Bab 38

68 4 0
                                    

     Kereta dipandu memecut di atas lebuh raya menuju ke Johor.Setelah dia pulang daripada bertemu dengan Faris tengah hari tadi terus sahaja dia menghidupkan telefon yang dicas di bilik hotel.Terkejut dia membaca mesej daripada Aris yang menyatakan situasi ibu mereka.

Aisya memandu terus ke arah hospital selepas menelefon Arief bertanyakan tentang Puan Ana yang masih ditahan di wad.Tiba sahaja di hospital,kereta diletakkan di tempat letak kereta sebelum Aisya berlari menuju ke bangunan wad yang telah dimaklumkan Arief melalui What's app.

Keluar daripada lif yang membawanya ke tingkat dua terus kelihatan dua adiknya yang menanti. "Arief,Aris."panggil Aisya sambil menghampiri mereka.

Kedua-duanya berdiri serentak apabila Aisya semakin menghampiri. "Ibu macam mana?"soal Aisya kepada Arief yang lebih tinggi daripadanya.

Arief mengalih pandangan pada Aris yang berdiri di sebelahnya,dia memberikan isyarat kepada budak lelaki itu untuk memberitahu Aisya.Namun Aris menggeleng dan berdegil tidak mahu memberitahu kakaknya itu.Arief yang mencebik tnda geram sebelum menarik pergelangan tangan Aisya selajur melangkah masuk ke dalam wad.

Aisya ditarik sehingga mereka menuju ke katil pesakit tempat Puan Ana sedang berehat.Arief membisikkan sesuatu tepat di cuping telinga kakaknya yang terselindung di balik tudung yang dipakainya.Arief kemudiannya mengundur diri kerana mahu turun untuk membeli makanan bersama Aris yang menanti di luar.

Aisya mendekati ibunya yang sedang berbual bersama Tuan Ariffudin. "Ibu."mendatar sahaja suaranya memanggil wanita itu.Tuan Ariffudin yang duduk di atas kerusi disalaminya begitu juga dengan Puan Ana yang duduk bersandar pada kepala katil.

Tuan Ariffudin bangkit meninggalkan wad untuk memberikan ruang kepada dua beranak itu berbual.Puan Ana menatap wajah Aisya dengan pandangan penuh kasih sayang seorang ibu.Aisya pula tunduk memandang lantai,sungguh dia rasa berdosa kerana lambat mengetahui perihal ibunya.

"Kenapa ibu tak cakap yang ibu ada sakit?"Aisya cuba bertanya untuk memulakan perbualan antara mereka.Puan Ana sekadar tersenyum tawar sebelum memegang tangan kanan Aisya sambil meminta gadis itu untuk duduk.

Aisya akur dan terus mengambil tempat di kerusi yang digunakan Tuan Ariffudin sebentar tadi. "Cuba pandang ibu."kata Puan Ana dengan suara yang lembut membuatkan Aisya sebak mendengarnya.

Perlahan-lahan Aisya mengangkat kepalanya,dia cuba menatap wajah Puan Ana namun gagal kerana setiap pandangan wanita itu bagai menunjukkan segala kesalahan yang dilakukannya. "Aisy tak boleh ibu."jujur dia berkata membuatkan Puan Ana mengeluh kecil.

Tangan yang memegang tangan Aisya tadi dilepaskan,Puan Ana membetulkan posisi duduknya.Kini dia duduk bersila tanpa bersandar pada kepala katil. "Ibu tak perlu cakap sakit ni pada Aisy ataupun Arief dan Aris.Biar ibu seorang je yang tanggung sakit ni."jawab Puan Ana untuk persoalan pertama Aisya itu tadi.

Tersentak Aisya mendengar jawapan yang keluar daripada seorang ibu. "Ibu..." "Aisy datang sini dah bagitahu Mirul ke?"soal Puan Ana yang sengaja mahu memotong bicara anaknya.Aisya pula sedar yang dia tidak akan mampu menipu ibunya jadi terpaksa juga dia menggeleng sebagai jawapan.

Tangan Puan Ana bergerak menyentuh pipi kanan Aisya.Gadis itu sekali lagi cuba memberanikan diri mengangkat muka dan kali ini dia berjaya. "Telefon Mirul dulu ya sayang.Jaga hati Mirul tu lagi penting daripada jaga ibu ni."kata-kata Puan Ana terasa perit untuk diterima tetapi itulah kenyataan yang perlu dihadapnya.

Teragak-agak Aisya mahu mengangguk,Puan Ana yang melihat kepatuhan Aisya dalam arahannya mula tersenyum lebar.Aisya mengeluarkan telefon dari dalam poket seluar selajur melangkah keluar daripada wad.Dengan menggunakan lif dia turun ke lobi semata-mata untuk membuat panggilan telefon kepada Amirul yang berada di kejauhan.

My Hated Abang Faci [COMPLETED]Where stories live. Discover now