Bab 50

125 3 0
                                    

18 | Februari | 2028

"Dapat?" Yusuf memandang Arif Arsyad yang bertanya untuk kesekian kali walaupun jawapan yang telah diberikannya tetap tidak berubah. "Tak..." penat dia mahu menjawab soalan lelaki itu yang entah bila akan berhentinya.

"Dahlah. Dah dekat tiga bulan lebih kau orang cuba cari lokasi Aisya tapi sama juga hasilnya." Aiman Tahar berkata sambil menatang dulang berisi kek dan puding yang dibuat olehnya semalam. Diletakkan dulang tersebut di hadapan dua lelaki itu sebelum dia duduk di atas sofa yang berlawanan dengan mereka.

Yusuf mematikan komputer riba sebelum mencapai sepiring kek. Arif Arsyad bersandar pada sofa sambil menguak rambut dengan kedua-dua belah tangan. Benar kata Aiman Tahar, dia sudah cuba sehabis daya mencari Aisya namun tetap gagal. Entah di mana kesilapan atau kecuaian dalam mencari gadis itu sehingga langsung tidak dijumpai.

"Susu suam untuk hilangkan tekanan." segelas susu suam diletakkan di atas meja berhadapan Arif Arsyad.

Arief mengambil tempat di sofa tunggal sebelum membiarkan lelaki itu meneguk walau setitik pun susu suam yang diberikannya. Arif Arsyad menatap wajah Arief yang ada iras-iras Aisya, keluhan berat dilepaskan selajur dia memegang gelas di atas meja.

Bibir di dekatkan dengan gelas, susu tersebut masuk ke dalam tekaknya dan turun ke dalam perut. Diminumnya susu itu sehingga tinggal separuh barulah dia berhenti meneguk dan meletakkan kembali gelas di atas meja. Arief yang melihat diam seribu bahasa, dia tahu di mana Aisya berada cuma dia tidak mengetahui secara tepat membuatkan dia tidak mampu mencari kakaknya sendiri.

Telefon di dalam poket seluar berdering kuat, tangan menarik keluar gajet tersebut sebelum menjawab panggilan yang datangnya daripada Amirul. Salam diberikan selepas sahaja dia meletakkan telefon ke telinga.

"Tak ada lagi. Ya, jangan risau." talian ditamatkan sebelum mesej-mesej di dalam telefonnya diperiksa. "Apa yang Mirul tu nak?" soal Arif Arsyad dalam nada tidak puas hati.

Aiman Tahar terus membaling sebiji kusyen ke arah lelaki itu sebagai amaran dalam bicaranya. Kusyen tersebut yang tepat mengena wajah Arif Arsyad membuatkan lelaki itu menyirap kerana asyik dipersalahkan. Dicapai kusyen tersebut sebelum dicampak pada Yusuf yang duduk di sisinya.

Yusuf sekadar menerima dirinya menjadi mangsa si sahabat. 'Nasiblah aku ni boleh sabar kalau tidak... memang kau yang aku liku kat sini.' monolog yang sudah menahan geramnya daripada terlepas.

"Tanya sama ada Kak Aisy ada call atau tak." jawab Arief tanpa memandang wajah Arif Arsyad. Dia sedang memeriksa akaun instagram Aisya, kakaknya itu menyiarkan satu gambar baharu. Dia tahu di mana lokasi gambar tersebut, University of Tokyo, Comaba Campus. Dia pernah ke sana bersama saudaranya yang mengambil ujian kemasukan ke universiti tersebut.

'Apa dia buat kat sini?' soalan tersebut bermain dalam minda Arief namun hatinya sudah dapat mengagak sesuatu.

Arief bangun daripada kerusi sebelum keluar daripada rumah Aiman Tahar, sempat dia mengucapkan salam dan meminta diri sebelum pulang dengan motosikal. Tiba di rumah, dia pantas naik ke tingkat atas untuk mendapatkan Aris.

"Ikut aku." arahnya pendek ketika menerjah masuk ke dalam bilik.

Aris yang berbaring di atas katil sambil membaca komik berasa hairan apabila melihat Arief mendekati almari pakaian dan mencapai beg sandang di tepi katil. "Kemas baju kau, aku dah tahu Kak Aisy kat mana." katanya sambil mengemas pakaian sendiri.

Aris nyata terkejut, pantas dia menarik beg sandang di bawah katil sebelum membuka almari pakaian. Beberapa pasang baju dan seluar dicapai, disumbat sahaja apa yang patut ke dalam begnya sebelum mengikuti langkah Arief. "Ibu! Ayah! Arief dengan Aris tak balik dalam seminggu lebih! Pergi Jepun!" laung Arief dari muka pintu.

My Hated Abang Faci [COMPLETED]Where stories live. Discover now