Bab 16

100 4 0
                                    

Adam dan Akmal berlari menuruni setiap anak tangga menuju ke bilik rawatan selepas dipanggil oleh Haiqal ketika masih di dalam kelas. "Apa yang kau boleh buat untuk dia?!"tengkingan Amirul jelas kedengaran meskipun mereka berada jauh.

Kedengaran bunyi tumbukan berselang-seli dengan lempangan dan suara tengkingan lelaki muncul tanpa henti.Mereka terus membelok di kaki lima sebelum berhenti mendadak ketika ternampak pergaduhan yang berlaku di depan mata.

Amirul bertindak menarik tali leher yang dipakai Cikgu Aqid sedang guru itu mencengkam kolar baju Amirul.Syafiq dan Haiqal menarik kedua-dua belah lengan Amirul agar lelaki itu bertenang,Arif Arsyad dan Aiman Tahar masing-masing cuba menenangkan Cikgu Aqid.

"Adam! Akmal!"kepala dipalingkan ke arah pintu bilik rawatan yang terbuka.

Khairina melambai ke arah mereka memanggil agar mereka menghampiri sekali gus terus masuk ke dalam. "Apa jadi? Mana Kak Aisy?"soal Akmal saat menjejakkan kaki ke dalam bilik rawatan yang diduduki oleh Khairina juga tiga orang sahabat karib Aisya yang lain.

Tangan Adam dan Akmal ditarik serentak menghampiri suatu ruang yang menempatkan tiga katil.Salah sebuah katil menempatkan Aisya yang sudah sedarkan namun gadis tersebut kelihatan berada di dunianya sendiri tanpa menyedari kehadiran sesiapa termasuklah mereka dan Yusuf yang duduk di sisi katil.

"Kak Aisy..."sebak dia melihat kakak angkatnya yang terbaring lemah.Adam yang berdiri di sebelahnya menunjuk rasa kasihan yang sama sepertinya.

"Apa masalah kau?!"tengkingan suara Amirul menyentakkan mereka ditambah bunyi tumbukan dan jatuhan tubuh manusia.

Adam melangkah keluar untuk meninjau keadaan yang memang tidak baik saat itu. "Mana pengetua?"soalan diajukan kepada Syahirah yang turut memerhatikan melalui tingkap yang sedikit terbuka.

Syahirah memandang wajah Adam yang hampir sama tinggi dengannya. "Ummi dalam perjalanan balik daripada PPD."jawabnya sambil kembali memerhatikan keadaan di luar.

Aiman Tahar yang berada dalam situasi itu sudah terjelopok jatuh ke tepi dek ditolak kuat oleh Cikgu Aqid.Selang beberapa minit,Arif Arsyad pula jatuh ke atas jalan tar diikuti Syafiq dan Haiqal. 'Makin teruk ni.'kata hatinya yang semakin risau melihat situasi yang tidak reda walaupun sesaat.

Syahirah berpaling ke belakang selajur melangkah mendekati katil Aisya. "Boleh mati dua-dua jantan tu kalau tak berhenti bertumbuk."bicara Ezzah yang duduk di sebuah kerusi menarik perhatian semua orang termasuklah Aisya.

"Silap-silap Mirul yang masuk hospital dulu,Cikgu Aqid tu dahlah muscular body tapi Mirul tu setakat keding plus tinggi je."sambung Ainnur yang bagai dapat menjangkakan apa yang bakal berlaku.

Membuntang mata Aisya sehingga gadis itu terduduk di atas katil,semua yang berada berhampiran jadi terkejut sebelum menerpa ke arahnya namun Aisya lebih pantas turun daripada katil dan berlari keluar.Dia mendapatkan Amirul yang sudah menindih Cikgu Aqid dengan tangan mencengkam kolar baju guru muda tersebut.

"Amirul Iqram! Berhenti! Tolonglah!"rayu Aisya sambil menarik kedua-dua belah bahu lelaki tersebut.Darah yang terpercik ke tangannya dibiarkan,dia perlu menghentikan Amirul sebelum ada nyawa yang melayang.

Dengan paksaan Amirul bangkit menjarakkan diri daripada Cikgu Aqid yang sudah terbatuk-batuk mengeluarkan darah dari dalam mulut.Aisya menerpa Cikgu Aqid selajur bertanyakan keadaannya. "Saya ok."jawab Cikgu Aqid yang memandang ke dalam anak matanya.

Amirul yang mendengar mencebik sebelum dengan kasar menarik lengan Aisya yang duduk melutut di tepi Cikgu Aqid. "Kau ni apasal lemah sangat?! Asyik pengsan je! Kau nak mati ke apa?!"tengking Amirul sehingga sakit gegendang telinga Aisya dibuatnya.

My Hated Abang Faci [COMPLETED]Where stories live. Discover now