Bab 29

80 4 0
                                    

     Tarikh penuh bermakna untuk sesiapa yang tidak sabar mendirikan rumah tangga namun bukanlah untuk Aisya dan Amirul.Hari ini merupakan hari pernikahan mereka namun kedua-duanya tetap membisu dan tidak mahu bercakap walaupun didesak oleh kedua-dua orang tua masing-masing.

Aisya duduk di hadapan cermin mej soleknya,mata menatap wajah sendiri yang telah dicantikkan dengan solekan tipis hasil tangan Amirah.

Tinggal disarungkan tudung sahaja kemudian dia akan dibawa ke surau untuk diakad nikahkan pada pukul 10:30 pagi. "Aisya ni cantik patutlah Mirul nak sangat kahwin."kata Aufa yang turut berada di dalam biliknya.

Aisya sekadar tersenyum tawar sebelum memakai kanta sentuh yang dibelikan Arief untuk majlis makan malam tiga bulan lalu.Kanta sentuh itu masih banyak berbaki jadi dia akan menggunakannya untuk ke majlis sahaja.

Tudung bawal berwarna putih mutiara dipakaikan elok oleh Aufa yang membantu. "Dah siap.Jom turun,"ajak Aufa dengan suara riang.Aisya mengangguk setuju sebelum bangun dan mencapai telefon yang baru dibeli sehari selepas Amirul merosakkan telefon lamanya.

Saat Aisya menutup pintu bilik ada tangan kecil memegang tangan kirinya yang dibiarkan ke bawah.Aisya terus menolah dan melihat kanak-kanak lelaki sedang memegang tangannya.Aisya menunduk sebelum bertanyakan namanya.

"Iqmal Hafiz."jawab kanak-kanak itu sebelum memegang pipi kanan Aisya dan mencubitnya perlahan.

Tergelak kecil Aisya apabila Iqmal melakukan sebegitu.Aisya menarik kedua-dua belah tangan Iqmal sebelum dirapatkan. "Nama akak Aisya Madihah."kata Aisya memperkenalkan diri.

"Iqmal dah tahu.Ummi cakap kena panggil Cik Aisya tapi Khalif kata kena panggil Kak Aisy.Iqmal pening sebab tak tahu nak panggil apa."kecomelan Iqmal dalam berkata-kata membuatkan Aisya sedikit gembira dan tenang.

"Ummi Iqmal yang tu ke?"tanya Aisya sambil menunjuk ke arah Aufa yang sibuk menjawab panggilan telefon.

Iqmal mengangguk membuatkan Aisya faham yang kanak-kanak lelaki ini merupakan anak sulung Aufa. "Iqmal panggil je Kak Aisy."Aisya memberikan penyelesaian kepada masalah yang membuatkan Iqmal pening.

Iqmal mengangguk lagi tanda setuju. "Kak Aisy nak kahwin dengan Cik Mi ke?"soalan lain pula yang diajukan oleh Iqmal ketika keadaan di antara mereka menjadi sepi buat seketika.

Kini giliran Aisya pula mengangguk bersama senyuman palsu bagi tidak menimbulkan persoalan dalam benak anak kecil itu jika melihat wajahnya muram. "Kenapa Kak Aisy kahwin dengan Cik Mi? Kenapa tak kahwin dengan orang lain?"Aisya terasa seperti menjawab soalan SPM pula apabila berhadapan dengan kanak-kanak yang banyak bertanya seperti Iqmal.

"Kalau nak kahwin dengan orang lain,nak kahwin dengan siapa?"soalan dibalas soalan kerana dia mahu melihat sejauh mana pemikiran Iqmal yang sudah berumur empat tahun itu.

"Entah? Iqmalkan ada."kali ini Aisya tidak dapat menahan gelaknya.habis terhambur semuanya mendengar jawapan tersebut.

"Tak naklah.Iqmal kecil sangat tak macam Cik Mi tu.Dia tinggi pun macam gergasi."sempat dia mengutuk Amirul menggunakan ketinggian lelaki itu.Kata-kata Aisya menjadikan Iqmal berfikir panjang.

Aufa datang menghampiri mereka sebelum mengajak Aisya turun menuju ke kereta yang akan dipandu Arief untuk menuju ke surau.Iqmal dibawa oleh Iman dan Aufa kerana mereka tidak mahu anak kecil itu mengganggu Aisya.

Tiga buah kereta tiba di perkarangan surau.Aisya dibawa turun dari kereta sebelum masuk ke dalam surau.Amirul sudah lama tiba begitu juga dengan ibu bapanya.Tuan Ariffudin dan Puan Ana turut hadir lebih awal berbanding Aisya sendiri.

My Hated Abang Faci [COMPLETED]Where stories live. Discover now