Bab12

127 5 0
                                    

Hari kelima (Settle)

Kelopak mata dibuka sebelum jam di skrin telefonnya dipandang sekilas,jam baru memasuki pukul 4:00 pagi.Bermakna dia ada lagi 15 minit sebelum bangun untuk mandi.Aisya bangun dan duduk melunjur di dalam khemah secara senyap juga perlahan,dia tidak mahu membangunkan penghuni khemahnya sendiri yang masih lena di alam mimpi.

Dipeluk kain batik yang dilipat menjadi kecil sebagai alas kepalanya untuk tidur sepanjang berada di kem.Kepalanya bagai memutarkan kembali memori semalam yang membuatkan dia menangis hampir sejam lamanya.

Imbas kembali...

Nombor Yusuf cuba didail untuk kesian kalinya namun tetap tidak berjawab.Aisya terduduk di tepi wakaf dengan tangan menggenggam telefon,saat air matanyaingin mengalir kedengaran Alina dan Emelin memanggil.Pantas diseka air mata yang hampir gugur sebelum dia bangun dan mendapatkan dua gadis itu.

"Arief...nak jumpa aku?"jari telunjuk dihalakan pada diri sendiri dengan wajah penuh tanda tanya.Emelin mengangguk diikuti Alina,kedua-duanya kelihatan begitu penat.Aisya terus berlalu meninggalkan mereka dan berlari ke arah dewan utama.

Sebentar tadi dia ada melihat yang Arief memasuki dewan utama berseorangan,jadi dia tidak perlu bertanya kepada Alina mahupun Emelin di mana adiknya itu.Kasut dibuka selajur disusun di tepi dewan sebelum dia melangkah masuk.Kelihatan Arief duduk bersandar pada dinding sebelah kanan dewan,tenang sahaja raut muka lelaki itu memandangnya.

Aisya mengambil tempat di sebelah adiknya tanpa rasa curiga tetapi dengan tanda tanya.Belum sempat dia membuka mulut ingin bertanya tujuan Arief memanggil lelaki itu sudah memotong dengan persoalan buatnya.

"Apa lagi yang jadi antara Kak Aisy dengan Abang Mirul tadi?"membulat matanya mendengar persoalan itu.Tidak dia menyangka yang adiknay akan mengetahui hal tersebut.

"Kak Aisy dengan Abang Mirul gaduh depan mata kita orang,suara akak tu pun boleh dengar dengan jelas tengah marah Abang Mirul.Macam manalah semua orang boleh tak tahu pula.Akak tu yang tak pandai pilih port nak gaduh."sempat disindir kakaknya walaupun mengetahui yang Aisya sudah sedia disakiti.

"Kau ni..."ditahankan sahaja tangan daripada menarik telinga Arief.Jika dibuat juga mahu merah telinga adiknya.

Aisya menarik nafas dalam sebelum menghembuskannya,dia menceritakan apa yang berlaku sehingga menyebabkan pergaduhan antara dirinya dan Amirul sebentar tadi.Arief yang mendengar hanya terangguk-angguk seperti burung Belatuk tanda memahami jalan cerita yang disampaikan Aisya.

"Memang cari pasal betul Abang Mirul tu."katanya setelah Aisya habis bercerita.

Aisya turut mengiyakan kata-kata Arief tersebut, "Tak apa.Kejap lagi 'informasi bergerak' aku sampai,kita akan tahu apa masalah Abang Mirul tu dengan kau."yakin sunggu Arief berkata seperti segala yang dirangcangnya sedang berjalan lancar.

Beberapa minit mereka menanti di dalam dewan dengan bertemankan kesepian antara kedua-duanya yang tidak mahu berbual walau sepatah.Syed masuk ke dalam dewan dengan wajah yang dipenuhi keringat juga nafas yang tercungap-cungap.Terbaring lelaki itu di hadapan mereka sambil mengangkat ibu jari membuat thumbs up ke arah Arief yang mula tersenyum puas hati.

"Ini ke kau punya 'informasi bergerak' tu?"tanya Aisya sambil mencucuk pipi Syed yang kemerah-merahan dengan telefonnya.Syed terus menepis telefon tersebut daripada wajahnya.

"Aku dah tahu kenapa Abang Mirul suka kacau kau."katanya penuh teruja sambil bangun untuk duduk menghadap adik-beradik itu yang setia menanti.Aisya kelihatan sedikit terkejut mendengar tetapi Arief sungguh tenang di sisinya.

My Hated Abang Faci [COMPLETED]Where stories live. Discover now