bab 44

671 38 9
                                    

"Hasya?!" Mata bertentang mata. Walaupun bertutup litup sebegitu namun warna mata gadis yang bernama Hasya Zulaikha ini benar-benar dapat di kenali.

Hasya terkaku. Mungkin terkejut. Tapi kenapa wajah nya seperti ada emosi yang terganggu?

Sementara aku dan Hasya dalam keaadaan yang agak tegang...

"Bro, member kau ke" kedengaran suara Dato Zyad menjengah kesepian.

"Entah, aku tak kenal pon" jawab Daniel selamba. Amboi aih, sampai tak mengaku member kau ya. Tunggu kau aku mengadu dekat mummy.

Dato Zyad mengangguk selamba sambil berpeluk bahu bersama Daniel.

"Yang si gadis tu adik kau ke" Daniel memuncung mulut ke arah Hasya. Dato Zyad menggeleng.

Aku hanya pandang dari tepi je. Ada juga rasa nak sepak sepak dua ekor ni.

" bukan, tu maid aku" membutang mata Hasya mendengar abang nya sendiri menggelarkan nya maid. Satu jelingan di berikan kepada Dato Zyad.

" singa mengamuk la bro" kata Dato Zyad sambil membuat riaksi ketakutan kepada adik nya. Annoying gila.

Daniel menyambut dengan tawa. Kemudian dia berpeluk tubuh kembali. Kak Sophie hanya menggeleng kan kepala. Entah apa-apa la adik sepupunya dengan mamat entah dari mana ni.

"Kau buat apa kat sini?" Tanya Hasya memulakan perbualan.

" tu " aku menjuihkan mulut ku ke arah Kak Sophie. Hasya mengangguk tanda faham.

"Kau?" Tanya aku kembali.

"Aku baru balik dari Australia . Ada hal sikit dekat sini" balas Hasya selamba sambil menundukkan wajah nya ke lantai. Entah apa yang menarik sangat dekat lantai tu. Sampai muka aku yang hensem ni pon tak nak pandang.

"Ouh, aku tak tanya pon" automatik mata Hasya tajam menikam ke arah ku. Marah la tuw.. sorry la Sya.. aku rindu pandangan berapi kau tu. Hahah.

" tak sangka kau dah nyanyok. Dah tua rupanya. Dah elok panggil atuk dah ni" panjang lebar Hasya membalas dengan petah nya.

"Aku tak kisah kalau kau nak panggil atuk asalkan..." aku tersenyum senget.

"Asalkan apa" mata Hasya seperti menyampaikan ' kau kenapa bahalul' haa lebih kurang macam tu la.

"Asalkan kau jadi nenek nya. Wow mesti sweet kan cucu-cucu kita panggil atukk.. nenekk " selamba aku membalas. Aku tersenyum apabila wajah nya berona merah. Hasya tertunduk malu. Aku tersenyum kemenangan.

"Tak-tak ada mak-makna nya" Hasya memandang ke arah lain. Mata nya mencari tempat yang boleh hilang kan nervous nya kalini. Aku tersenyum melihat kegelabahan Hasya di hadapan ku. Comel. Menawan.

"Ehem" tiba-tiba Dato Zyad muncul di antara kami. Sambil meletakkan tangan di dalam poket seluar. Dia memandang Hasya kemudian pandangan nya beralih ke arah ku. Berpeluh aku di buatnya.

"So ini lah bakal adik ipar abang " Dato Zyad pandang aku atas bawah. Erk jangan salah faham dia just tilik aku jha. Jangan nak otak warna sangat oke.

"Err apa khabar Dato? Dato sihat?" itu sahaja yang terlintas dalam benak fikiran. Jangan tanya kenapa aku tanya macam tu. Getaq woihh! Hangpa tak duk dalam situasi aku mana hangpa nak tau!

"Apa abang mengarut ni?" Wajah Hasya bertukar merah. Malu. Malu sangat sekarang ni.

"Isyraf , ikut aku jap" ajak Dato Zyad. Aku pandang kaku. Haaa mampus nak menjawab apa. Tu la gatal sangat nak kacau anak dara orang . Kan dah kena dekat batang hidung sendiri. Aku mengangguk.

_______________________

Erk?! Dah kenapa abang Zyad nak jumpa Isyraf pula?jangan dia buat benda tak masuk akal sudah.

"Abang ,abang nak pergi mana?" Tanya aku. Risau pula, kalau abang Zyad pergi aku nak balik dengan siapa?

"Abang ada hal jap. Hasya.. Hasya balik dengan Kak Sophie keyh?" Pinta abang Zyad sambil membelai kepala yang ditutupi tudung ku. Aku mengangguk.

"Sophie, nanti Isyraf akan balik dengan aku. Hasya ni kau bawa la dia kemana dulu. Nanti aku hantar Isyraf, aku ambil dia sekali" pesan abang kepada Kak Sophie. Kak Sophie Hanya mengangguk.

Abang menuju ke arah Daniel pula. Haih dah macam diri tu nak mati pula. Aku menjuling mata di atas.

"Jaga maid aku ni elok-elok. Kalau jadi apa-apa kat dia kesian aku tak ada siapa nak tolong kemas rumah aku" pesanan Abang Zyad di balas dengan tawa. Kuanghajo punya abang. Maid kot?!

Aku menjeling abang Zyad tak puas hati. Abang Zyad menggelakkan aku. Isyraf? Sudah lama pergi. Katanya mahu ke tandas sebelum di temu ramah oleh abang nanti. Haih moga-moga abang tak buli la si Isyraf tu nanti.

__________________________

Pandangan ku, ku lemparkan keluar tingkap kereta. Kereta Audi r8 itu meluncur di atas jalan raya.

"Kak Sophie kita nak kemana ni?" Tanya aku ingin tahu . Kak Sophie diam sambil tersenyum.

"Kau tengok la nanti" balas Daniel. Ish sebok je. Orang tanya Kak Sophie bukan dia. Aku duduk diam sambil membelek Iphone ku. Ingin tahu juga keadaan di Australia bagaimana.

Kereta Audi r8 milik Daniel tiba di perkarangan rumah. Rumah yang amat di kenali. Rumah Isyraf.

"Jom Sya, akak bawa Sya jumpa mama" ajak Kak Sophie selepas kereta itu selamat di parking.

"Assalammualakum" button loceng ditekan agar pintu itu dapat dibuka.

"Waalaikumsalam.."










Dia Ninjaku Where stories live. Discover now