Bab 36

76 4 0
                                    

     "Kau nak pergi mana?"soalan Arief tidak dijawab olehnya.

"Jangan risau nanti aku balik."balas Aisya sebelum menghidupkan enjin kereta dan memandunya keluar daripada kawasan universiti.

Arief yang menghantar dengan pandangan daripada jauh terus mengeluh dengan sikap kakaknya itu.Bukannya dia tidak tahu yang Aisya keluar tanpa keizinan Amirul.Risaunya bukan tentang keselamatan wanita itu tetapi tentang perhubungan dengan Amirul yang tiada di Malaysia pada ketika ini.

"Nak marah tapi tak mampu."katanya sambil menggosok tengkuk selajur berpaling dan membuka langkah untuk pergi ke kelas seterusnya.

Aisya memandu keretanya menuju ke kawasan perumahan di Kangkar Pulai.Dengan menggunakan GPS dia mencari sebuah rumah yang terletak di tengah-tengah kawasan perumahan tersebut.Keretanya diberhentikan berhadapan sebuah rumah teres satu tingkat.Pagarnya bertutup rapat namun tidak berkunci sedang pintu rumah terbuka luas.

Aisya mematikan enjin kereta setelah memeriksa alamat rumah tersebut buat kali kedua.Dia keluar daripada kereta dengan membawa beg sandang berisi komputer riba dan tabletnya.Salam dilaungkan sewaktu dia berdiri berdekatan pagar rumah tersebut.

"Waalaikumusalam,"jawab seorang wanita muda dalam lingkungan 30-an.Wanita itu keluar dengan mendukung seorang bayi lelaki menggunakan tangan kanannya.

"Ya.Cari siapa?"tanya wanita itu lembut bersama senyuman yang menghiasi wajahnya.Terpukau Aisya melihat kecantikan yang terserlah di wajah wanita itu walaupun kelihatan lelahnya.

Teragak-agak Aisya mahu bertanya melihatkan kemesraan wanita itu yang mendatangkan kejanggalan dalam dirinya. "Ini rumah Engku Faris Bin Engku Ahmad ke?"soal Aisya namun ternyata riak yang ditunjukkan wanita itu bukanlah jawapan yang diingininya.

"Apa kata awak masuk ke dalam."ajak wanita itu sambil membuka pagar rumah.Aisya mengangguk selajur melangkah masuk. "Terima kasih Puan..." "Panggil Kak Iqa."sekali lagi Aisya mengangguk faham.

Dia mengekori langkah Kak Iqa yang membawanya masuk ke dalam rumah.Saat Aisya melangkah masuk kakinya terlanggar sesuatu.Dia menunduk memandang lantai,lori mainan yang dilanggarnya tadi telah dicapai oleh seorang kanak-kanak lelaki.Aisya memberikan senyuman membuatkan kanak-kanak lelaki itu berlari ke dapur mendapatkan ibunya.

"Maaflah dia ni memang pemalu,"kata Kak Iqa sambil menatang dulang air.Bati lelaki tadi sudah bertukar tangan dan kini diriba oleh kanak-kanak lelaki yang melarikan diri daripadanya.

"Ni anak akak,Fahim dan Fauzan."kenal Kak Iqa sambil mengambil kembali bayinya.

"Saya Aisya Madihah."giliran Aisya pula memperkenalkan dirinya.Kak Iqa sekadar tersenyum sebelum memuji namanya yang indah seindah tuan punya badan.

Seorang lelaki tinggi lampai berbadan tegap keluar dari salah sebuah bilik membuatkan keadaan menjadi sepi. "Abang ni orangnya."kata Kak Iqa sambil menunjuk ke arah Aisya yang duduk di atas sofa.

"Aisya,ni suami saya Engku Faqrul."Kak Iqa memperkenalkan ketika suaminya mengambil tempat di sofa tunggal.

"Awak bukan Engku Faris?"soal Aisya yang mula hampa.

Faqrul menggeleng perlahan selajur memberi isyarat agar Iqa membiarkan anak-anak berada di dalam bilik bermain.Kak Iqa akur sebelum mebawa anak-anaknya pergi.Beberapa minit kemudian Kak Iqa datang semula dan duduk berhadapan dengan Aisya.

"Saya Engku Faqrul,abang kepada Engku Faris yang awak cari tu."kata-kata Faqrul mendatangkan kegembiraan ke dalam diri Aisya.Dia pasti yang Faqrul boleh membentunya untuk mencari Faris.

"Faris tak duduk di Johor lagi,dia berpindah ke Melaka dengan ibu bapa kami.Saya rasa awak tahu keadaan adik saya,betul tak?"soalan Faqrul dapat difahaminya,Aisya mengangguk sebagai jawapan.

My Hated Abang Faci [COMPLETED]Where stories live. Discover now