Bab 10

162 6 0
                                    

Hari keempat (Huru-hara)

Aisya memandang wajah Syahmi sebelum beralih pada Amirul yang berdiri di sebelah lelaki itu. "Tak nak."katanya dengan wajah yang jelas marah.Amirul mencebik sambil berpeluk tubuh dan memalingkan wajahnya dengan bibir membebel perlahan.

Syahmi melihat sebelum menggeleng lemah,dia kembali memandang Aisya yang menanti. "Tapi Aisya,kita perlu buktikan pasal hal tu."dia cuba memujuk namun tetap tidak berjaya.

Keras sungguh hati gadis itu selepas mengenali Amirul.Syahmi beralih ke arah sahabatnya yang berada di sisi.Disiku lelaki itu,Amirul yang memandang terus beralih pada Aisya apabila Syahmi menunjuk dengan jari telunjuknya.

"Senang macam ni je,"ditarik lengan Aisya selajur dicengkam kuat.Telefon gadis itu yang masih ada padanya dikeluarkan daripada poket seluar dan ditunjukkan tepat di hadapan wajah Aisya.

Membuntang mata melihat telefonnya berada pada Amirul sebelah tangan cuba mencapai tetapi lelaki itu lebih pantas menarik telefonnya sebelum disimpan semula. "Kalau kau nak balik phone ni...ikut cakap aku! Kalau tak benda ni aku pijak sampai berkecai! Mana yang kau pilih?!"ditengking Aisya yang tidak bersalah sehingga gadis itu memalingkan muka kerana terlalu sakit mendengar suara Amirul yang meninggi.

"Ok! Saya buat! Bagi baliklah Mirul."dengan sedaya upaya dia cuba merampas kembali telefonnya namun Amirul pantas memegang sebelah lagi tangannya menjadikan kedua-dua belak tangannya sudah terkunci dalam genggaman Amirul.

"Semalam aku tarik kau nak bagi phone ni kau yang tepis.Apahal?! Nasiblah! Aku yang pegang sekarang ni,so jangan haraplah nak dapat balik."ditolak Aisya ke belakang nasib gadis itu tidak jatuh ke lantai.

"Hari ni pukul 9 pagi kat dataran.Kau dan aku,kalau nak phone ni balik dengar cakap aku.Kalau tak nak...phone ni berderai dengan kau sekali aku hancurkan!"itu kata terakhir yang diungkapkan Amirul sebelum berlalu bersama Syahmi.

Aisya yang geram di tempatnya sudah menumbuk meja makan di situ.Sudahlah dia ditarik Amirul selajur selepas dia memasukkan telekung ke dalam beg usai solat Subuh.

Memandangkan jam baru memasuki angka 6:30 pagi dan aktiviti riadah akan bermula tepat pukul 7 pagi,dia membuat keputusan untuk duduk di wakaf bersebelahan tapak perkhemahan sedang pelajar perempuan yang lain berehat di dalam khemah.

~~~

Pintu kafe yang diperbuat daripada kaca ditolak sebelum kedengaran bunyi loceng dan ucapan 'selamat datang' daripada seorang pelayan.Yusuf melangkah ke satu meja yang sedikit tersorok di dalam kafe tersebut.Di situ sudah berada Syazwan dan Arif Arsyad yang setia menanti kedatangannya.

"Kau orang berdua tak kerja ke hari ni?"dia bertanya sambil menarik kerusi untuk duduk.

Arif Arsyad mengalihkan mukanya daripada skrin telefon dan memandang Yusuf. "Tak.Syazwan je kerja tapi shift malam.Pagi ni Aiman take over."Syazwan yang sibuk dengan buku nota hanya mengangguk mengiyakan sahaja.

Kelihatan Aiman Tahar datang mendekati meja mereka dengan menatang dulang.Smoothie serta sepiring donut berkrim diletakkan ke hadapan Yusuf yang mengucapkan terima kasih atas kebaikannya membawakan makanan.

"Ada news?"kedua-dua mereka berpaling serentak ke arah Syazwan selepas Aiman Tahar berlalu.

Yusuf tersenyum penuh makna sebelum menggeleng,telefonnya dikeluarkan sebelum dihulurkan kepada Arif Arsyad.Lelaki itu menghidupkannya dan membuka kata laluan,ikon telefon berwarna hijau ditekan selajur nama 'Little Aisy' dicari.Setelah menjumpainya nama tersebut ditekan dan terpaparlah nombor telefon Aisya.

My Hated Abang Faci [COMPLETED]Where stories live. Discover now