Bab 46

102 5 0
                                    

     Amirul mencekak kolar baju Arif Arsyad dengan perasaan marah yang melimpah-limpah. "Kau boleh sabar tak?" pinta Arif Arsyad masih dalam nada tenang sambil memeriksa telefon di tangan kanan. Amirul yang sudah tidak tahan terus bertindak memberikan penumbuknya namun pantas dihalang oleh Aiman Tahar.

Pertengkaran tersebut perlu dileraikan jika tidak mereka yang akan berada di dalam bahaya. "Kau nak biar isteri aku mati ke?!" suaranya ditekan sambil mata memerhatikan Aisya melalui tingkap yang sedikit tersorok jika dilihat dari dalam.

Aisya kini terduduk sambil menahan pedang seorang lelaki yang cuba membenamkan pedangnya ke bahu gadis itu. Pertarungan Aisya bersama lelaki asing itu langsung tidak mengalihkan pandangan mata Amirul serta Aiman Tahar.

"Yusuf dengan Arief dah jumpa jalan masuk. Dah, jom ikut aku." arah Arif Arsyad sambil menyimpan telefon di dalam poket jaket. Mereka sekadar akur dan terus mengekori Arif Arsyad menuju ke belakang kilang.

"Mana?" soal Arif Arsyad ke arah Arief dan Yusuf yang sedang melakukan sesuatu. Arief menunjuk ke atas membuatkan mereka bertiga mendongak memandang tingkap yang sedikit tinggi.

"Salah seorang daripada kita kena naik dan buka tingkap tu. Masuk dan buka pintu ni supaya orang lain boleh masuk." Terang Arief akan perancangan yang telah difikirkannya dalam tempoh kurang daripada lima minit sebelum kedatangan tiga lelaki itu.

"Biar aku masuk." Amirul sukarela untuk melakukannya namun Arief menggeleng sebagai tanda membantah.

"Kau tengah beremosi nanti tak ikut plan. Lagipun orang yang boleh masuk melalui tingkap tu mestilah badannya sederhana kecil dengan ketinggian tak lebih daripada 172 cm." Yusuf berkata dengan mata menatap ke arah Aiman Tahar.

Mereka yang lain turut memandang ke arah lelaki itu, Aiman Tahar sudah cuak menjadi perhatian rakan-rakannya. Amirul berpaling memandang Arief sambil tangan menunjuk ke arah Aiman Tahar dengan muka meminta kepastian. Arief mengangguk mengiyakan apa yang bermain di fikiran abang iparnya itu.

"Aiman get ready." pesan Arif Arsyad ketika berlalu duduk di satu bahagian. Aiman Tahar jadi tidak keruan apabila dia yang dipilih untuk masuk melalui tingkap itu, mahu pengsan dia jadinya.

Mata fokus terarah pada tangan Yusuf yang bersedia untuk melambungnya supaya dapat mencapai tingkap. Aiman Tahar pantas berlari sebelum sebelah kakinya memijak kedua-dua belah tangan Yusuf yang terus menolak tubuhnya dengan sedaya upaya. Dia berjaya mencapai tingkap tersebut, lincah dia membuka tingkap itu sebelum memanjat masuk.

Tiga minit kemudian pintu terbuka dari dalam. Arif Arsyad tersenyum bangga dengan rakannya itu. Mereka masuk dan berpecah mengikut dua kumpulan, Amirul akan mengikuti Arif Arsyad serta Aiman Tahar dan Yusuf akan bersama dengan Arief.

"Jangan buat kerja bodoh." pesan Arif Arsyad kepada Amirul yang jelas kelihatan wajah tidak puas hatinya.

Mereka semua berpisah mengikut rancangan. Mereka perlu mencari sesuatu terlebih dahulu sebelum membantu Aisya dan menumbangkan musuh bernama Syaqir atau mungkin musuh yang tidak dapat dijangka terutamanya untuk Amirul Iqram.

~~~

Peha kanan yang masih terasa bisa kesakitan serta bahu kanan yang sudah mengalirkan cecair merah pekat dibiarkan. Dia terus menahan serangan Pi daripada pedang lelaki itu menyentuh tubuhnya. "Dulu... Amirul sayang sangat pada Sofea tapi sia-sia. Perempuan tu mati dan kemudian muncul pula kau, Aisya." sengaja Syaqir bercerita untuk mengalihkan fokus gadis itu dan menyakitkan hatinya lagi.

Pi menusuk pedangnya pada bahagian kiri Aisya arah jam sepuluh namun sempat gadis itu mengelak sebelum terjatuh ke atas lantai dengan pedangnya sudah terlepas daripada tangan. "Ya. Memang aku yang bunuh Sofea, aku benci dia walaupun perempuan tu kembar aku. Entah apa yang semua orang sayang sangat pada dia? Aku ni pula... orang pandang macam manusia bodoh!" amarah Syaqir sudah terpamer melalui bicara dan wajahnya.

My Hated Abang Faci [COMPLETED]Where stories live. Discover now