Bab 21

90 3 0
                                    

Telefon yang diletakkan di atas katil dicapai sebelum diperiksa untuk kesekian kalinya.Dicampak kembali telefon tersebut ke atas katilnya selajur dia turut berbaring.Bunyi ketukan di pintu mula mengganggunya.Aisya bangkit dan menghampiri pintu biliknya,tombol dipusing sebelum pintu dibuka lambat-lambat.Wajah Aris tersembul dengan senyuman yang menunjukkan perasaan gembira adiknya itu.

"Ibu kata '5 minit lagi akak tak siap,ibu akan suruh Abang Arief dukung akak bawa turun bawah'.Jadi sila bersiap,"pesannya sambil menundukkan badan 90 darjah dengan sebelah tangan memegang dada.

Aisya terus menutup pintu biliknya dan beralih semula ke katil yang empuk. "Ok Aisy.This is your last before back to U.Kalau kau tak pergi nanti Arief naik atas pula.Dia tu tak padan dengan budak tak dapat diploma."kutuk Aisya di akhir bicaranya.

Gadis tersebut bangun sebelum mengambil baju yang sudah tersedia di pintu almarinya sejak semalam.Usai memakai blaus yang dibelikan Arief berserta kain hitam terus sahaja dia bergerak menghampiri meja solek.Rambut disikat rapi sebelum diikat sanggul.Anak tudung berwarna hitam dipakai untuk menutup rambutnya.Tudung bawal yang dipakai melengkapkan lagi penampilannya.

Pintu bilik tiba-tiba dibuka dari luar,tersembul wajah Arief yang kemas dengan baju kurta berwarna biru tua dan seluar jeans hitam. "Wow! Inilah sebabnya ramai orang kat universiti tu asyik tanya pasal kau dekat aku."katanya dalam menyelitkan sesuatu makna.

Aisya berpaling memandang si adik yang tenang duduk di meja belajarnya. "Aku dah kata jangan layan dia orang.Kalau dia orang nak tanya pasal aku lebih baik terus jumpa ayah,biar menggigil kaki tu."tergelak kecil Arief mendengar balasan kata kakaknya itu.

"So...for today you're being someone specialwith this new image.Malam ni Aisya Madihah Binti Ariffudin ialah puteri bidadari tercantik bagi keluarga Ariffudin.Mesti lepas ni berduyun-duyun lelaki datang meminang."puji Arief dengan ikhlas walaupun kedengaran seperti menyindir.

Pantas sahaja Aisya membaling botol losyennya tepat mengena kepala Arief yang tidak terperasankan botol tersebut.Mengaduh kesakitan Arief di situ sambil tangan memegang kepala.

"Sakitlah bijak! Aduh...Dahlah! Aku nak turun,merajuk dengan kau."terus sahaja dia bangun selajur menghampiri pintu bilik sebelum keluar tanpa menutup pintu tersebut.

'Mengada betullah dia ni.Fikir kalau dia merajuk aku nak pujuk.'monolog Aisya ketika memakai kanta sentuh pada matanya.Dirinya yang sudah siap berpakaian kemas dan cantik diperhatikan melalui pantulan imej pada cermin.Setelah berpuas hati barulah dia keluar dari bilik dan turun ke tingkat bawah untuk mendapatkan yang lain.

~~~

Dia yang baru sampai terus bersalaman dengan Tuan Ariffudin serta dua orang anak lelakinya yang berada berhampiran.Kaki melangkah ke arah meja bufet.Baru dia ingin mengambil pinggan untuk makan,seseorang telah melaung kuat memanggilnya dari jauh.Diletakkan smula pinggan tersebut bersama keluhan berat,pantas dia menghampiri wanita pertengahan umur itu dengan senyuman lebar yang bertujuan untuk menjaga hatinya.

" Baru sampai?"tanya Puan Ana sambil memegang bahunya.

"Barulah juga."balasnya lembut.Puan Ana kelihatan sedang mencari seseorang yang berada di dalam rumah namun dia sendiri tidak begitu pasti siapakah orangnya yang dicari wanita tersebut.

Seorang gadis yang baru keluar dari rumah berhadapan tempat mereka berdiri menarik perhatian juga hatinya.Gadis tersebut sungguh anggun dengan blaus berwarna hijau cair tanpa sebarang manik atau labuci yang menyemakkan pandangan mata pada bahagian pinggang serta pergelangan tangan.Tudung berwarna hijau tua yang dipadankan menantikkan lagi diri gadis tersebut yang sudah sedia dengan kejelitaan semula jadinya.

My Hated Abang Faci [COMPLETED]Where stories live. Discover now