Bab 51

121 3 0
                                    

Arief berlari masuk ke dalam hospital diikuti Aris dan Syazwan. Pantas dia bertanya di manakah bilik bersalin dalam Bahasa Inggeris ke arah seorang jururawat lelaki. Jururawat itu memberitahu dengan teliti sebelum Arief mengucapkan terima kasih sambil menundukkan badan sebanyak 90 darjah.

Arief mendahului yang lain menuju ke bilik bersalin, dari jauh dia sudah dapat melihat kelibat Iwata dan Ainnur yang menanti di luar. "Macam mana dengan Kak Aisy?" terus diaju soalan tersebut ketika berlari mendekati kedua-duanya.

Iwata memandang wajah Arief sebelum beralih pada Ainnur yang bertembung pandang dengannya. Dia memberikan isyarat agar gadis itu memberitahu perkembangan terkini berkaitan Aisya. "Aisya dah dua jam kat dalam. Doktor kata dia dah lahirkan baby tapi berlaku banyak pendarahan dan doktor tengah cuba untuk hentikan pendarahan sebelum jahit balik perut dia." beritahu Ainnur dengan wajah bersalah.

Arief jadi tidak keruan mendengar, Aris pula sedikit terkejut kerana tidak menyangkakan perkara tersebut. Syazwan sudah tidak larat untuk memikirkan pelbagai perkara hingga terduduk dia di sebelah Iwata kerana terlalu penat. Kesemua mereka mengeluh perlahan, Arief sudah garu kepala dengan dahi berkerut merisaukan keselamatan kakaknya.

Kenshin keluar daripada bilik bersalin, Iwata dan yang lain pantas mendekati lelaki itu yang jelas terpamer kepenatan di wajah tersebut. Dia memberitahu Iwata sesuatu sebelum lelaki itu menterjemahkannya di dalam Bahasa Melayu.

"Aisya nak Arief masuk sekarang," kesemua mata terarah pada Arief yang berdiri di tengah-tengah.

Tanpa banyak berfikir, dia terus masuk ke dalam dengan diiringi oleh Kenshin. Aisya kelihatan lemah di atas katil, gadis itu disokong dengan alat bantuan pernafasan namun kadar oksigen di dalam darah yang ditunjukkan kurang daripada 50. Dia tahu itu bahaya untuk manusia kerana kadar normal yang diperlukan mestilah melebihi 80.

"Aisya." lembut dia memanggil kakaknya sambil mendekati gadis itu yang tersenyum ke arahnya. Senyuman yang diukir gadis itu kelihatan begitu terpaksa mungkin kerana Aisya perlu melawan rasa sakit untuk memberikan senyuman tersebut.

Arief berdiri di sisi katil, tangan kiri memegang kepala kakaknya yang berbalut dengan tudung manakala tangan kanan mengulas perlahan tangan gadis itu. Berkaca matanya melihatkan keadaan Aisya yang sebegitu rupa sedang kakaknya tetap mengukir senyuman yang kekal berseri.

Aisya membuka alat bantuan pernafasan untuk memudahkannya bercakap dengan Arief. "Tolong... azankan... anak aku." pintanya dalam kepayahan sebelum menunjuk ke arah dua orang jururawat yang masing-masing mendukung bayi.

Arief yang memandang ke arah jururawat itu kembali beralih pada Aisya. "Ok." balasnya sambil teragak-agak mengangguk dengan air mata yang mulai gugur di pipi.

Arief mencapai kedua-dua bayi kembar itu dan mendukungnya dengan kedua-dua belah tangan. Perlahan dan merdu dia mengalunkan azan buat kedua-dua bayi yang baru lahir itu sebelum diikuti iqamat. Diserahkan semula bayi kembar itu kepada jururawat yang setia menanti.

Arief kembali mendapatkan Aisya yang kelihatan gembira melihat dirinya. "Terima... kasih," ucap gadis itu sambil memegang pipi kiri adiknya. Semakin lebat air mata gugur apabila gadis itu mengesat air mata di wajahnya. Sendunya tidak dapat ditahan lagi, dilepaskan segala-galanya yang dirasai ketika itu di hadapan Aisya.

Dia tahu dan dia sedar bahawa aura kelelakiannya sudah tercalar namun itu semua tidak diambil kira jika orang yang disayanginya sendiri sedang menderita dalam diam. "Janganlah nangis..." bicara Aisya tetap tidak dapat menghentikan tangisnya.

"Kalau kau sedih... aku pun sedih... kitakan... adik-beradik," kata-kata Aisya sungguh mengejutkan dirinya. Dia dapat melihat ada air mata di hujung tubir kakaknya.

My Hated Abang Faci [COMPLETED]Where stories live. Discover now