Daun pintu ditatap. Sampai bila ninja ni nak tutup pintu. Alaa sorry laa.
"Sayang, buka la pintu. First night sayang dah biar suami awak ni tidur luar. Tak baik tau" dah macam-macam cara aku pujuk rayu si Hasya ni, tapi tak berkesan juga. Penat aku ketuk pintu tu banyak kali tapi langsung tiada tanda pintu ini akan terbuka memberikan aku jalan untuk masuk ke dalam.
"Tidur luar tu! Siapa suruh menggatal! " wuish, garang benor isteri aku ni. Dato Zyn ni ada bela harimau ke?
"Sayang, abang minta maaf. Abang janji abang tak gatal dah. Sayang la buat abang gatal" ucap ku dalam nada yang pujuk rayu. Apa aku tak cukup lembut ke lagi? Penat la camni. Baru kahwin dah kena halau tidur luar. Apa la naseb aku ni.
"TAK DENGAR KE AKU CAKAP TIDUR LUAR! SO TIDUR LUAR JE LA! " amboih, ini bukan boleh buat main ni. Harimau betul-betul mengamuk la. Haih, nampaknya tidur luar la aku hari ni.
Lantas kaki ku melangkah ke lift ingin menuju ke ruang tamu. Sofa, itu lah tempat tidur aku malam ni.
Aku segera menuju ke arah sofa, melabuhkan punggung kemudian aku mengambil Iphone ku di dalam pocket.
Nampak nya main pubg la kita malam ni. Dah isteri tak nak layan kita.
_______________________
Daun pintu dipandang lama. Aik? Hilang dah? Erm nak buka ke tak?
Lantas kaki melangkah di hadapan pintu. Daun pintu di buka. Kosong. Tiada orang. Erm mana pergi mamat ni?
"Ah lantak lah. Siapa suruh cari pasal" pantas pintu aku segera katup kembali. Berpaling ingin melangkah ke arah katil. Namun kaki ku berhenti melangkah. Otak ku ligat berfikir.
"Berdosa ke aku buat macam ni eh? Dia tidur mana malam ni?" pantas kepala ku digeleng laju.
"Erm pandai-pandai la dia masuk bilik" segera kaki ku melangkah ke atas katil. Pintu bilik tak dikunci. Sengaja supaya Isyraf boleh masuk kalau dia rasa nak masuk la. Lantas tubuh ku dibaringkan. Penat, sungguh penat.
Cincin ditangan dipandang.
"Kau dah jadi bini orang dah Sya" senyuman terukir di bibir. Pantas mata dilelap kan.
______________________
Screen Iphone ku ligat memaparkan seorang yang sedang berperang. Apa lagi kan mestila pubg. Mata ku ralik memerhati dan bermain game pubg itu.
"Aish! Terlepas! " geram rasanya sasaran tembakan tidak mengena.
"Zar! Cover aku Zar! " aku memberi arahan kepada Zharif. Kami satu team pubg tu yang bercover-cover ni.
Sedang leka aku dengan game pubg. Tiba-tiba satu bayang-bayang kelihatan.
Erk ada hantu ke malam-malam ni?
Mata ku menghadap ke atas. Gues what.."Kau tak tidur lagi ke?" mata berpisat-pisat. Baru bangkit tidur agaknya mamat ni. Aku ingatkan hantu apa la mahu join aku main game tadi.
"Belum" sepatah sahaja jawapan yang aku berikan.
"Asal kau tak tidur lagi. Adik aku mana? " berkerut-kerut kening Dato Zyad dibuatnya. Ops bukan Dato but Abang Zyad.
"Ada dekat atas" mata ku masih lagi focus akan objek di tangan.
"Asal kau tak tidur dengan dia sekali? Bukan ni first night korang ke? " abang Zyad melabuhkan punggung di sebelah ku. Sempat di menjenguk screen Iphone ku yang bercahaya memenuhi segenap ruang di ruang tamu yang gelap gelita ini.
"Yeay! Chicken dinner! " melompat keriangan aku. Abang Zyad terkejut kemudian dia menyapu dada nya. Segera kepalanya di geleng. Tak percaya mungkin mempunyai adik ipar seperti aku ini, Hahaha.
"Hasya halau Raf" berkerut kening Abang Zyad buat nya aku. Aku sedikit tercuit hati. Kemudian melepaskan tawa. Lantas coffee dah hadapan aku hirup.
"Kau buat apa sampai dia halau kau? " Abang Zyad memandang ku hairan. Aku hanya tersenyum.
"Ala bang, biasa la lelaki " dengan segera di sambut tawa. Kami berdua bergabung tawa. Haa runtuh rumah kejap lagi.
"Haih la, Hasya tu dah lama tak dekat dengan sebarang lelaki, sebab tu la dia marah sangat dekat kau. Hahaha" 'dah lama'? W-what?
"Apa maksud abang 'dah lama?' " entah kenapa aku hairan dengan perkataan itu. Apa yang dimaksudkan abang Zyad?
"La, Sya tak gitau kau ke? Erm tak apa la lama-lama nanti kau tau la" coffee di hirup ke mulut. Entah bila Abang Zyad ni sempat membancuh.
"Tau apa bang? " berkerut-kerut aku dibuanya. Tahu apa? Apa yang aku tak tahu?
Pertanyaan ku di sambut dengan sedikit tawa. Senyuman di bibir Abang Zyad terukir. Lantas cawan berisikan Coffee tadi di capai dan digengam erat. Tubuh nya kini berdiri. Agak tinggi mamat ni.
Entah kenapa kaki ku turut berdiri. Apa kau ingat drama tv 3?
"Setiap orang ada kisah tersendiri" senyuman diberikan kepada ku. Tangan nya lantas menepuk-nepuk bahuku.
Aku tertanya-tanya. Kisah apa? Kisah apa disebalik gadis berniqab itu?
Sebaik melihat wajah ku yang agak hodoh berkerut meminta jawapan, segera tawa halus di hadiahkan.
"Nanti kau tau sendiri" kemudian di berpaling menuju ke lift rumah besar ini.
"Eh, kau nak tumpang tidur bilik aku tak" abang Zyad berpaling memandang ke arah ku.
"Tak apa la,Raf tidur sini je" senyuman ku hadiahkan.
"Betul ni? "Aku membalas dengan anggukan.
"Okay lah, aku masuk bilik dulu. Apa-apa roger" pantas tubuh itu lesap di dalam perut lift. Aku melepaskan keluhan.
Kisah? Kisah apa yang aku tak tahu? Siapa Hasya Zulaikha binti Dato Zyn sebenarnya?
Soalan itu bermain difikiranku sehingga membuatkan aku terlena di buai mimpi.
YOU ARE READING
Dia Ninjaku
PertualanganHeadboy poyo ?? Niqabis?? bersatu??? wow Hasya Zulaikha salah satunya gadis yang berniqab di Sekolah Menengah Kebangsaan Jousand Center atau lebih dikenali sebagai SMKJC .Lemah lembut dan budi pekertinya membuatkan dia dihormati ramai. "Eh...