Bab 2

341 13 4
                                    

     Jam loceng yang sudah tersedia di dalam telefonnya berdering dengan kuat sekali pada pukul 5:45 pagi.Tangan bergerak menekan butang merah untuk mematikan jam tersebut,Aisya bangun daripada katilnya sebelum meregangkan otot-otot badannya. "New day,"gadis itu mencapai tuala mandinya yang disangkut pada ampaian kecil.Langkah kaki diatur untuk memasuki tandas bagi membersihkan diri.

Di dalam masa yang sama Arief baru sahaja selesai mengemas biliknya setelah siap membersihkan diri.Lelaki itu menarik kerusi di meja belajar untuk duduk seketika.Mata tepat memandang sepucuk surat yang ditindih dengan sepaket Choki Choki di atas meja belajarnya.

"My next mission is begin."telefon jenama Samsung miliknya dihidupkan selajur aplikasi What's app dicari dan dibuka.Satu kenalan yang masih tidak disimpan ke dalam kad memorinya ditekan,terus terpapar perbualan antara mereka.

Imbas kembali...

Usai solat Isyak dia terus menghumbankan tubuhnya ke atas katil.Malam itu Aris tidur bersama ibu bapanya jadi mudahlah untuk dia membuat panggilan.Jam dinding baru menunjukkan pukul 9:50 malam namun matanya sudah mula kuyup.

"Tak boleh baringlah kalau macam ni,"Arief bangun daripada katil sebelum melangkah ke beranda biliknya untuk menghirup udara segar.

'Apalah nasib badan asyik jadi orang tengah,'keluhan dilepaskan seketika sambil tangan menggosok tengkuk yang terasa lenguh.Esok mereka akan bertolak ke kem dengan menaiki bas tetapi dia masih belum mengemaskan beg serta pakaiannya.

Arief masuk semula ke dalam biliknya,pintu gelangsar beranda ditutup dan dikunci kemudian langsir ditarik bagi menutupi keseluruhan pintu gelangsar.Lelaki itu perlahan-lahan mendekati almari bajunya sebelum tangannya membuka pintu almari yang diperbuat daripada kayu.Beberapa helai t-shirt lengan pendek serta beberapa pasang seluar dan tiga hoodie dikeluarkan.

Beg pakaian yang terletak elok di sisi almari turut ditarik,kesemuanya diletakkan ke atas katil untuk dilipat selajur disimpan.Senarai barang keperluan yang disimpan di dalam laci dicapai dan disemak untuk seketika.

"Baju t-shirt,ada.Seluar,cukup.Hoodie,complete.Yang lain-lain pun check.Tinggal satu je lagi..."matanya memandang tepat ke arah meja belajar yang menempatkan seutas gelang tangan serta sepucuk surat bersama Choki Choki.

Ya,kedua-duanya adalah daripada pemberian orang yang berbeza kepada Aisya.Itulah tugasan terakhirnya sebelum bertolak untuk ke kem pada esok hari. "Baik aku bagi esok saja.Kak Aisy tu macamlah nak bagi aku masuk bilik dia time-time ni."dia mengeluh sendiri setelah menuturkan kata-kata tersebut.

'Lipat baju-baju ni lagi bagus.'dia kemudian berpaling semula ke arah longokan bajunya yang perlu dibawa ke kem.

Satu persatu baju dan seluar dilipat sebelum disusun dengan kemas ke dalam beg pakaian.Tanpa sedar jarum jam sudah menginjak ke angka sebelas,Arief berlalu ke bilik air untuk mengambil syampu rambut dan sabun badan yang masih belum dibuka plastiknya.Barang-barang tersebut dimasukkan ke dalam beg plastik kedap udara dan disimpan bersama-sama pakaiannya.

Dia pantas mencapai telefon dan sehelai kertas pemberian Amir tadi dari atas rak buku.Fokus sahaja lelaki itu menyalin nombor telefon tersebut untuk dimasukkan ke dalam memori telefonnya.

Butang hijau ditekan setelah nombor siap ditaip.Kedengaran deringan untuk seketika sebelum muncul satu suara. "Arief...So how are you?"lelaki yang bercakap di hujung talian itu bertanyakan khabarnya.

"Well,I'm fine."dia sekadar menjawab tanpa rasa ragu.

Kedengaran gelak tawa di dalam talian namun itu langsung tidak menarik perhatiannya. "Dah bagi?"satu lagi soalan diajukan buatnya. "No."sepatah Arief menjawab dan kali ini tidak kedengaran sebarang suara.

My Hated Abang Faci [COMPLETED]Where stories live. Discover now