Bab 43

86 3 0
                                    

     "Kilang bateri,15 Ogos 2027 bersamaan dengan hari Ahad.Pukul 8:00 malam.Pastikan bawa Faris sekali,"segala yang disebutkan oleh lelaki tersebut ditulisnya di dalam buku nota.

Talian mati secara tiba-tiba tanpa sempat Aisya bertanyakan keadaan Iwata.Telefon diletakkan di kerusi bersebelahan tempat pemandu begitu juga dengan buku nota dan pen.Kereta yang diberhentikan di bahu jalan kini dipandu semula menuju ke sebuah kawasan perumahan.

Dia telah memaklumkan akan praktikalnya yang akan dilakukan selama sebulan kepada Ezzah.Rakannya itu sudah berbincang dengan kakaknya,Nazirah dan mereka bersetuju untuk menumpangkan Aisya di rumah sewa gadis tersebut tanpa perlu membayar sewa selama sebulan walaupun Aisya berniat sedemikian.

"Thanks,"ucap Aisya ketika berdiri di hadapan rumah sewa bersama Ezzah.Nazirah sudah lama keluar bekerja,maklumlah seorang guru sekolah menengah.

"Ni kunci rumah."kunci yang terikat bersama rantai kunci berbentuk hati berwarna biru terus diberikan kepada Aisya.Gadis itu menyambutnya dengan senang hati sebelum mengucapkan terima kasih untuk kesekian kalinya.

Ezzah membantu rakannya menyimpan beg pakaian ke dalam sebuah bilik yang telah disediakan Nazirah dua hari sebelum kedatangan Aisya ke sini.Usai meletakkan beg,mereka berdua keluar daripada rumah dan memastikan pintu serta pagar sudah berkunci.

"Kau terus balik?"soal Aisya kepada Ezzah yang melintasinya di tepi kereta. "Yalah.Aku ada nak kena siapkan barang untuk balik universiti petang ni."balas Ezzah membuatkan Aisya tersenyum mendengar kata-kata tersebut.

Kedua-dua sahabat itu terus bersalaman sebelum berpelukan buat kali terakhir.Aisya masuk ke dalam kereta selepas membawa bayangan kereta Ezzah berlalu pergi.Enjin dihidupkan sebelum dia memandu kereta menuju ke tempat praktikalnya iaitu di Maktab Rendah Sains Mara yang terdapat di daerah Batu Pahat.

Hari pertama praktikalnya berjalan dengan lancar walaupun hatinya dipenuhi pelbagai perasaan namun sebagai seorang guru praktikal dia tetap perlu menjaga mentalnya agar tidak mengganggu kerja sekali gus pendidikan untuk anak bangsa.Dia perlu berikan yang terbaik dalam mendidik setiap pelajar kerana itu merupakan tugas serta tanggungjawabnya untuk melahirkan manusia yang penuh dengan ilmu di dada tanpa melupakan agama dan Tuhan mereka.

~~~

Salinan profil ketiga yang diperolehinya daripada Aisya ketika mereka bertemu di universiti seminggu yang lalu ditenung untuk kesekian kalinya.Yusuf yang memerhatikan perlakuan sahabatnya sudah naik muak.Hampir tiga hari berturut Arif Arsyad merenung salinan tersebut namun tidak juga memberitahu sebabnya.

"Aku hairanlah,"Arif Arsyad bersuara membuatkan Yusuf yang tersandar di kerusi terus duduk tegak.

Aiman Tahar datang dengan menatang dulang berisi dua cawan teh panas berserta sepiring donut dan semangkuk bubur ayam.Kesemuanya diletakkan ke atas meja kopi tempat Arif Arsyad meletakkan salinan profil dan komputer riba yang terpasang.

"Apa yang kau hairan?"soal Aiman Tahar yang tadinya mengganggu mereka.Asrif Arsyad mengangkat muka menatap wajah Aiman Tahar diikuti wajah Yusuf yang duduk bersebelahan lelaki tersebut.

"Cetakan profil ni."jawab Arif Arsyad sebelum salinan di atas meja ditarik pantas oleh Yusuf selajur diperiksa bersama Aiman Tahar namun mereka tidak menjumpai apa-apa yang meragukan pada salinan tersebut.

"Tak nampak apa-apa pun."kata Yusuf sambil meletakkan kembali salinan tersebut di hadapan Arif Arsyad yang mula mengeluh panjang.

'Cakap buta nanti marah pula.Baik aku tunjuk terus,'monolognya sambil menggosok tengkuk.Badan terus ditegakkan selajur tangan menunjuk ke arah gambar Syaqirah selepas pembedahan.

My Hated Abang Faci [COMPLETED]Where stories live. Discover now