Bab 45

84 6 0
                                    

     Selepas mengambil Faris di Stesen Bas Larkin, Aisya terus memandu keretanya menuju ke kilang bateri yang terletak tidak jauh daripada Capital City. "Faris, Arif bagitahu aku yang gambar Syaqirah selepas pembedahan dah dipalsukan. Kau tahu pasal benda ni?" bicara Aisya ketika mereka melewati beberapa kawasan yang menuju ke kilang bateri.

Ternyata riak wajah Faris sudah boleh memberikan jawapan. "Kenapa budak tu tak bagitahu aku?" Aisya angkat bahu sebagai tanda tidak tahu.

'Macam mana nak bagitahu kalau kau orang pun tak sebulu sejak awal?'senyum senget diukir Aisya apabila teringatkan semula peristiwa pertemuan Arif Arsyad dan Faris yang masing-masing memberi reaksi sama iaitu menyampah.

Dia kembali fokus pada pemanduan, kereta diletakkan di luar kawasan kilang bateri yang berpagar. Dulu kilang tersebut merupakan kilang bateri sebelum bertukar kepada sebuah kedai makan dan akhirnya ditinggalkan menjadi bangunan terbiar.

Aisya keluar daripada kereta diikuti Faris, setelah memastikan kenderaan tersebut dikunci dia terus melangkah melepasi pagar utama yang tidak berkunci. Faris mengerling jam di tangan kanan, '7:59 malam.'katanya di dalam hati sebelum kembali memandang ke hadapan.

Telefon Aisya tiba-tiba berdering dan terus menarik perhatian Faris untuk menghampiri. "Oyasuminasai Aisya-Chan... Doozo yoroshiku, anata-wa? (Selamat malam Aisya...Gembira bertemu awak, awak pula?)" suara seorang lelaki iaitu Pi yang berbicara di dalam Bahasa Jepun kedengaran agak sinis di cuping telinga Aisya. Memang setiap kali lelaki tersebut menelefonnya akan dirasakan aura sinis

"Oyasuminasai. Soo-wa omoimasen. (Selamat malam. Saya tidak fikir begitu.)" balas Aisya sebagai tanda hormat dan adab dalam kalangan orang Jepun. Dia dapat mendengar lelaki tersebut sedang galak ketawa.

"Wagata. Ima koko anata-no oyobi Faris hajime owarimasu. Doozo (Saya faham. Sekarang awak dan Faris akan mula di sini. Dipersilakan.)" kata-kata lelaki itu langsung tidak difahami Aisya.

Talian dimatikan oleh Pi, Aisya memandang skrin telefon yang gelap sebelum memerhatikan sekelilingnya. 'Apa yang perlu dimulakan?' persoalan itu bermain di dalam minda Aisya. Gadis itu berpaling untuk bertanyakan sama ada Faris memahami maksud yang diungkapkan Pi namun lelaki tersebut lesap menghilang.

"Faris!" jerit Aisya tetapi tiada sahutan.

Ketika Aisya berpaling ke hadapan matanya terus ditutup dengan kain hitam manakala mulutnya ditekup dengan sapu tangan. Dia pantas meronta namun tidak berjaya apabila pengsan akibat terhidu Kloroform pada sapu tangan.

~~~

9:00 malam

Arif Arsyad masuk ke dalam rumah milik keluarga Aisya selepas dipaksa datang oleh Arief. Katanya ada hal penting dan lelaki itu memerlukan bantuannya. Arif Arsyad dipelawa duduk di ruang tamu oleh Aris sedang Puan Ana membuatkan air di dapur dan Arief melangkah turun dari tingkat atas.

Tanpa sebarang bicara Arief bersalaman dengan sahabat Aisya sebelum duduk di atas sofa yang bertentangan dengannya. Puan Ana datang dengan dulang berisi sejag air mila panas berserta dua biji cawan dan sepiring kek gula hangus.

"Terima kasih." ucap Arif Arsyad sambil menundukkan kepala ke arah wanita tersebut yang membalas dengan senyuman.

Arief menuangkan air mila ke dalam cawan sebelum diletakkan ke hadapan Arif Arsyad. "Minum dulu nanti kalau aku dah story mesti kau terus blah." kata Arief sambil menuangkan air untuk diri sendiri.

Arif Arsyad sekadar menurut tanpa berasa curiga. Air milo diminum sehingga licin sebelum dia sendiri menuang lagi air ke dalam cawan dan mengambil tiga potong kek gula hangus air tangan Puan Ana. Sedang Arif Arsyad leka dengan makanan yang dihidang, Arief terus mengeluarkan sehelai kertas dan ditolak kertas itu ke hadapan lelaki tersebut.

My Hated Abang Faci [COMPLETED]Where stories live. Discover now