mata ku menikam susuk tubuh yang sakan menggelakkan aku.

"Ya allah! Syaza!! " naik pitam aku dengan budak ni . Naseb aku takde sakit jantung. Peha nya ku libas dengan tuala. Geram pula aku dengan budak nih. Dah la tengah-tengah malam ni. Erk?! Malam ke adehh

"Hahaha kau patut tengok muka kau cuak tadi hahaha buruk siut hahaha" jelas Syaza sambil terbongkok-bongkok ketawa menggelakkan aku. Perut nyaa dipegang sambil ketawa.

"Kau buat apa pepagi dekat sini?! " adoi apakah ngek sangat soalan. Confirm la dia nak mandi. Takkan nak usya aku mandi pula. Tapi nak buat camna dah soalan tu je yang keluar dari mulut aku ni. Cover malu punya pasal.

"Hahahaa tadi aku terbangun kejap, aki perasan kau bangun so aku pun ikut kau" jelas Syaza sambil membuka pilip air nak basuh muka latu.

"Asal kau tak tegur aku gila?! Kau tau tak seram masuk sini sorang-sorang " bertuah punya budak. Boleh je di follow je aku. Bukan reti nak tegur.

"Aku mamai la"

"Ceh"

"Eh kau nak pergi mana? " segera tangan ku ditarik oleh Syaza. Ha! Takut latu.

"Aku nak masuk bilik la"

"Eh! Tunggu la"

______________________

Group kami ditugaskan memasak nasi goreng kampung. Jadi semua ahli group berkumpul untuk mem'bincang'kan. Cehh! Masak je la. Nak bincang apa lagi? Ke tak reti masak?

"Weyh guys, acenna ni? Susah bhaii" kata seorang salah satu dari group aku. Dia menghulurkan tugasan itu.

"Aduh! Kenapa mesti kita je yang susah-susah !?" kata sorang lagi sambil menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Adoi, makin kusut aku tengok kau.

"Haha guys, maaf tanya. Korang tak reti masak ke? " mata aku memandang setiap seorang. Berharap ada yang pernah 'masuk dapur'. Tapi hampeh. You know what? Semua menggeleng kan kepala. Adehhh susah betul la anak dara yang tak 'masuk dapur' ni. Kan susah nak buat kerja.

"Seriusly guys? You all tak pandai masak? " semua mengangguk. Aku menggaru kepala. Adehh, macam mana nak buat ni?

"Sya, kau pandai ke? " tanya seorang lagi.

"Aku tak adalah teror sangat masak ni. Masak makanan biasa-biasa boleh la" kata ku menunduk.

"Nasi goreng pandai?" aku menggangguk. Sambil tersenyum.

"Laa asal tak gitau awal-awal " Syaza menepuk dahi setelah lama berdiam diri.

"Hehehe"

______________________

"Good job guys! " kata ku sambil menunjukkan thumbs up. Senyuman manis ku hadiah kan. Disambut dengan sorakan.

"Alah, tanpa ko mesti kitorang tak boleh buat" kata seorang lagi sebahagian dari group aku. Nama? Entah? Tak ingat ramai sangat. Tak sempat nak hafal. Hehe

"Haha, mana ada. Aku just tolong sikit-sikit je" aku tersenyum senget. Mereka ku pandang. Semua mengukirkan senyuman cukup manis. Aku bersyukur sangat mereka dapat terima aku dengan baik.

"Haa jom la kita siap-siap, kejap lagi waktu makan" ajak Syaza. Amboi kau.. Waktu makan je cepat. Kaki makan betul kau ni. Naseb badan kecik je. Kengkadang aku jeles juga. Makan banyak tapi tak besar-besar. Aku ni baru niat nak makan dah naik berat badan aku. Adehh dugaan.

Dan kami pun sama-sama menuju ke bilik dorm yang disediakan. Untuk maklumat semua. Makan tengah hari kami, kami sendiri yang uruskan. Masak sendiri. Aku okay je. Cuma tula. Diorang ni tak pernah masuk dapur. Susah gila nak handle.

"Sya, kau dah siap ke? " tanya Syaza kepadaku. Mesti pelikkan kenapa Syaza je yang selalu ada dengan aku? Anis ,Zatty, Zaris kumpulan lain. Kami ditugaskan duduk di kumpulan sendiri. Kalau ada time je baru kitorang boleh lepak sama.

"Dah, kau cepat sikit. Dah lambat ni. Kang tak pasal-pasal kena marah" ujar ku sambil menilik jam.

"Ala jap la. Aku tak buat rambut lagi" wait? Rambut? Ko ingat ni club malam??

"Ha? Apa-apa je la"

'Knock! Knock'

" siapa tu Sya? " tanya seorang yang berada satu bilik dengan aku. roomate la ni. Jap, asal tanya aku? Ouh lupa, aku ada depan pintu. Adehh

"Entah la"

"Kau pergi tengok" dan aku menggagguk lantas pintu bilik dibuka. Alangkah terkejutnya aku bila Mamat ni ada depan pintu. Siap tersenyum lagi. Kau dah kenapa? Gila?

"Ka-kau buat apa dekat sini? Ni bilik perempuan la" kata ku gagap. Aku hanya tenung bawah. Tak berani nak pandang wajah gatal Isyraf tu. Mana tak nya dia boleh tenung aku macam tu je. Gila ke?

"Skodeng" what?!! Gila ke dia ni?! Mata ku terbulat besar.

"Hahahahaa"

"Serius la Raf, tak lawak" marah aku. Mata ku tajam melihatnya. Geram pula aku dengan Mamat sorang ni. Rasa nak sepak-sepak je bagi jadi lemas. Biar mati terus. Astagfirullah apa kau ni Sya. Sabar-sabar.

"Hahaha, aku datang nak panggil korang la" ujar nya selepas reda dari ketawanya. Namun masih ada sisa nya. Aku menjeling. Aku memandang di dalam bilik ku. Kelihatan semua masih belum bersiap lagi. Adehh pompuan memang lama ey? Nak bersiap? Eh!? Apa aku cakap ni. Kau pun perempuan.

"Ouh, jap. Diorang tak siap lagi" kata ku sambil membelek phone ku. Tau, tau je notification nak masuk.

"Siapa tu? "

"Kawan"

"Laki perempuan?"

"Perempuan. Eh? Yang kau ni asal tanya banyak ni? Pergi la sana. Ni bilik perempuan la. Tak malu ke? " naik rimas aku dengan budak ni. Kisah apa kalau laki pun chat aku? Kenapa? Jeles? Erk?

"Huh! Tak ada la. Saja tanya. Ha nanti jangan lambat pula" belakang tengkuk nya di gosok. Kemudian dia berlalu dari situ sambil tangan di bawa masuk poket. Jalan terhuyung hayang. Macam tu pun ramai lagi orang nak? Buta ke apa?

Aku hanya melihat gelagatnya sahaja. Apahal la Mamat ni sorang.

______________________

Jam sudah menunjukkan pukul 12:45 . Alamak! Pasanggg lambat confirm Mamat tu membebel punya dekat aku. Matilanakkk.

"Weyh korang! Cepat sikit! Kita dah lambat 10 minit korang tau dak!? " terpekik - pekik aku. Apalah diorang nih bersiap lambat sangat. Naseb aku la dapat group lambat bersiap. Sabor je la.

Setelah semua sampai di dewan makan. Aku tertunduk-tunduk tanak bagi Isyraf nampak aku. Aduhh, takut weyh! Dia tu dah la tegas macam singa! Seram kau tau?!

"HASYA ZULAIKHA"




Dia Ninjaku Where stories live. Discover now