part 13

1.1K 69 1
                                    

Hati mula panas. Air yang di teguknya tidak mencukupi.Tali leher di longgarkan. Tangan menyeluk poket. Diri di sandarkan ke diding mengiring.

Arghhhhhhhh.

"Kau kenapa? " seorang gadis yang berdiri di hadapan aku menyentakkan aku.

Aku terkejut bila gadis itu benar-benar aku kenali. Ya! Hasya.

Aku menggelengkan kepala tanda respon  yang di beri.

Hasya menjenguk wajahku yang menunduk ke lantai. Gila! Tak akan nak pandang dia pula malu kot! 

"Serius? "

"Hmm"

"Wanna share something to me? " Dia memeluk tubuh.

"Nope"

Hasya melepaskan keluhan. Rasanya sudah muak dengan perangai aku kot. Tu la jual mahal sangat!

Hasya meleraikan pelukan dirinya lalu berlalu pergi.

'Cis! ' aku menumbuk dinding

"Udah-udah lah, mengharap harapan yang tinggi" Zharif menyapa dari belakang.

Aku menjeling sekilas ingat nya dah diam lepas makan penampar aku tadi.

"Eh, dia jeling-jeling kita pula" tangannya masih lagi mengusap pipinya. Hah! Sakit lah tu padan muka.

"Pi sana lah" halau ku lembut.

"Bro, sorry lah bro"

"Hmm"

"Kau marah aku lagi tak? "

Kau tanya aku? Naseb kau kawan aku Zar kalau tak dah lama terpelanting kena tendang dengan aku.

Aku memandang sekilas. Aku menepuk bahunya.

"Kau tak perlu minta maaf" kemudian aku berlalu pergi.

Zharif mengejarku dari belakang. Laungan nama ku dihiraukan arghhh malas nak hambek tau!

______________

"Isyraf, tolong jaga kelas Kelas 4 Railor. Saya perlu ke mesyuarat sekarang" arah Pengetua kepada ku. Ye la selain menjadi seorang pengetua Encik Haraz juga jadi guru ganti. Lelaki yang berumur 20 an itu masih muda untuk menggalas tanggung jawab sebagai pengetua.

"Baik lah, pengetua" aku mengangguk

"Ha! Lagi satu, tolong maklumkan kepada semua pengawas yang hari ni kita ada perjumpaan" katanya sebelum pergi.

Aku menganggukkan kepala dan tersenyum manis.

"Asal bro? " Datang lagi.

Aku memalaing ke arah Zharif. Aku menghulurkan botol air di bahagian dadanya kemudian berlalu dari situ.

Zharif sudah terpinga-pinga. Dia menggaru kepala nya yang tidak gatal. Di angkat botol air itu lalu di tenung nya. Kemudian memandang ke arah ku kembali.

"Abang Zharif!" wawa telah mengganggunya.

Belum sempat dia hendak melarikan diri, tangan nya sudah di paut oleh gadis berumur 15 tahun itu. Habis la kau Zar..

"Apa ni kau! " Zharif seakan memarahi gadis yang tidak matang itu. Tangannya menolak tubuh gadis yang semakin rapat dengannya itu.

"Sampai hati! " matanya mula berair.

"Eh, eh. Jangan lah nangis" waduh waduh cepat sangat berlembut hati dia ni.

"Hehe, tahu pun Sayang" gedik!

"Siapa sayang kau? " Zharif menafikan tapi memang betul pun. Eiii dasar budak tak sedar diri!

"Abang lah"

"Abang? Zar mana? Kau campak mana? Longkang? Tak pun loji? " semakin menyampah dia dengan wawa yang gedik terlebih tu.

"Saja wa, buang Zar tu. Tak romantik" dia mencebik kini dilepaskan pelukan. Dia berpeluk tubuh.

Zharif memandang atas bawah. Erk! Jangan pikir bukan-bukan dia pandang tak puas hati.

'Hai.. Budak nasib kau budak kalau tak sudah lama aku lempang kau gedik nak mampus!'

"Eh! Abang malu la wa. Jangan lah tengok macam tu" dia menyelak tepi rambutnya.

"Kepala kau! Dah aku dah lewat! " di tunjai kepala gadis itu kemudian blah dari tempat itu.

Aku yang memerhatikan dirinya dari jauh lalu segera menepuk bahu sahabat ku itu.

"Sabar lah Zar"

___________________

Zharif menghempas beg sekolah yang ada. Sedang aku menikmati air kosong yang ada. Manakala Faiz yang dalam kekeliruan.

Faiz membuat isyarat mata 'asal tu'

Aku memandang sekilas ke arah Zharif yang seakan mengamuk. Apa lah yang perempuan tu buat. Kemudian aku menjongketkan bahu.

"Kau kenapa? " Faiz memulakan bicara.

Zharif memandang sekilas kemudian melonggarkan tali leher nya dan mencampakkan Iphone 6 gold di atas kati.

Segera Faiz mencapai.

Twitter

My lovely hubby peluk i lah

#abangzarsayang
#sayangabangketat-ketat.

Aku sudah tidak tahan lagi. Apa lagi gelak lah.

"Haha.. Serius.. La.. Doh" masih lagi dengan sisa tawa.

"Sej.. Jak bila.. K.. Kau cp dengan di.. Dia" Faiz memegang perutnya. La dohaii..

"Kepala paip kau! Bila masa aku cp dengan dia" suara tegang Zharif kedengaran.

"Kau buka komen"

Faiz menurut

Comment

Mr. C @syakiera : omg! Abang Zar! So sawett

NANA @rien_08 : abang Zar pengawas tu ke huuuuu wow

EL. CO @Syazdaniel : huhu tak sangka pula abang Zar cp dengan wawa
 
          Reply
         
          WifemrZ@Syazwa.by :hehe tak akan abang El tak tau. Wa dah lama cp dgn dia 😍. Hehe

Comment terakhir tu membuatkan kami berdua tergelak kuat.

"Haha block dia je lah" Faiz menepuk bahagian belakang Zharif.

Zharif mencebik bibir geram dengan rakan-rakan nya itu.

Dia Ninjaku Where stories live. Discover now