Bab 9

131 6 0
                                    

Cahaya yang disuluh ke arah kolam membuatkan matanya silau sehingga terpaksa menghalang dengan tangan.Amirul dapat melihat seseorang mendekati kolam yang dimasukinya,lelaki itu melangkah perlahan ke tepi kolam namun tetap berada di dalam itu.

"Aisya."nama itu disebutnya apabila gadis itu kini berada di hadapan mata.Aisya mengangguk sebelum duduk di menghadap Amirul,telefon diletakkan ke tepi begitu juga lampu suluh yang masih terpasang.

"Assalamualaikum."Amirul menghulurkan salam sambil menunggu balasan daripada Aisya. "Waalaikumusalam."dia menjawab tanpa mahu bertanya 'mengapa'.

"Aku ingatkan yang kau ni bukan manusialah tadi,nasib jawab salam kalau tak aku lari dulu."kata-kata Amirul membuatkan dia mengetap gigi sambil mula menggenggam penumbuk.

'Aku datang nak buat baik,dia boleh buat lawak pula.Kang ada juga yang kena lepuk dengan aku.'ditahan rasa hati demi kebaikan dirinya.

Masing-masing mendiamkan diri untuk seketika,Amirul yang memerhatikan Aisya melalui ekor matanya dapat melihat yang gadis itu sedang menggosok tangannya sendiri. "Ada apa kau datang sini?"ditanya juga tujuan kedatangan gadis itu meskipun hati berat untuk melakukannya.

Aisya mendiamkan diri untuk beberapa saat sebelum menarik nafas dan dihembuskannya semula. "Saya...minta maaf,"katanya dengan memalingkan wajah daripada Amirul yang kelihatan selamba.

"Untuk?"sengaja lelaki itu bertanya walaupun memang sudah mengetahuinya lebih awal daripada Abang Weyh yang datang menjenguknya sebelum Aisya.

Sekali lagi Aisya diam,bukan tidak mahu menjawab pertanyaan tersebut namun egonya tinggi untuk membiarkan diri mendapat malu.Tapi apa yang boleh dia lakukan? Jika tidak diberitahu pasti Amirul akan 'merajuk' dengan lebih teruk.

"Sebab...buat awak kena berendam macam badak kat dalam kolam ni."sempat dia menyindir dalam katanya.Amirul yang sakit hati terus memercik air ke arah gadis itu, "Basahlah Mirul!"hampir meninggi suara Aisya namun sempat ditahan.

"Aku masih tak puas hati kalau setakat cakap maaf je."Aisya langsung tidak terkejut dengan kata-kata lelaki itu.Dia sudah lama mengagak yang Amirul pasti akan meminta sesuatu daripadanya jika mendapat peluang keemasan seperti sekarang.

"Apa yang awak nak?"soalan itu membuatkan Amirul tersenyum nakal.Memang sudah siap dirangka apa yang akan dilakukannya pada Aisya untuk membalas dendam.

Amirul memanggil Aisya dengan tangannya supaya gadis tersebut semakin mendekati tepi kolam.Aisya yang tidak sedar akan helahnya hanya menurut.Kedua-dua belah tangan Aisya dipegang erat sebelum Amirul menarik tubuh kecil itu jatuh ke dalam kolam.Percikan air berlaku sebelum Aisya timbul dengan mencengkam lengan Amirul sekuat hatinya.

"Apa ni?!"sebelah tangannya ditarik sebelum memukul dada lelaki itu.Amirul hanya ketawa geli hati melihat gadis kesayangannya sudah menggigil kesejukan.

Sebelah tangan Aisya diletakkan pada lehernya diikuti yang sebelah lagi.Aisya kini memaut leher Amirul sedang lelaki itu memeluk pinggangnya.

Pandangan mata mereka bertembung lama,Aisya menatap penuh Amirul dengan penuh khusyuk tanpa sedar yang dia telah menyentuh kening lelaki itu.Amirul melabuhkan bibir merahnya di pipi kanan Aisya sehingga membuatkan Aisya tersedar akan keterlanjuran itu.Dia terus menolak tubuh Amirul sebelum tubuhnya jatuh ke dalam air.

Amirul yang pantas bertindak berjaya menarik Aisya semula sebelum berada dalam posisi asal mereka. "Laju betul kau punya langkah,dah berani pandang mata aku.Siap boleh raba kening aku pula tu.Kau dah ready ke apa?"soalan Amirul membuatkan wajah Aisya memerah kerana malu.

My Hated Abang Faci [COMPLETED]Where stories live. Discover now